Pantun Bulan Jun

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun. Hujung bulan ini nanti berlalulah setengah tahun bagi tahun ini. Tahun yang hangat dengan isu bola sepak, politik, kemalangan, harga barang dan GST. Geng blogger pula masih tak terkalah dengan kisah buat duit dan kerja sambilan di rumah. :D

Cerita bola Pahang dan Johor,
Tiba-tiba ia menjadi masyhur;
Peminat berduyun sejak zohor,
Sampai malam tak boleh tidur.

Satu haribulan hari keputeraan,
Raja berdaulat Yang di-Pertuan;
Semoga negara sentiasa aman,
Selamanya dapat rahmat Tuhan.

Pesta menuai dan hari gawai,
Bala tetamu sangatlah ramai;
Tragedi bot terbalik di sungai,
Sampai bilakah akan selesai.

Bulan Mei lepas Suri dan Hafizmd masih kekal sebagai pengomen terbanyak blog ini. Saudara Hafizul pula berjaya merampas kedudukan daripada UmmiKami. Tahniah dan terima kasih banyak. Seperti biasa avatar mereka di sebelah kiri.

komen-mei-13

Bil Pengomen Terhebat Mei
 1 suri (70)
 2 hafizmd (35)
 3 Hafizul (30)
 4 UmmiKami (28)
 5 titan (23)

trafik-mei-13Blog rakan blogger yang banyak menghantar trafik ke blog ini pada bulan Mei lepas ialah pondokkecil, cahayacinta, mamasentimental, onlajer dan apacerita. Seperti biasa avatar mereka di sebelah kanan.

Suami isteri di tengah padang,
Entah kenapa berkejar-kejaran;
Antara Johor dan juga Pahang,
Pasukan yang mana jadi pilihan.

Pahang lawan Johor DT ada siaran langsung di Astro dan TV1 malam ini. Jangan buat-buat lupa pula. Harap-harap tak ada lagi kucing comel buat hal kat tengah padang. :D


TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Jun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. kakiblog says:

    melihat kepada angka komen suri..naik tegak bulu tengkok
    kakiblog baru je tulis kisah Tolong Cerita Tentang Pagerank (PR)My Profile

    1. TehR says:

      suri memang rajin
      meriah je rasa :D

      1. hafizmd says:

        separuh dari komen ambe

        nak kena guna kuasa turbo peringkat ke lapan kalau camni..hehe
        hafizmd baru je tulis kisah Cukup 100!My Profile

        1. Cik Siti says:

          Cik Suri dari dulu hingga kini memang komentar tegar…
          Cik Siti baru je tulis kisah Puan CT Jenguk Cik CTMy Profile

          1. suri says:

            erk..menggospi eh hii..
            suri baru je tulis kisah Waktu Yang Masih BerbakiMy Profile

  2. dja@sishaza says:

    Suri masih suri yang tak terkalah.. Jun pula bakal menambah lg 1 angka dlm maraton hidup ambe huhuhu. Harap2 x terkalah sebelum waktu
    dja@sishaza baru je tulis kisah TAWARAN DARI WEECLICKS .COMMy Profile

    1. TehR says:

      menambah 1 angka?
      alhamdulillah
      moga2 dipermudahkan segalanya

      1. suri says:

        sis sy hamil lagi tahniah mmg rezki tengh tahun ya
        suri baru je tulis kisah Twistband Hair Tie SolidMy Profile

  3. malam ni harap harap jdt n pahang tak gaduh lagi :-)
    the malay male baru je tulis kisah i luv A|XMy Profile

    1. TehR says:

      yups, kita memang sentiasa harapkan suasana yang aman
      dan pertarungan yang sengit

  4. hafizmd says:

    terima kasih cikgu menempekkan muka ambe kat sini lagi… =)

    jgn lupa malam ni, tgk pasukan mana lawan kelate nanti..hehe
    hafizmd baru je tulis kisah Cukup 100!My Profile

    1. Ang pung lagend bab ngomen nie kan :)
      Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Blogger Kontest: Tanah ArabMy Profile

  5. titan says:

    hoho..malam ini gua sokong pahang.
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 34 dari JobdirumahMy Profile

    1. Gua bersamamu -_-
      Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Blogger Kontest: Tanah ArabMy Profile

      1. suri says:

        macam tv3 punya tag dah
        suri baru je tulis kisah Berani Ya Kau Curi Pandang !My Profile

  6. Banyak suka duka bulan mei. Bila dah sampai bulan Jun, rasa dah makin dekat dengan penghujung tahun.

    *Tunggu nak tengok Johor @ Pahang yang jadi saingan Kelantan nanti. ;)

  7. azura says:

    nampaknya saya berkecuali lagi….saya sokong JDT cikgu
    azura baru je tulis kisah Kalau ada hitam pasti ada putihMy Profile

  8. Mereka yang lagend mengomen memang tak terkalah -_-
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Blogger Kontest: Tanah ArabMy Profile

  9. Padin says:

    hehee kalau setiap perlawanan jumlah penyokong camni memang best,
    tapi tahap disiplin masih jauh ketinggalan.. :D

  10. akubiomed says:

    Tanniah kepada Suri yang ratu komen.
    akubiomed baru je tulis kisah DiGi’s Menang Besar Contest dengan reload sahajaMy Profile

  11. cik suri nie dah kira ratu tak terkalah.. tahniah semua..
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ramai Kena Tipu Ribuan Ringgit Di Internet. Jom Baca Kisah MerekaMy Profile

  12. de engineur says:

    Dah masuk pertengahan tahun dah. Tak terasa masa berlalu. Keep blogging ya Cigku!
    de engineur baru je tulis kisah Electric flowers have the power to bring in beesMy Profile

  13. suri says:

    sana sini mmg syok komen rasa terbiasa dg blogger tu hee…skdar isi masa lapang kebetulan kesihatan di izinnya sihat
    suri baru je tulis kisah Berani Ya Kau Curi Pandang !My Profile

  14. Hafizul says:

    Ehh ada pulak pondok kecil dekat sini..terima kasih bro..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #54 – Yeahh I Know, Im Not Your ChoiceMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun