Pantun Bulan Julai

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun dan kini Julai. Habis dah setengah tahun bagi tahun 2013 ini. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku sepanjang bulan Jun lepas seperti malam hari yang panas, paip tak ada air, kemalangan dan jerebu. Tak ketinggalan kisah bola sepak. 

Anak buaya mati kebulur,
Timbul perut tepi jambatan;
Kisah bola Kelantan Johor,
Piala FA yang jadi rebutan.

Menangis sedih ibu buaya,
Kesian anak mati tak makan;
Tolakan cantik daripada Piya,
Dijaringkan oleh Nor Farhan.

Semua haiwan riang berlari,
Gembira hati sungai dah aman;
Harimau Selatan menggigit jari,
Piala kini di tangan Kelantan.

Sepanjang Jun lepas Suri, Hafizul dan Hafizmd masih kekal sebagai pengomen terbanyak blog ini. Perubahan hanya pada kedudukan saudara Hafizul dan saudara Hafiz antara tempat kedua dan ketiga. Blogger kacak cikgu Titan dan cikgu Dja@sishaza juga termasuk dalam Top 5 pengomen terhebat bulan Jun. Terima kasih.

komen-jun-13

Bil Pengomen Terhebat Jun
 1 suri (46)
 2 Hafizul (40)
 3 hafizmd (37)
 4 titan (26)
 5 dja@sishaza (25)

trafik-jun-13Blog rakan blogger yang banyak menghantar trafik ke blog ini pada bulan Jun lepas ialah wartashubhi, apacerita, pondokkecil dan kakiblog. Seperti biasa avatar mereka aku letakkan di sebelah kanan.

Suri, hafizul dan Hafizmd,
Titan kacak Dja@sishaza;
Tenggelam timbul tak kecuali,
Jauh dan dekat tiada dibeza.

Warta Shubhi dan Apa Cerita,
Kaki Blog juga Pondok Kecil;
Indah sekali menyusun kata,
Entrinya pula tidak terpencil.

Terluang masa berjalan-jalan,
Singah di sana singgah di sini;
Tinggalkan komen letak catatan,
Tak sempat menulis entri sendiri.

Piala FA dah tamat. Liga Super bagaimana pula kesudahannya. Adakan Johor Darul Takzim dan Selangor dapat mengekalkan Piala Liga Super 2013 di dalam negara atau terpaksa kita semua merelakan ia jalan-jalan di Kota Singa bersama pasukan seberang tambak, Lions XII.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Julai' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Cik Siti says:

    Cik Suri memang susah nak dikalahkan…. Tahniah Cik Suri
    Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

    1. suri says:

      ah.salah satu blog kegemaran saya sejak dari dolo lagi erk..hrp cikgu kita tak bosan huhu :P
      suri baru je tulis kisah Entri Seludup_Daging Masak Sos Lada HitamMy Profile

  2. akubiomed says:

    Tanniah kepada Top Komentator. Piala Malaysia tidak seberang sebelah Tambak Johor.
    akubiomed baru je tulis kisah Sepetang di Pantai PuteriMy Profile

  3. Mohd Shubhi says:

    Rasa macam dah jatuh cinta pulak dgn pantun, kalau kerap datang dan layan pantun ni, rasanya boleh lekat. TK kerana rajin karang pantun.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Masalah benci suami, guna teknik Miyamoto MusashiMy Profile

  4. nazray says:

    hehe, dah lebih setengah tahun ni, azam dah tercapai ke?
    nazray baru je tulis kisah Lagu Ramadhan | Maher Zain.My Profile

    1. suri says:

      azam..syukur…ia makin hampir :)
      suri baru je tulis kisah Hari Keluarga Dan Sukaneka 2013My Profile

  5. yeeee…. harimau selatan gigit jaro
    the malay male baru je tulis kisah julaiMy Profile

  6. Joe says:

    Tinggal beberapa match lagi nak tentukan. harap harap team dari Malaysia la yang menang liga Super.
    Joe baru je tulis kisah Rebut Peluang Jana RM3000 Setiap Bulan Secara AutomatikMy Profile

    1. suri says:

      saya mengimpikan begitu juga.amin.
      suri baru je tulis kisah Total Earnings RM75.00My Profile

  7. AUC says:

    tahniah memang hebat belaka tu boh, payah nak lawan dah :)
    AUC baru je tulis kisah Kelajuan Internet Asia Lebih Laju Dari EropahMy Profile

  8. onlajer says:

    i say tak berjaya lah bulan ini
    onlajer baru je tulis kisah How popular is onlajer.comMy Profile

  9. perghhh pandai berpantun huhuh
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Sure White Beauty Plus KolagenMy Profile

  10. sian jdt…

    takde la sport car mereka
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah boring gaban gabanooo!My Profile

  11. tahniah buat top komentar yg tak terkalah tu….
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Panduan Cara Mengecat Cat Rumah Utk Hari RayaMy Profile

  12. Padin says:

    kekal konsisten.. terbaikk

  13. dja@sishaza says:

    Menu pantun dan bola yg serasi walau berbeza gelanggang,tu yg membuatkan blog ni x sunyi pengunjung…
    P/s: huk oloh…. terkalah juga ambe dgn yg kacak hihi :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah KEPENTINGAN ALAT PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAKMy Profile

  14. papa mifz says:

    harap bulan nih den boleh tersenarai sebagai Top Komentar…hehe
    papa mifz baru je tulis kisah Sekitar Hawa ResortMy Profile

  15. mie says:

    blog tehr tetap gah sehungga skrg…
    dah lama xmasuk sini…
    hehehee
    mie baru je tulis kisah Dulu INSTAPLACE, Kini INSTAFOODMy Profile

  16. Hafizul says:

    Tahniah buat semua..tak sangka bulan ni masih melekat agi kat blog ni..hehe..alhamdulillah..
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator Jun 2013 Pondok KecilMy Profile

  17. kakiblog says:

    sangat tidak sangka kakiblog termasuk dalam senarai..terima kasih admin
    kakiblog baru je tulis kisah Masa Paling Sesuai Untuk Blogger MenulisMy Profile

  18. Wan Fauzi™ says:

    peluang utk lion12 memang cerah.. hanya perlu mengalahkan felda united utk mejuarai liga super thn nie…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Intipati Ucapan Presiden Mesir Dr. MursiMy Profile

  19. titan says:

    singapura sudah menang itu piala. waa..
    titan baru je tulis kisah Tempias buat duit dengan blog.My Profile

  20. hafizmd says:

    alhamdulillah dapat jugak cilok di sini =)

    terima kasih cikgu utk link ni

    waaaa…piala sudah kena ‘curik’
    hafizmd baru je tulis kisah Peluang Terakhir Selamatkan Piala Liga Super!My Profile

  21. Lynn says:

    Anak burung belajar merepak
    jatuh pula dari dahan sini
    Bloger di atas tu semua memang rajin menapak
    Saya pula hanya sampai sekali-sekali

    ( Ehhh…ok ke jawapan pantun ni ??? )
    Lynn baru je tulis kisah Surat jawapan permohonan quota tambahan Ben Ashaari ( Part 2 )My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun