Pantun Bulan Januari

Sudah masuk bulan Januari. Sudah tiba tahun baru dan sudah juga bina azam baru. Yang pastinya semangat baru sedang berkobar-kobar dalam diri. Anak-anak yang baru masuk sekolah juga masih belum hilang debarnya, masih keliru sama ada mahu ketawa atau mahu menangis. :D

Banyak kampung dilanda bah,
Melimpah air seluruh negeri;
Awal tahun mula ke sekolah,
Mengapa mencari jadual cuti.

Anak menteri takutkan hujan,
Anak pemandu duduk mengeluh;
Mengapa rumah masih didirikan,
Atas bukit yang hampir runtuh.

Tahniah dan banyak-banyak terima kasih kepada rakan blogger yang setia berkunjung, banyak meninggalkan komen dan menghantar trafik ke blog ini sepanjang bulan Disember 2012 lalu. Avatar 3 pengomen terbanyak dan tiga penghantar trafik terbanyak akan berada di tempat biasa [bawah header kiri dan kanan].

Hilang hari berganti hari,
Pergi minggu berganti minggu;
Perjalanan hidup di dunia ini,
Hanya ajal sedia menunggu.

Pergi bulan berganti bulan,
Hilang tahun berganti tahun;
Pilih arah dalam perjalanan,
Dosa atau pahala bertimbun.

Setiap kali masa beredar dan tahun berlalu, apa yang paling pasti ialah umur kita semakin berkurangan. Dalam membina harapan, dalam meniti kejayaan, dalam menongkah kegagalan, dalam sedar, dalam tak sedar, kita semakin dekat menuju kematian.

Moga-moga kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Januari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Puan Bardboo says:

    semoga tahun baru ni kita semua akan jadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya..
    Puan Bardboo baru je tulis kisah VCO Catalyst Dan Set Bersalin TanameraMy Profile

    1. tehramuan says:

      insya-allah

  2. Pagi-pagi ni takde mood pulak nak berpantun… ;)
    Semoga banjir cepat reda di pantai timur….
    Malaysia Coin baru je tulis kisah 10 Panduan terbaik untuk pengumpul baruMy Profile

    1. tehramuan says:

      banjir dah semakin reda
      cuma musimnya je yang belum habis lagi

  3. zool says:

    harap begitulah.. semoga sentiasa berjaya
    zool baru je tulis kisah Selesai Membaca Buku Anda Berfikir? Bagaimana?My Profile

    1. tehramuan says:

      harapnya begitu
      moga2 dipermudahkan segala urusan kita

  4. hatiputera says:

    Tahniah kepada top komentator dan top refferal.
    hatiputera baru je tulis kisah NBI SKMM: Daftar rebat RM200My Profile

    1. tehramuan says:

      tahniah dan terima kasih untuk HP juga

  5. Tak pandai betul nak berpantun ni. Hehe…
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200My Profile

    1. tehramuan says:

      tak jadi hal juga tu, bro
      tapi kalau nak cuba
      guna teknik hentam dan redah je :D
      [aku memang buat macam ni la dulu2]

  6. Tercucuk paku, sakitnya adeh..
    Jumpa doktor, aku lak malas
    Bulan Disember banyak ku minum teh
    Sampai termuncul Avatar di atas.

    P/s: Errrkk.. mcm terpisah lagu dan irama lak pantun ni :D
    Tapi thanks sbb avatar di atas.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Robin Van PERFECTMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak ada la terpisah jauh, bro
      masih dalam liputan tu :D

      Jumpa doktor, aku lak malas,
      Penyakit pula malas nak pergi;
      Avatar pengomen ada di atas,
      Terima kasih daun keladi.

  7. hafizmd says:

    Tahniah juga pada cikgu yg sentiasa segarkan dan ceriakan kami dengan pantun2 yg amat2 terbaik!

    Alhamdulillah, sempat juga menyelit di sini…hehehe
    hafizmd baru je tulis kisah Kelantan vs ATM 2013 Piala SumbangsihMy Profile

    1. tehramuan says:

      Sama2 terima kasih, bro

  8. UmmiKami says:

    Hampir tumpah tiada terkena,
    Gulai ikan dan juga plata;
    Banjir melimpah petanda bencana,
    Sebagai peringatan kepada kita.

    Beri gelas diminta sudip,
    Pekat diputar silada api;
    Jari ku kebas mata berkelip,
    Melihat avatar sudah di tepi. :P
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tinggal kenangan..buat permata hati.My Profile

    1. tehramuan says:

      Pekat diputar silada api,
      Diputar dengan bersopan-santun;
      Melihat avatar sudah di tepi,
      Buat semangat untuk berpantun.

      1. UmmiKami says:

        Kembang sagu sampai sekuali,
        Sebelah peria hendak dibekal;
        Memang cikgu pandai membeli,
        Kenalah saya banyak menjual. ;D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tinggal kenangan..buat permata hati.My Profile

  9. papa mifz says:

    tahniah buat avatar mereka yang terselit…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Snorkeling di Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau PerhentianMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, tahniah untuk semua

  10. titan says:

    berapa banyak pantun dahh..haha..
    titan baru je tulis kisah Konsep asas bila buat Contest.My Profile

    1. tehramuan says:

      ada banyak lagi ni, bro
      insya-allah kalau panjang umur

  11. Cik Siti says:

    Kasih berputik kian diseru,
    Cinta dan sayang kian bertambah,
    Tahun baru azamnya baru,
    Tanamkan ia pastikan bercambah.
    Cik Siti baru je tulis kisah Lirik Lagu: Zapin Datuk TemenggungMy Profile

    1. tehramuan says:

      Cinta dan sayang kian bertambah,
      Nampak pelangi indah warnanya;
      Tanamkan ia pastikan bercambah
      Hasilnya untuk bahagia bersama.

  12. Betul tu bro.. semakin hari semakin dekat kita pada kematian…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.My Profile

    1. tehramuan says:

      moga2 kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus

  13. akubiomed says:

    Selamat memulakan persekolahan sesi 2013.
    akubiomed baru je tulis kisah Bantuan Persekolahan RM100 mula dibayar 15 JanMy Profile

    1. tehramuan says:

      dan 3 hari
      dan besok dah pun cuti hujung minggu

  14. Cikgu Hairul says:

    Air sungai mencecah titi,
    Siap siaga untuk berpindah,
    Rasa tak puas sebulan bercuti,
    Cadang nak terus berhenti sekolah.

    Rumah batu macam istana,
    Duduk diam kucing bertuah,
    Rumah dibina di atas sana,
    Untuk berbangga juga bermegah.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Sampai Hati korangMy Profile

    1. tehramuan says:

      Siap siaga untuk berpindah,
      Tapi hujan tak mahu berhenti;
      Mana boleh berhenti sekolah,
      Kerana ilmu tak cukup lagi.

  15. Ladfe Amir says:

    saya kena belajar berpantun jugalah mcm ni. tapi bukan skrg. tahniah kepada semua pemenang.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Lagi RM20 Sahaja (Part 2)My Profile

    1. tehramuan says:

      molek sangat, bro
      tulis pantun dengan teknik hentam dan redah je
      [cara ku belajar ni] :D

  16. Hutan dara tempat berburu,
    Kijang tertembak luka berdarah;
    Tahun baru semangat baru,
    Kisah lama menjadi sejarah
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Proses BelajarTarik Trafik ke blogMy Profile

  17. khairil says:

    saya pun dah lama tak berpantun. sejak zaman sekolah dulu lagi :D
    khairil baru je tulis kisah Suasana Pertembungan 3 Agama Di Baitul Maqdis Palestin (20 Gambar)My Profile

  18. yas says:

    Tahniah kepada avatar mereka yg duk dlm carta tu….
    yas baru je tulis kisah Koleksi 13 Gambar Banjir Lumpr Di Subang [Putra Height]My Profile

  19. de engineur says:

    Harap semuanya ok di Kelantan & Terengganu. Musim banjir ni bahaa juga terutamanya kanak2 tanpa pemantauan
    de engineur baru je tulis kisah Top 10 longest insectsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun