cahayacinta akubiomed pondokkecil
tak kenal maka tak cinta
bayuk3nangan apacerita onlajer
tehramuan

Pantun Bunga Kebangsaan

bunga rayaKali ini apa kata kita belajar pantun berkait. Anda semua biasa dengan pantun berkait? Kalau belum biasa menulisnya, saya percaya tentu sudah biasa membacanya.

Pantun berkait sama sahaja dengan pantun biasa, kaitannya muncul pada baris pertama dan ketiga rangkap kedua. Baris-baris ini diulang dari baris kedua dan keempat rangkap pertama. Baris pertama dan ketiga rangkap ketiga pula diulang dari rangkap kedua dan begitulah seterusnya.

Bunga raya beraneka warna,
Renek berkayu dibuang sayang;
Hidup kita di dalam Malaysia,
Sejak dahulu hingga sekarang.

Renek berkayu dibuang sayang,
Selalu disiram di waktu senja;
Sejak dahulu hingga sekarang,
Bersatu dalam aman bahagia.

Selalu disiram di waktu senja,
Kelopak bunga cantik berseri;
Bersatu dalam aman bahagia,
Mari bersama menabur bakti.

Kelopak bunga cantik berseri,
Tepian pagar tambah menarik;
Mari bersama menabur bakti,
Pemuda pintar pemudi cerdik.

Tepian pagar bertambah cantik,
Terpikat hati seluruh keluarga;
Pemuda pintar pemudi cerdik,
Malaysia terpuji seluruh dunia.

Biar pun banyak kisah mengenai keburukan yang berlaku, tidak menjadi satu kesalahan kalau kita masih menaruh harapan agar kehidupan dan suasana di negara tercinta ini menjadi bertambah baik, aman dan tenteram kerana kita tidak mahu kecewa selamanya.

Kita juga tidak mahu lagi mendengar atau membaca berita mengenai pembuangan bayi, bunuh diri, mengamuk, rogol, samun, penyalahgunaan dadah dan berbagai jenis gejala keruntuhan moral remaja yang telah kita dengar selama ini.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bunga Kebangsaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



28 Comments

  1. adah says:

    sungguh simbolik dan bermakna pantun ni…:)
    adah baru je tulis kisah Hari ini- Belasah jeUhukkMy Profile

    1. tehr says:

      jom berpantun, adah :)

  2. kaizen says:

    owh? ade ek pantun berkait? hehe tak tau la pulok… hehe
    kaizen baru je tulis kisah KeBoDoHaN 1 aPRiLMy Profile

    1. tehr says:

      memang ada bro
      sangat sesuai untuk bercerita

  3. Ismail N says:

    Pantun 4 kerat biasa masih terkial-kial, ini level atas sikit pantun berkait. Kalau dalam karate ni, dah masuk black belt :D
    Ismail N baru je tulis kisah alKitab Menanguk Ikan Di Air KeruhMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      level atas sikit je
      kalau dah biasa dengan pantun biasa
      yang berkait ni akan jadi biasa juga

  4. kakyon says:

    indahnya bahasa dalam pantun..kalau di gunakan sebagai bahasa harian..alangkah eloknya. kalau nak menegor/marah sesorang..tidaklah terguris hatinya disbbkan keindah bahasanya.
    kakyon baru je tulis kisah dua dunia berbezaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau untuk kegunaan biasa, payah juga tu, kakyon
      pantun dua keraat mungkin boleh :D

  5. apa-apa pun kita perlu fokuskan kepada penyelesaian dan tidak hanya bercerita tentang masalah, harapan juga tidak padam,

    nak sambung,

    terpikat hati seluruh keluarga
    melihat si dia berbudi bahasa
    Malaysia terpuji seluruh dunia
    jadi kebanggan seluruh rakyatnya
    tengkorak emas baru je tulis kisah Siapa Abu DujanahMy Profile

    1. tehr says:

      melihat si dia berbudi bahasa
      sopan santun dalam bertutur
      jadi kebanggaan seluruh rakyatnya
      negara pasti aman dan makmur

  6. padin says:

    indahnya pantun – pantun ni,
    walau dah lama singgah sini
    tapi masih tak boleh nak hasilkan pantun seindah ni..

    aku juga berharap semua manusia dapat menggunakan anugerah
    dan amanah kehidupan sebaiknya,

    1. tehr says:

      moga2 begitulah hendaknya

    2. dnoBiz says:

      Sama la kita Bro Padin..
      aku pun selalu cuba cuba buat pantun ni tapi tak pernah berjaya disiapkan….
      dnoBiz baru je tulis kisah Malek Noor – Rebah Akibat Serangan JantungMy Profile

  7. Cik Siti says:

    Buah duku mari dijaja,
    Di Kuala Langat menjaja cemara,
    wahai adikku muda remaja,
    Tanamkan semangat cinta negara.

    Di Kuala Langat menjaja cemara,
    Bawa bekalan si gulai kelisa,
    Tanamkan semangat cinta negara,
    Agar berkekalan aman sentosa.

    Boleh tak? ada ciri-ciri pantun berkait tak? layan je lah ye…
    Cik Siti baru je tulis kisah Ianya orang yang samaMy Profile

    1. tehr says:

      bawa bekalan si gulai kelisa
      naik basikal sudah berkarat
      agar berkekalan aman sentosa
      dari dunia sampai ke akhirat

  8. Norgadis says:

    terpikat hati seluruh keluarga
    kebanggaan bangsa telah terkurnia
    sanjungan alam tidak diduga
    Malaysia terpuji seluruh dunia

  9. benjy says:

    Tehr bila nak buat kompilasi pantun2 ni … manalah tahu ada orang datang membeli …

    Dulu kerja import & eksport,
    Sekarang ni tak nak pula import & eksport,
    Bukan kita orang tak nak ambil port,
    Keras kepala dan tak dengar cakap macam mana nak ambil port.

    Saya harap rakyat malaysia sama2 membendung gejala sosial yang semakin berleluasa, jangan harapkan pihak berkuasa sahaja …

    muda mudi sekarang ni banyak buat salah,
    Nak tegur salah, tak tegur pun salah,
    Bila bagi nasihat, dia kata kita pula yang salah,
    bila dah ‘KENA SANTAU’ mak bapak juga dikatakan salah.

    P.S – asyik kita salah dia je betul … Dia salah katanya betul, yang betul, lagi betulah dia …
    benjy baru je tulis kisah SPEED LIMIT 60My Profile

    1. tehr says:

      haha
      kalau la ada yang nak membeli
      kayo pakcik :D

  10. toyol says:

    alamak..
    x reti la nak buat pantun berkait..
    toyol baru je tulis kisah JAWAPAN DALAM SOALANMy Profile

    1. tehr says:

      pelan2 belajar :D

  11. kulanz says:

    pantun menarik dan mesej yang baik..
    akupun nak sambung juga pantun akhir tu :D

    terpikat hati seluruh keluarga
    melihat teruna duduk bersila
    Malaysia terpuji seluruh dunia
    moral remaja sentiasa dijaga
    kulanz baru je tulis kisah Blogger Terbaik Sepanjang Mac 2011My Profile

    1. tehr says:

      melihat teruna duduk bersila
      songkok baharu cincin suasa
      moral remaja sentiasa dijaga
      tok penghulu senyum bangga

  12. dnoBiz says:

    Pening gak nak kaitkan antara rangkap tu…
    Ps: mungkin susah untuk orang yang tak berseni macam aku :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Tokoh Islam – Ilmuan terhebat yang makin dilupakan “Al-Ma’mun ar-Rasyid”My Profile

    1. tehr says:

      aku juga main bedal je, bro
      mula2 dulu memang lintang pukang
      kadang2 aku sendiri tak faham apa aku tulis :D

  13. akubiomed says:

    Budak-budak bermain gasing
    Jalur lebar menjadi penganti
    Jangan terjebak budaya kuning
    Maruah hilang tiada penganti

    1. tehr says:

      Jalur lebar menjadi penganti
      broadband pula semacam siput
      Maruah hilang tiada penganti
      seperti jiwa jatuh ke laut

  14. tips-kurus says:

    ewaaahhh!!
    sesi berbalas pantun. :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Lembu &amp Anai-anai Punca Pemanasan GlobalMy Profile

  15. zik says:

    bunga kertas bunga namanya
    cerita sekarang pilihanraya,
    kalau kita asik bertanya
    bunga kebangsaan bunya raya!
    zik baru je tulis kisah Kartun -3 peringkat dalam kehidupanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar