Pantun Bulan Februari

Sebulan berlalu dengan berbagai kisah kehidupan. Sudah memang pasti ada kisah gembira, sedih, lucu dan berbagai-bagai kisah lagi. Kisah yang paling meriah bagi aku ialah suasana di hari pertama murid-murid Tahun Satu ke alam persekolahan.

Sahabat Suri Cahayacinta,
Rakan mesra rajin berkunjung;
Hari cuti menjenguk keluarga,
Hati gembira balik kampung.

UmmiKami pandai berpantun,
Sopan santun berbudi bahasa;
Di bulan ini singa melantun,
Kita sambut Tahun Baru Cina. 

Dialah suami dialah blogger,
Sahabat nan mesra hafizmd;
Ramai kini tertanya-tanya,
Mengapa Piya tersingkir lagi.

5 rakan blogger yang paling banyak meninggalkan komen di blog ini bulan Januari 2013 ialah suri (84), UmmiKami (70), hafizmd (56), titan (48) dan de engineur (32). Terima kasih banyak aku ucapkan kepada mereka dan kepada rakan lain yang tidak tersenarai. Seperti biasa 3 yang terbanyak aku letakkan avatar mereka di bawah header sebelah kiri.

Onlajer blog darihal elektrik,
Banyak panduan boleh didapati;
Sibuknya nampak orang politik,
Menunggu PRU bilakah jadi.

Ohcikgu ada buat pertandingan,
10 Blogger Terbaik Malaysia;
Maulid tiba majlis keriangan,
Rasul kita junjungan mulia.

Sahabat Donnyien orang Sabah,
Jauh merantau sampai ke sini;
Liga Malaysia biar pun meriah,
Ranking FIFA tidaklah menjadi.

Top Referral Traffic ke blog ini pula datangnya daripada blog mamasentimental, hafizmohd, onlajer, ohcikgu dan donnyien. Oleh kerana Ummikami dan hafizmd juga merupakan pengomen terbanyak dan avatar dah diletakkan di sebelah kiri, jadi aku letakkan avatar onlajer, ohcikgu dan donnyien di sebelah kanan. Boleh, kan?

Terima kasih kepada semua,
Buat hatiku berbunga-bunga.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Februari' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


29 Comments

  1. Buah duku buah durian,
    Enak sungguh dibuat tempoyak
    Dalam diam kusimpan impian,
    Untuk menjadi pengomen terbanyak.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Akibat Ketagihan blogwalkingMy Profile

    1. hafizmd says:

      Buah manggis hitam kulitnya
      Hitam-hitam manis isinya
      Sambil mengomen kita bergumbira
      Moga ukhwah kekal sentiasa
      hafizmd baru je tulis kisah Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik MirzaMy Profile

    2. ummikami says:

      Tumpang lalu… :D

      Durian ku tanam berkuah serabai,
      Biji selasih dibuat minyak;
      Impian ku idam sudah tercapai,
      Terima kasih banyak-banyak.
      ummikami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

  2. kakmahh says:

    Salam muhibbah,salam sejatera,
    Pagi jumaat penghulu hari,
    Apa khabar tuan blog di sana?,
    Harap-harap tidak sunyi hari ini.
    kakmahh baru je tulis kisah Lanun bikerz charity event – GazaMy Profile

    1. suri says:

      blog sy sunyilah kakmahh meh le dtg ke blog sy pula heee..

      hrp2 sht le tu klu tak masakan entri update pgi2 jumaat
      suri baru je tulis kisah Doa Dalam SujudMy Profile

  3. onlajer says:

    nak buat pantun empat kerat memang aku tak reti
    Tetapi apa – apa pun terima kasih kembali
    onlajer baru je tulis kisah Pagi Jumaat iniMy Profile

    1. hafizmd says:

      Dua tiga kucing berlari
      Eh kata tak reti
      Ini pantunpun menjadi

      p.s. pantun 3 kerat…hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik MirzaMy Profile

  4. yas says:

    Tahniah buat rakan2 yang tersenarai….bulan nie, aku akn cuba lak tempatkan diri dlm kelompok 5 terbaik tue…
    yas baru je tulis kisah Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013My Profile

  5. suri says:

    salam jumaat..

    suri suka makan meggi
    rasanya sedap isikan cili api
    usah di risau wahai hati
    selagi sihat bolehlah berblogwalking

    terima kasih utk link & penghagaan itu. sama2lah kita berkujung ya bro thnks sb sudi ke blog sy juga >_<
    suri baru je tulis kisah Doa Dalam SujudMy Profile

  6. hafizmd says:

    Terima kasih cikgu utk link avatar ambe tu.
    Senang hati berkongsi bersama rakan blogger.
    Terima kasih sekali lagi cikgu

    Budak kampung main sorok-sorok
    Makin hari makin seronok
    hafizmd baru je tulis kisah Speechless Friday #1 Pagi Jumaat Malik MirzaMy Profile

  7. huahua…

    bile nama saya nak tersenarai ni :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah kegembiraan di pejabatMy Profile

  8. Aretikz says:

    Dua tiga kucing berlari,
    rasa nak try komen banyak2 macam ni,
    leh ker begini?
    Pantun gaya2 hantami..

    hehe..
    Aretikz baru je tulis kisah An Owl StoryMy Profile

  9. nazray says:

    bulan satu sudah lepas
    bulan dua mula datang
    jari jemari sudah kebas
    nak tulis entry akan datang

    wah bila bace pantun disini je, rasa nak berpantun pula. permulaan bagus untuk bulan 2 ni. hahaha
    nazray baru je tulis kisah Evasi0n | Perisian untuk untethered jailbreak iOS 6.0 dan 6.1My Profile

  10. ummikami says:

    Buat Cikgu Teh.. :)

    Cikgu Gulam membelah kelapa,
    Mengunyah sirih gigi tertelan;
    Pantunku sulam tidaklah seberapa,
    Terimakasih setinggi bulan.
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

  11. ummikami says:

    Teriam kasih banyak-banyak atas penghargaancikgu, blog cikgu jadi pembakar semangat Ummi untuk terus menerus mencipta pantun walaupun bukan ahlil pemantun…. :D
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

    1. ummikami says:

      *terima
      ummikami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

  12. muktasim says:

    sekejap sahaja dah berlalu sebulan di tahun 2013.. :)
    muktasim baru je tulis kisah Trafik menjunam tapi alexa ada peningkatan?My Profile

  13. azura says:

    masuk februari tinggallah januari
    bulan sudah berganti bulan
    untung mereka datang ke sini
    avatar telah cikgu sediakan
    azura baru je tulis kisah SrikandiMy Profile

  14. Sharafie says:

    nak berpantun tak reti..hehehe..aku pergi mana² blog pun mesti ada Encik titan jadi pengomen tegar..hahaha
    Sharafie baru je tulis kisah Tips Bakal Pengantin Kurangkan Kos Perkahwinan Bahagian 1My Profile

  15. donnyien says:

    Terharu sangat.. terima kasih bro Tehr.. muka saya pun ada di blog ini =D
    donnyien baru je tulis kisah Delima hidup seorang penulis blogMy Profile

  16. tahniah buat pengomen dan referal terbanyak…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Menjaga Kebersihan Untuk Lelaki Kacak. Jgn Pengotor sgt.My Profile

  17. kakyon says:

    berpantun seloka sambil bermadah
    gembira ketawa terbahak bahak
    akak singgah nak ucap tahniah
    kepada pengomen dan referal terbanyak
    kakyon baru je tulis kisah aktivitiMy Profile

  18. papa mifz says:

    hebat2 mereka semua tuh…tahniah buat mereka…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Bermain Air di Wet World Shah AlamMy Profile

  19. Alahai, terkeluar senarai dah kawe. Apa leh buat, kawe sakit-skit jer sejak kebelakangan ni bro. Blog walking pun dah lama tak buat. Posting pon tak banyak dah… adehhh…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gaji Minimum Dan Pekerja AsingMy Profile

  20. padin says:

    huhuu memang sekejap je rasa masa berlalu
    dah masuk bulan kedua dah

  21. fiezaradzi says:

    tahniah kepada semua.. arh, tak tersenarai juga.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Khalifah PertamaMy Profile

  22. Hamdan says:

    Tahniah kepada rakan blogger yg tersenarai… :)

    Cepat betul masa berlalu, bln Februari menjelma sudah.

  23. akubiomed says:

    Tanniah kepada Suri yang kembali menganas dengan meninggalkan komen di blog. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  24. de engineur says:

    Eh, tak sangka masuk top 5 rupanya bulan January.

    I memang suka baca pantun2 cikgu ni wlupun I sendiri tak reti berpantun. Hehe
    de engineur baru je tulis kisah Green message of SERASI ProgrammeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun