Pantun Bulan Mei

Mahu Tukar Atau Kekal. :D Sebenarnya aku tak kisah sangat korang mahu tukar atau mahu kekalkan sahaja tiga orang pemimpin kumpulan pengomen ini. Lagi pun mereka bertiga memang setia dan mesra. Sudah tiga bulan berturut-turut mereka bertiga kekal sebagai pengomen terbanyak blog Tehramuan.Com ini.

pengomen terbanyak

Sirih berhias pantun berbalas,
Duduk bersila depan tok kadi;
Lima Mei dua ribu tiga belas,
Mari bersama keluar mengundi.

Puteri jelita sopan beramah,
Putera kacak santun berbudi;
Tampal poster atur ceramah,
Bertabur kata bertaburan janji.

Sembang mertua tepi bangsal,
Periuk belanga belum dicuci;
Mahu tukar atau mahu kekal,
Pilihannya ada pada pengundi.

Penuh meja dengan hidangan,
Para tetamu beramah mesra;
Pilihan raya bukan permainan,
Inilah penentu masa depan kita.

Senyum kekasih kata bermadah,
Bertentang mata menahan malu;
Salah memilih silap memangkah,
Terkesan hingga ke anak cucu.

Terima kasih banyak kepada SuriUmmikami dan Hafizmd yang kekal sebagai pengomen terbanyak bagi bulan April lepas. Aku pula kurang aktif dan kurang mengadap blog akhir-akhir ini. Sori. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Mei' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. bulan ini sangat panas dan mendebarkan..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)My Profile

  2. hafizmd says:

    alhamdulillah…masih dapat luangkan masa utk baca entri2 santai berinformasi di sini…

    bulan ni mmg panas, apakah 6 mei lebih panas?
    hafizmd baru je tulis kisah 10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’My Profile

    1. suri says:

      yang panas hati jerk kot eh tak panas bumi adalah heee tpi panas byk janji mestikah berjaya d tepati nheee..

      cikgu oh cikgu sht ker?
      suri baru je tulis kisah CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns 2My Profile

      1. hafizmd says:

        harap cikgu tehr kita sihat sokmo =)
        hafizmd baru je tulis kisah 3 Sisi Tak Terkalah Blog AhmadFaizal.com!My Profile

  3. amirulfaiz says:

    Akhir-akhir ini, banyak janji-janji yang bertaburan. Pancing undi, adakah kita ini ikan? Hehe.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Obses terhadap stering.My Profile

  4. akubiomed says:

    Sibuk berkempen ker bro Tehr. Tanniah Top Komentator. :-)

  5. cikgu naman says:

    sibuk berkempen ke cikgu?hihi
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-Bersyukurlah Dengan Pekerjaan KitaMy Profile

    1. suri says:

      setahu saya kt sekoalh tak der kempen heee.kempen kebersihan adalah kot..
      suri baru je tulis kisah 2 Sebab Kita Mesti Menghormati Hak Orang LainMy Profile

      1. suri says:

        undilah cikgu heee

  6. onlajer says:

    ini kali aku rasa bertambah rajin haha
    onlajer baru je tulis kisah Doa naik KenderaanMy Profile

  7. Tahniah ke top pengomen.. :)
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Menang TenderMy Profile

  8. suri says:

    terima kaish cikgu tehr atas penghargaan ini.. amat saya hargai rakan2 lain rajin juga ke sini..
    suri baru je tulis kisah Selamat Hari Buruh 2013, Pekerja Pemangkin Transformasi NegaraMy Profile

  9. suri says:

    hii… kalu untuk tampuk pemerintahan cek no komen mmg diam jerlah
    suri baru je tulis kisah Tiada Kerja Lain Dah, Sahaja Suka-SukaMy Profile

  10. titan says:

    diorang memang rajin mengomen hari-hari maa..
    titan baru je tulis kisah Contest Review Tak Terkalah.My Profile

  11. papa mifz says:

    hebat2 mereka bertiga tuh…
    papa mifz baru je tulis kisah Video Rempuhan Anak LelakiMy Profile

  12. Bahrain says:

    Kuasa rakyat penentu masa depan negara….
    Tggu 5 mei Nanti, parti mana yang menang..
    Bahrain baru je tulis kisah Kalender 2013 Dari DumexMy Profile

  13. Bahrain says:

    Kuasa rakyat penentu masa depan negara….
    Tggu 5 mei Nanti, parti mana yang menang..
    First time mengundi ni..
    Bahrain baru je tulis kisah Kalender 2013 Dari DumexMy Profile

  14. hafiz says:

    tahniah kepada mereka bertiga…
    hafiz baru je tulis kisah Komisyen pertama JobdirumahMy Profile

  15. BeritaKaki says:

    adakah ini entri untuk …hehe..
    acah je.. saya nak blas takde idea..huhu
    BeritaKaki baru je tulis kisah Cara Kerja Dari Rumah Jana Duit PoketMy Profile

  16. eiela says:

    apa-apa pun bertukar atau tidak tahniah utk mereka-mereka ini.
    eiela baru je tulis kisah Pindahan Wang Kini RM0.10 SahajaMy Profile

  17. Hafizul says:

    Bila la pondok kecil nak berada dalam ruang ni pulak..Susah2..haha
    Hafizul baru je tulis kisah YeYe Esok MengundiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun