Pantun Bulan Oktober

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September dan kini Oktober. Bila berakhirnya September 2013 bermakna kita semakin menuju ke akhir tahun 2013. Umur pun semakin pendek. Semua orang tahu, kan?

Satu dua tiga dan empat,
Lima enam dan juga tujuh;
Masa berlalu dengan cepat,
Kini dah tiba bulan sepuluh.

Dua tiga empat dan lima,
Enam tujuh serta lapan;
Pejam mata celik mata,
Dah habis sembilan bulan.

Hitung nombor terus-menerus,
Diulang pula nombor sama.
Masa yang ada salah diurus,
Rugilah kita selama-lamanya.

Tulis nombor bilang angka,
Tambah tolak dharab bahagi;
Hidup hancur tidak bahagia,
Kalau otak banyak berdaki.

Nombor akaun nombor gaji,
Nombor talipon mesti diingat;
Hidup mendapat redha Illahi,
Bahagia dunia sampai akhrat.

Suri, UmmiKami, Hazmin Hamudin, Ismail N dan Dja@Sishaza adalah 5 pengomenter banyak sepanjang bulan September lepas. Nampaknya rakan kita Hazmin Hamudin berjaya menyelit sebagai 3 pengomen terhebat. Seperti biasa, aku letakkan avatar mereka di sebelah kiri sebagai penghargaan dan terima kasih.

top-commenter-sept

Bil Pengomen Terhebat September
 1 suri
 2 UmmiKami
 3 Hazmin Hamudin
 4 Ismail N
 5 dja@sishaza

top-referrer-sept

Sepanjang bulan September lepas, blog dululainsekaranglain, hidupringkas dan apacerita menjadi 3 penyumbang trafik yang tinggi ke blog ini selain dari enjin carian Google dan Yahoo. Terima kasih banyak. Seperti biasa avatar mereka ada letakkan di sebelah kanan.

Dulu lain sekarang dah lain,
Ada pula yang tak berubah;
Tak salah membantu sidai kain,
Suami tolong isteri di rumah.

Hidup sukar dan hidup ringkas,
Dua perkara yang tidak sama;
Hidup keluarga tak boleh bebas,
Ikut peraturan perintah agama.

Apa cerita hendak di cerita,
Cerita baik dan cerita buruk;
Jaga mata menjaga telinga,
Usah dibiar syaitan merasuk.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan eset kementerian, jabatan persekutuan dan syarikat kerajaan. Molek juga kiranya sesebuah keluarga juga melakukan audit seperti ini. Pasti sekali dapat mengesan apa-apa kebocoran dan ketirisan atau salah guna wang oleh suami, isteri dan anak-anak. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Oktober' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. UmmiKami says:

    Assalamu’alaikum cikgu… :D

    Berputar bumi membelah hari,
    Ada keringat tiada penat;
    Avatar Ummi di sebelah kiri,
    Tanda semangat tanda peminat.

    Cenderawasih di pinggir perdu,
    Matilah ia disergah dipalu;
    Terimakasih secangkir madu,
    Pastilah saya singgah selalu…
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apa Guna Berjanji….My Profile

  2. Eh.. Tak sangka boleh terselit pulak ye.. Hehe. Tahniah kepada yang lain juga.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Wordless Wednesday | Sila Tutup MataMy Profile

    1. hafizmd says:

      tahniah bro! makin kencang!
      hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs Johor DTMy Profile

  3. kakiblog says:

    saya terlepas tempat dalam bulan yang lepas..
    kakiblog baru je tulis kisah Misi ‘Do Or Die’ Dalam BlogwalkingMy Profile

  4. titan says:

    gua masih banyak kena usaha lagi nih..
    titan baru je tulis kisah Buat kerja sehabis baik.My Profile

    1. hafizmd says:

      sama jugak dengan ambe
      hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs Johor DTMy Profile

  5. mie says:

    terlepas lg bulan ni..
    hihihi
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednessday #25 Hard Rock Hotel BaliMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Terima kasih masih terpilih. Molek audit banyak perkara dalam hidup berkeluarga semoga yang tiris mana2 bahagian tu dapat ditampal dan dibaiki secepat mungkin.

    P/s: Tahniah untuk semua :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS CEGAH KETAGIHAN GULAMy Profile

  7. Joe says:

    Cepat betul mase berlalu. Dah bulan 10. rase macam sekejap je…
    Joe baru je tulis kisah PROMOSI Terbaru Daripada HostGator Untuk Bulan Oktober 2013My Profile

  8. suri says:

    sumber kewangan perlu di uruskan baik kalau tak masa depan gigit jari
    suri baru je tulis kisah Ledakkan Mesin Akaun Dengan Doktor FBMy Profile

  9. hafiz says:

    Baguslah kena audit, baru kita tau mana silapnya
    hafiz baru je tulis kisah Panduan pelaburan hartanah tanpa modalMy Profile

    1. hafizmd says:

      audit (muhasabah) penting, baru tau mana kurang dan mana lebih =)
      hafizmd baru je tulis kisah Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!My Profile

  10. Mak Lagenda says:

    Kena gak audit rumahtangga nih…

  11. Laporan ketua audit: Terkejut beruk I baca jam dinding berharge RM3,810
    Ada barang artifak dalam jam tu agaknya?
    de engineur™ baru je tulis kisah TNB to build two 1,000MW coal-fired power plants in PerakMy Profile

  12. akubiomed says:

    Tanniah kepada Top Komentator. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Top Komentator bulan SeptemberMy Profile

  13. Betul juga tu. Mesti kantoi ketirisan wang anak-anak pada topup.
    Naziman Azlye baru je tulis kisah 5 Panduan Orang Awam untuk Menilai PendakwahMy Profile

  14. hafizmd says:

    tahiah pad top komentator…

    ambe nak kena mula rajin balik…dah lama ‘kelaut’….
    hafizmd baru je tulis kisah Komisen Pertama Pakej Putu Bambu Homemade!My Profile

  15. papa mifz says:

    eh avatar den sudah tiada yer , sedihnya…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Letih Tapi GembiraMy Profile

  16. AUC says:

    kena kerja kuat lagi untuk menempatkan diri kat sini…
    AUC baru je tulis kisah Andai Dia itu Aku, Ampunilah Aku Ya AllahMy Profile

  17. padin says:

    Bak kata pengarah aku, biar kita selalu kena audit.. hehee

  18. Hafizul says:

    Alamak..macam mana boleh keluar list ni?emmm…
    Hafizul baru je tulis kisah Maafkan Aku Jika Ada Yang TerasaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun