Pantun Bulan September

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos dan kini September. Musim raya [dan musim pilihan raya] dah lama berlalu. Biskut raya kalau ada pun hanya habuk sahaja. Apa yang semakin banyak sekarang ni hanyalah sawang dan sarang labah-labah yang kembali menghiasi rumah [dan blog]. :D

Petrol disel naik harga lagi,
Hanya dua puluh sen saja;
Takkan kita nak jalan kaki,
Setiap hari ke tempat kerja.

Barang naik perkara biasa,
Biar bulan berganti tahun;
Pasti terkesan di mana-mana,
Di sawah ladang atau di kebun.

Mari dibuang ke dalam semak,
Kulit durian yang penuh berduri;
Biarkan orang menyusun tamak,
Aktif menyeludup petrol subsidi.

Suri, UmmiKami, Dja@Sishaza, Hafizul dan Akubiomed adalah 5 pengomen terbanyak blog ini sepanjang bulan Ogos lepas. Satu perubahan ketara kerana kedudukan pertama, kedua dan ketiga adalah terdiri daripada kaum hawa. Seperti biasa, avatar mereka aku letakkan di sebelah kiri sebagai penghargaan dan terima kasih.

komen-ogos-13

Bil Pengomen Terhebat Ogos
 1 suri
 2 UmmiKami
 3 Dja@SisHaza
 4 Hafizul
 5 akubiomed

trafik-ogos-13Blog hidupringkas.comonlajer.com dan papamifz.com adalah 3 penyumbang trafik yang tinggi ke blog ini selain dari enjin carian Google dan Yahoo. Terima kasih banyak. Seperti biasa avatar mereka aku letakkan di sebelah kanan.

Sangat tak disangka-sangka,
Di kanan Adam di kiri Hawa;
Si Adam tiga Si Hawa pun tiga,
Terima kasih kepada mereka.

Suri UmmiKami dan Dja@Sishaza,
Rajin berkunjung berkomen sama;
Hidupringkas Onlajer Papamifz pula,
Menghantar trafik ke blog hamba.

Simpan cerita di dalam kain,
Janganlah dijaja ke sini sana;
Rakan blogger yang lain-lain,
Terima kasih aku kepada semua.

Ya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memeriahkan blog yang kian bersawang ni. Dalam sehari seminggu dua ni macam payah je aku nak mengadap blog dan internet. Ada je hal yang nak diuruskan. Minta maaf saja…

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan September' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. UmmiKami says:

    Salam cahaya kemerdekaaa buat cikgu dan seluruhya.. :)

    Petak mangga tumbuhnya nangka,
    Memagar bumi di balik petola;
    Tidak terduga sungguh tak sangka,
    Avatar Ummi naik semula… :)

    Kolam baru lama dibersih,
    Terhantuk dagu terasa ngeri;
    Dalam terharu ku berterimakasih,
    Blog cikgu sentiasa kemari.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dia Yang Ku Sayang….(Khusus Untuk Segmen Khas PCL Dan MamaD) ^^,My Profile

    1. suri says:

      tuan diam tapi kami tetap datang.

      TERBARU :
      LATIHAN KEJAM UNTUK ANAK
      suri baru je tulis kisah Latihan Kejam Untuk Anak !My Profile

      1. dja@sishaza says:

        Memang Betul sangat kata Suri tu..
        dja@sishaza baru je tulis kisah MENGAPA SUSAH SANGAT NAK KURUS ?My Profile

        1. suri says:

          DJA
          diam sebab bz atau kurang sihat biasalah tu adat kita manusia biasa

      2. suri says:

        habis blog ambe sapa nak datang nghee..

        1. UmmiKami says:

          Salam Suri, jom singgah blog kak kak ummi, blog tu dh rindu dgn suri… :)

          1. suri says:

            ha..sila2kan :)
            suri baru je tulis kisah Resepi Bihun Sardin MudahMy Profile

            1. suri says:

              ada sahaja yang singgah amat suka saya bertanya khbar
              suri baru je tulis kisah Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus MenjadiMy Profile

  2. Mohd Shubhi says:

    Terima kasih…! buat sehari satu pantun pun dah best rasanya…!

  3. suri says:

    salam..
    http://cahayacinta.com tak berseri cuma ini sahaja pengganti diri.

  4. suri says:

    terima kasih bro tehr untuk link yang di berikan.alhamdulillah.
    suri baru je tulis kisah Latihan Kejam Untuk Anak !My Profile

  5. papa mifz says:

    oh gambar den dan link ada di situ , tq cikgu..!!
    papa mifz baru je tulis kisah Ibubapa Rabun Anak Juga Rabun…???My Profile

    1. suri says:

      wah nampak seorang papa sedang kacak bergaya
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Agak kurang aktif Ogos lalu, tapi lekat juga ye..beralih kedudukan memang kerana trafik dari blog ambe sendiri mendadak kurang. Terima kasih banyak utk avatar dan link tu cikgu
    dja@sishaza baru je tulis kisah MENGAPA SUSAH SANGAT NAK KURUS ?My Profile

  7. Ismail N says:

    Semalam Man Utd sibuk membeli
    Ditawar ramai, yg dapat cuma Felaini
    Dah beribu kali komen di sini
    nama kawe tak timbul lagi

    adehhh…
    Ismail N baru je tulis kisah HAIR Come FellainiMy Profile

  8. Lynn™ says:

    Moga hidup meriah selalu
    Adap bertandang ke rumah orang
    Kaum hawa memang selalu memegang teraju
    Adam ….tak kan dah goyang ?
    Lynn™ baru je tulis kisah Gemuruh bila petrol naik hargaMy Profile

    1. Nak bertandang tapi apa kan daya, dah tak mampu mengisi minyak. Kereta terpaksa berehat panjang di garaj
      de engineur™ baru je tulis kisah What is it with Korean cars?My Profile

  9. mie says:

    sudah lama x singgah…
    september baru saja menjelma..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #24 I’m FlyingMy Profile

  10. suri says:

    semoga semua blog akan lebih meriah dg kunjung mengunjung

  11. Tahniah kepada pengomen tegar tersebut. Adakah kaum hawa ni terdiri daripada suri rumah? Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Chicken McRib McDonald’sMy Profile

    1. suri says:

      ya saya suri rumah setia pada kerja dan blog heee
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  12. Salam ceria, semoga blog kita semakin ceria walaupun harga petrol tak semeriah dahulu.
    de engineur™ baru je tulis kisah What is it with Korean cars?My Profile

  13. hafiz says:

    Wah tahniah buat mereka yg tersenarai
    hafiz baru je tulis kisah Minyak naik 20 senMy Profile

  14. titan says:

    gua pun faham. Sekolah memang tengah sibuk nih..
    titan baru je tulis kisah 10 ayat-ayat kacak Albert Einstein.My Profile

    1. suri says:

      apa lagi jangan ada tidurlah ya semua gerak kerja
      suri baru je tulis kisah 5 Cara Atasi Masalah Kesuburan WanitaMy Profile

  15. Mus says:

    saya juga tak singgah sini bro…
    Mus baru je tulis kisah Kategori-Kategori Kamera DSLR Keluaran NikonMy Profile

    1. suri says:

      ayuh singgah ada ilmu serta pengajaran
      suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  16. akubiomed says:

    Oh, hampir-hampir tergelincir.
    akubiomed baru je tulis kisah Top Komentator bulan OgosMy Profile

  17. onlajer® says:

    hehe ada terseli juga tuh
    onlajer® baru je tulis kisah 5 Tips Penjimatan MinyakMy Profile

  18. hafizmd says:

    oh! ambe tergelincir bulan ni…hohoho

    nak kena carik mood blogging dgn lebih baik lpas ni

    tahniah paa geng2 hawa….terbaiklah!
    hafizmd baru je tulis kisah Seloka 20 Sen!My Profile

    1. suri says:

      alah bro bukan selalu mood down saya lagi geram tapi malas nak fikir
      suri baru je tulis kisah Tips Rumahtangga Bahagia Kaedah Asmara MataMy Profile

  19. suri says:

    saya sibuk apa lagi bulan 9 ni lagi hampir pada tarikh 25 rasa jiwa makan mudo pula ka..ka..
    suri baru je tulis kisah Resepi Bihun Sardin MudahMy Profile

  20. Hafizul says:

    Macam berpakat aje kaum hawa tu nak serang blog bro..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – BaliMy Profile

  21. suri says:

    bulan 9 adalah hari lahir saya
    suri baru je tulis kisah Cinta TerlarangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun