Pantun Bulan Disember

Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan kini Disember. Bulan terakhir kita untuk tahun 2913 ini. Bulan depan kita dah masuk tahun baru 2014. Penggal persekolahan yang baru dan pastinya dengan azam baru. Liga M juga masuk musim baru. :D

Hilang bulan berganti bulan,
Hilang tahun berganti tahun;
Hidup kita satu perjalanan,
Dosa pahala turut dihimpun.

Pergi bulan datang bulan,
Pergi tahun datang tahun;
Amalan baik menjadi bekalan,
Amalan buruk usah ditimbun.

Hari dan bulan tahun berganti,
Semakin kurang umur berbaki;
Di sana kubur sedang menanti,
Alam akhirat yang kekal abadi.

Suri, UmmiKami, Hafizmd, Hafizul dan Ismail N adalah 5 pengomen terbanyak blog ini sepanjang bulan November lepas. Aku dan Tehramuan hanya dapat ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka berlima dan kepada semua yang singgah meninggalkan komen.

komen-november-13

Bil Pengomen Terhebat November
 1 suri (59)
 2 UmmiKami (37)
 3 hafizmd (31)
 4 Hafizul (23)
 5 Ismail N (22)

trafik-november-13Blog pendapatandapondokkecil dan dululainsekaranglain menjadi penyumbang trafik yang tinggi ke blog ini selain dari enjin carian. Terima kasih banyak. Seperti biasa avatar mereka aku letakkan di sebelah kanan.

Puan Suri melambai-lambai,
Lambaian dibalas UmmiKami;
Piya pemain paling bernilai,
Keeper terbaik Khairul Fahmi.

Encik Hafizul pandai bercerita,
Hafizmd jejaka bijak mengarang;
Terbaik di tengah Si Piya juga,
Norfarhan pula hebat menyerang.

Ismail N di negeri di bawah bayu,
Manchester United peminat setia;
Penyokong Kelantan sama bersatu,
Memang terbaik seluruh negara.

Piya Pemain paling Bernilai [MVP] 2013! Tahniah kepada Apek, Ben 10, Piya, Dollah Salleh, Marlon Alex, Baihakki, Junior Eldstal dan semua pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013.

Tahniah juga kepada semua peminat dan penyokong Harimau Malaya.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Disember' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. kakiblog says:

    Aku dan Tehramuan boleh dijadikan tajuk filem atau drama tuan!
    kakiblog baru je tulis kisah Trend Blogwalking Semakin MenurunMy Profile

  2. Sempat jugak selit-selit pantun tentang bola tu. Hehehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Asal Usul Deodoran dan Bagaimana Iklannya Mempengaruhi Rutin Harian KitaMy Profile

    1. hafizmd says:

      itu mesti…memang geng2 bola…hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013My Profile

  3. UmmiKami says:

    As salam…

    Palang berasap berkepul pula,
    Mengapa jerami di bawah guri;
    Hilang sekejap timbul semula,
    Rupanya Ummi di sebelah Suri… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

    1. TehR says:

      Apa jerami di bawah sana,
      Buat mengalas benih padi,
      Ummi dan Suri rakan maya,
      Mekar bunga di taman hati.

  4. UmmiKami says:

    Cenderawasih penunggu kayangan,
    Turun seminggu memandang daik;
    Terimakasih Cikgu kesayangan,
    Pantun Cikgu memang terbaik… :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

    1. TehR says:

      Cenderawasih gelak ketawa,
      Lagak kelakar burung tekukur;
      Pantun sedih pantun gembira,
      Hanya sekadar buat berhibur.

  5. akubiomed says:

    Suri tetap berada diatas. Memang hebat. Tanniahlah.
    akubiomed baru je tulis kisah RIP Paul Walker Fast and Furious 1973 – 2013My Profile

  6. ohcikgu says:

    fuhh..rajin betul mereka semua yekk..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cikgu matematik yang tak berapa boleh nak pakai.My Profile

  7. zool says:

    memang pengkomen tegar mereka ni
    zool baru je tulis kisah Pencapaian November dan Perancangan Disember 2013My Profile

  8. Asyrof Asri says:

    Tahniah kepada mereka yang rajin ke blog Tehramuan ni. :)

    Eh, Asyrof bila nak rajin ni? ..
    Asyrof Asri baru je tulis kisah Tanpa Cermin Mata, Duniaku Tidak BermaknaMy Profile

  9. Padin says:

    hehee maintain diorang nih,
    emmm sekejap benar rasanya, dah nak 2014….

  10. Cik Siti says:

    nampaknya Cik Suri kita memang dah tak boleh dipisahkan lagi dengan UmmiKami kita ni… hehehe…. Tahniah
    Cik Siti baru je tulis kisah Kastel 2013My Profile

  11. Akuro San says:

    tahniah kepada mereka yang rajin mengomen… bilalah nak jadi rajin macam mereka nih? huhu~
    Akuro San baru je tulis kisah Beli Domain Harga Murah di Awn.myMy Profile

  12. dja@sishaza says:

    Tahniah buat mereka semua terutamanya Suri …insyaallah Januari depan ambe book satu seat hihi :)
    dja@sishaza baru je tulis kisah TRAGEDI 3 BERADIKMy Profile

  13. hafizmd says:

    Tahniah pada Suri & Ummi Kami
    Sentiasa ada di sini
    Ambe sempat menyelit lagi
    Seronok singgah blog ni
    hafizmd baru je tulis kisah Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013My Profile

    1. Hafizul says:

      Sempat lagi dia berseloka tuhhh..hahaha..
      Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator November 2013 Pondok KecilMy Profile

      1. TehR says:

        jangan pandang tak ada mata
        usah dengar tak ada telinga
        biar pun nampak biasa-biasa
        tak tersangka bakat yang ada

        1. suri says:

          bakat berkata-kata berikan pada blogger bagilah depan 10 minit saha depa akan mampu karang tulisan entri panjang..tanpa sedar itulah bakat terpendam mereka eh
          suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 19_ 2013My Profile

  14. Hafizul says:

    Emm jadi top referal pulak dah pondok kecil..haha..apa-apa pun saya bersyukur sebab masih mampu bertahan di blog tehr ni untuk bulan 12 ni pula..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator November 2013 Pondok KecilMy Profile

  15. Ismail N says:

    Ehem ehem.. masuk ranking gak. Dah lama ini tidak terjadi. Maybe sbb cuti skul, kawe jadi rajin sikit. Thanks bro.
    Ismail N baru je tulis kisah Kopi Bancuh Dan EspressoMy Profile

  16. hafiz says:

    Masih tak dapat menembusi disini

  17. Kak suri memang rajin :D Sedap pantun ni hehe
    MissPuan Yati baru je tulis kisah Permulaan di penghujungMy Profile

    1. suri says:

      ada kata kerja kita melambai-labai jer sabau jelah bro tehr ni heee
      suri baru je tulis kisah Cara Untuk Mengambil Hati NenekMy Profile

  18. onlajer® says:

    akhir – akhir ini macam kurang power sahaja saya menyumbang disini
    onlajer® baru je tulis kisah Contest SEO EridyMy Profile

  19. Lyn™ says:

    Pulau Pisang pulau terpinggir
    Duduk letaknya sebelah Singapura
    Walau tidak tercalun di depan tabir
    Ziarah ke mari tetap saya suka.
    Lyn™ baru je tulis kisah Bagaimana menangani serangan jantung ketika berseoranganMy Profile

  20. suri says:

    terima kasih sahabat bro tehr yang tak jemu dengan suri hee…backlink amat bernilai :) murah ilmu murah rezeki selalu ya bro
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 19_ 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun