Pantun Bulan Ogos

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai dan kini Ogos. Ramadhan semakin berlalu dan demam raya pula yang semakin dekat. Korang dah beli kuih raya? Aku pasti habuk dan sawang di rumah telah dibersihkan, Perabot juga dah disusun elok, kan? Hanya blog sahaja yang mungkin semakin bersawang. :D

Silih berganti hari dan bulan,
Hujan kemarau jerebu bertempat;
Bazar Ramadhan cari hidangan,
Masjid dan surau mencari berkat.

Malam yang indah penuh syahdu,
Baik di bandar atau di kampung;
Bulan Ramadhan semakin berlalu,
Bulan Syawal datang berkunjung.

Mari berbuka bersama-sama,
Jamu selera dengan hidangan;
Di hari raya hari yang mulia,
Bersama kita bermaaf-maafan.

Sepanjang Juai lepas Suri, Hafizmd dan Hafizul masih kekal sebagai pengomen terbanyak blog ini. Perubahan hanya pada kedudukan saudara Hafizul dan saudara Hafiz antara tempat kedua dan ketiga. Tempat blogger kacak Titan dirampas oleh Wan Fauzi dan cikgu Dja@sishaza pula kekal di tempat ke-5 sebagai pengomen terhebat bulan Julai. Terima kasih.

komen-julai-13

Bil Pengomen Terhebat Julai
 1 suri (69)
 2 hafizmd (33)
 3 Hafizul (25)
 4 Wan Fauzi™ (24)
 5 dja@sishaza (23)

trafik-julai-13Rakan blog onlajer.comapacerita.com dan papamifz.com menjadi penyumbang trafik yang tinggi ke blog ini selain dari enjin carian Google dan Yahoo. Terima kasih banyak. Seperti biasa avatar mereka aku letakkan di sebelah kanan.

Puan Suri dan Hafizmd,
Blogger mesra tak terkalah;
Kek dan biskut tak siap lagi,
Demam raya makin menerjah.

Encik Hafizul dan Wan Fauzi,
Pandai menulis bijak mengarang;
Ketibaan raya indah sekali,
Orang merantau kembali pulang.

Onlajer dan juga apacerita,
Singah di sana singgah di sini;
Semua di kampung juga di kota,
Pakaian raya cantik berseri.

Blog Makin Bersawang! Dalam bab ni, ku tak dapat nak berikan apa-apa alasan. Sukar nak cari masa update blog dan payah pula nak curi masa jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Minta maaf saja…

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Ogos' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Wan Fauzi™ says:

    alhamdulillah dapat jugak jadi top 5 bulan nie…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Statistik Keseluruhan Angka Kematian Rakyat MesirMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      seronok bila beraya bersama keluarga tercinta… rindu seorang perantau…
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Pemimpin & Aktivis Islam Terus Diburu & DitangkapMy Profile

    2. hafizmd says:

      tahniah bro….moga lepas ni lebih kencang!
      hafizmd baru je tulis kisah Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat. Jangan Makan Nasi?My Profile

  2. de engineur says:

    Selamat berpantun di bulan Ogos.

    Nak dibuat cerita, (nak tanya sebenarnya):
    huruf “TM” kat atas kanan nama Wan Fauzi tu, camna nak buat eh? Sya pun nak buat mcm tu.
    de engineur baru je tulis kisah All-electric car BMW i3 is officially unveiledMy Profile

  3. Mohd Shubhi says:

    suri memang kaki komen yang cukup handal…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana Sibodoh boleh kelihatan bijak?My Profile

  4. akubiomed says:

    5 Top pengomen terbaik. Tanniah. :-)

  5. papa mifz says:

    eh terselit avatar den kat situ , terima kasih cikgu…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Drama Sebelum MakanMy Profile

    1. Zuan says:

      rajin la ekau ni hehe
      Zuan baru je tulis kisah Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, BantingMy Profile

  6. hafiz says:

    Wah memang rajinn2 org hafiz tu…
    hafiz baru je tulis kisah Baju melayu siap dijahitMy Profile

  7. maza says:

    maza masih lagi belum segar untuk berblog sakan macam dahulu kala.. hehehe

    apa-apa hal pun cikgu, maza belum bikin persediaan beraya.. masih mengenangkan malam qadar.. opps.. hahaha (iyolah tu.. hehehe)
    maza baru je tulis kisah Sejuknya seperti di SoctlandMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    T.kasih cikgu…tahniah utk 4 yg terbaik dan semua pengomen yg lain…

    P/s: sibuk buat kuih raya atau persediaan bakar lemang ke cikgu ? Hehe :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah TUKAR !My Profile

  9. onlajer says:

    macam first time je jadi no.1 penyumbang trafik hehe
    onlajer baru je tulis kisah Mereka Yang Berani!My Profile

    1. onlajer says:

      Terima kasih ya cikgu
      onlajer baru je tulis kisah Mereka Yang Berani!My Profile

    2. suri says:

      tahnih utk onlajer
      suri baru je tulis kisah Job Dari Rumah Makin Menjadi-JadiMy Profile

  10. Zuan says:

    rajin mereka semua.. harap bulan ni den tersenarai :D
    Zuan baru je tulis kisah Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, BantingMy Profile

  11. UmmiKami says:

    Salam kelip-kelip cahaya Ramadhan…

    Bertanam pandan gali perigi,
    Menyudu bumi petang berkebun;
    Salam Ramadhan kembali lagi,
    Rindu Ummi datang berpantun.

  12. UmmiKami says:

    Selak dahan rambai meninggi,
    Petik di pangkal lekas ditadah;
    Jejak Ramadhan melambai pergi,
    Dibalik Syawal perkemas ‘ibadah.

  13. hafizmd says:

    Alhamdulillah. Dapat kudrat utk singgah sini baca info dan ilmu berguna.

    Moga sihat sokmo deh cikgu. Dokleh nok jalan2 ke rumah ambe dakpe, janji cikgu sihat =)
    hafizmd baru je tulis kisah Cara Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat. Jangan Makan Nasi?My Profile

  14. suri says:

    salam..terima kasih bro tehr…

    blh lawat sy kt blogspot yer.tq cikgu mmg kacak !
    suri baru je tulis kisah Adakah Kau Tahu..My Profile

  15. AUC says:

    di mana-mana mereka ada dan mengunggulinya
    AUC baru je tulis kisah Google Glass Dah Sampai…My Profile

    1. suri says:

      jika beri kesihatan..masa lapang boleh sahaja..semua org pasti boleh melakukannya
      suri baru je tulis kisah Adakah Kau Tahu..My Profile

  16. suri says:

    duit raya utk kami masih adakah?

  17. luthfi says:

    keren pantunnya,,,sangat kreatif
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  18. Hafizul says:

    Perghhh ada pulak kat sini pondok kecil yer..hehe..bulan ni tak tahu lah mcm mana..harapnya ada harapan lagi..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun