Pantun Bulan November

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober dan kini November. Dah hampir sangat kita dengan hujung tahun. Dah tak banyak hari yang ada untuk kita tahun 2013 ini. Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013, Kelantan vs Pahang juga hanya 1 hari lagi. :D

Perlawanan akhir Piala Malaysia,
Kelantan akan bertemu Pahang;
Cuti persekolahan akan bermula,
Awasilah masa jangan terbuang.

Pahang akan bertemu Kelantan,
Stadium Shah Alam menjadi saksi;
Ambil peluang ambil kesempatan,
Untuk menambah pengalaman diri.

Stadium Shah Alam menjadi saksi,
Siapakah jaguh di pantai timur;
Perbuatlah amal jasa dan bakti,
Sebelum kehabisan bekalan umur.

Rakan blogger Suri, Hafizul, Hafizmd, UmmiKami dan Cikgu Titan adalah 5 pengomen terbanyak blog ini sepanjang bulan Oktober lepas. Harap mereka berlima jadi penyokong Kelantan masa lawan Pahang nanti. :D

komen-oktober-13

Bil Pengomen Terhebat November
 1 Suri
 2 Hafizul
 3 Hafizmd
 4 UmmiKami
 5 Titan

trafik-oktober-13Blog papamifzhidupringkas dan khairulzamri pula menjadi penyumbang trafik yang tinggi ke blog ini selain dari enjin carian Google dan Yahoo. Terima kasih banyak. Mereka bertiga juga harap-harap dapat sokong Kelantan. Hehe…

Pahang sudah umumkan cuti,
Buat peminat menengok bola;
Ketua Pasukan Badhri Radzi,
Diugutnya seperti Indra Putra.

Di Shah Alam bertembung nanti,
Piala Malaysia menjadi rebutan;
Biarlah berlawan bermati-mati,
Lebih utama semangat kesukanan.

Kelantan menang Pahang kalah,
Kelantan tewas Pahang juara;
Menanti riang Malaysia megah,
Harimau Malaya lebih utama.

Kelantan vs Pahang. Sebagai penyokong Kelantan aku memang harap Kelantan dapat tewaskan Pahang dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shan Alam pada hari Ahad nanti. Kalau tak menang 1 gol, dapat 2 gol pun jadilah… :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan November' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. tekaan gua..walaupun mungkin tak ada tiki taka…3-1…hu3
    blogger lelaki baru je tulis kisah Final Piala Malaysia 2013 : Kelantan vs PahangMy Profile

    1. hafizmd says:

      1-0 akhirnya…hoho
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!My Profile

  2. titan says:

    gua half-blood orang pahang. jadi automatiknya gua kena sokong pahang maa..haha..
    titan baru je tulis kisah BOB – Buat orang bersalah.My Profile

    1. hafizmd says:

      gua takde half2…mmg pior ganu..jadi takde sokong mana2…hohoho
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!My Profile

  3. zool says:

    tak sabar nak tengok game malam ni
    zool baru je tulis kisah Pencapaian Oktober dan Perancangan November 2013My Profile

  4. suri says:

    ah tak kisah janji malam ini buat kopi segera jer
    suri baru je tulis kisah Selamat Hari DeepavaliMy Profile

  5. Dja@SisHaza says:

    temankan si peminat sukan tonton malam ni…confirm macam biasa ambe temankan sambil tidur hehe

  6. BUNDA says:

    Penuhlah kedai2 mamak… seri kot 2 2…
    BUNDA baru je tulis kisah Renungan Di Hari Jumaat..My Profile

  7. baby comel says:

    Moga kelantan menang!

    tadi petang dengar budak2 kecik sebelah rumah riuh dok sembang
    “esok kelantan lawan negeri sembilan, ko sokong mana? ko sokong mana?”
    dalam hati gelak mengekek. laki pempuan pun dok melayan je.. janji bola, salah teka pun takpe. tak pasal2 N9 dapat nama =)
    baby comel baru je tulis kisah If You’re Happy And You Know ItMy Profile

  8. padin says:

    harap2 perlawanan rancak, segah nama perlawanan akhir :D

  9. wazy says:

    Semoga perlawanan berjalan dengan lancar
    wazy baru je tulis kisah Komisyen Ke-10 Dari PostlinksMy Profile

  10. hafizmd says:

    akhirnya dapat lekat balik kat sini…. =)

    kelantan kurang jd malam tadi…rezeki pahang musim ni
    hafizmd baru je tulis kisah Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…My Profile

  11. hafizmd says:

    cikgu…stylolah imej dan pantun belah kanan kat bawah ni…
    hafizmd baru je tulis kisah Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!My Profile

  12. Ismail N says:

    Alahai sebulan je dalam list. Harap2 next month tersenarai kembali :wink:
    Ismail N baru je tulis kisah ISTAF Super Series: Thais Edged Malaysia In FinalMy Profile

  13. Tahniah kepada mereka semua. Hehe. siap disuruh sokong kelantan lagi tu.. :p
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435HMy Profile

  14. Hafizul says:

    Yeahhh berjaya melekat lagi dalam ruangan ni untuk tempoh masa sebulan..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator Oktober 2013 Pondok KecilMy Profile

  15. UmmiKami says:

    Bumper bersegi bumper terpakai,
    Ditukar suami spanar dan martul;
    Oktober pergi November sampai,
    Avatar Ummi bertukar Hafizul… :D

    Tahniah Hafizul….

  16. UmmiKami says:

    Penyokong Kelantan no satu ye.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun