cahayacinta pondokkecil bayuk3nangan
tak kenal maka tak cinta
akubiomed pondokkecil apacerita
tehramuan

Pantun Bulan Bahasa Kebangsaan

Majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan semalam di tapak perhimpunan. Tugas saya seperti biasa adalah sebagai jurugambar. Kempen ini merupakan satu kempen yang bagus dalam memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menggunakan Bahasa Malaysia yang baik dalam perhubungan seharian.

Buah langsat di Tanjung Keling,
Bawa ke muara tin yang kemek;
Sekali sesat ke kandang kambing,
Terpaksa pula belajar mengembek.

Tandan pisang penuh di ladang,
Buah mempelam di atas pagar;
Cakap siang nampak di pandang,
Cakap malam perhati dengar.

Bunga ciku gugurnya bertabur,
Bunga kemboja diulam jangan;
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata mohon kemaafan.

Dunia blogger bagaimana? Mestikah menggunaan sepenuhnya Bahasa Malaysia dalam menulis entri? Atau sekadar cukup dengan hanya menggunakan bahasa yang baik sahaja? Maksud saya bahasa yang tidak mengganggu emosi pembaca, juga bukan bahasa yang kesat dan kasar.

Tujuan Utama

  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan Bahasa Kebangsaan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



77 Comments

  1. padin says:

    salam..
    gunakan bahasa yang baik dan mudah di fahami dah memadai..
    nanti kalau semua buat entri macam news, susah nak cari makan la wartawan nanti hee

    1. tehr says:

      salam kembali
      tu la pasal, bro
      aku pun fikir macam tu juga

      1. dnoBiz says:

        asalkan senang dipahami dan sesuai dengan keadaan, tapi itu bukan bermakna kita tak sayangkan Bahasa Kebangsaan
        dnoBiz baru je tulis kisah Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikirMy Profile

        1. tehr says:

          ya, asal senang difahami
          bukan juga terlalu ‘rojak’ atau kesat dan kasar

  2. ejoncb says:

    gunakan bahasa yg senang difahami. kalau short form pun. guna yg universal dan mudah org nak faham

    1. tehr says:

      betul kata ejoncb,
      short form yg biasa orang guna tu kira boleh la
      jangan nanti hanya admin sorang je yang faham

  3. gayahspears says:

    salam bro tehr…
    ikot keselesaan sendiri…
    kalo kita suke berbahasa melayu gunekan sbg penulisan..
    kalo kita suke berbahasa inggeris blh gune,, jnji oreg phm ape yg kita cube sampaikan… kalo bahase kesat tu blh ja kalo tgh marah..huhu
    gayahspears baru je tulis kisah Tahniah Alya!!!My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, gayah
      janji orang boleh faham, agak2 la kan?
      pasal bahasa kesat saya tak setuju, kecuali kalau guna sebagai cakap ajuk

  4. etomyam says:

    elok ni bulan promosi camni, aku cuba gunakan blog sebagai platform utk perbaiki gaya penulisan dan asah kreativiti :D

    1. tehr says:

      aku pun masih dalam belajar gak ni
      cara penulisan blog memang lain dari karangan biasa

  5. wadud@duad says:

    hehehehe…
    a’ah semestinya lar..
    tapi kadang campur aduk gak..
    tambah beduk lagi.. :D
    wadud@duad baru je tulis kisah Agama BuddhaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun suka campur aduk juga, wadud
      masih mencari gaya penulisan sendiri

  6. mijie says:

    aku pun kearah itu, cuba memperbaiki bahasa melayu dan kreativiti dalam menulis

    pada pandang cikgu macam mana dengan bahasa yang saya guna kat blog sy tu
    mijie baru je tulis kisah Wajarkah pengurus rumah tanggaMy Profile

    1. tehr says:

      kreativiti tu yang payah, bro
      aku sendiri pun tak reti juga ni
      aku ngajar math sekolah rendah ni, memang tak reti nak mengarang

      blog bro aku baca cam ok je [yang sebenarnya aku memang tak reti cara bagaimana untuk menulis dalam blog]
      aku sendiri main belasah je

      1. suri says:

        haaa.. hadei cikgu punyalah berlambak cikgu punya bantu tu dah kira oklah tu bahasa melayunyer..

        tinggal lagi blog saya jer yang cam sipot sodut..jap tulisan ok..pastu tunggang langgang..merepek sana sini adalah

        haduuiii..

        1. tehr says:

          tu la yg payahnya, suri
          kita nak cari identiti kita dalam tulisan, saya sendiri masih kelam kabut

          suri selalu guna bahasa dan cara gaya tulisan yang menarik untuk dibaca

    2. dnoBiz says:

      aku setuju,
      cuba olah pengunaan bahasa supaya sedap dan seronok dibaca
      dnoBiz baru je tulis kisah Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikirMy Profile

      1. tehr says:

        ni yag agak payah ni
        saya sendiri masih belajar

  7. Seraffin says:

    aku lebih selesa pakai bahasa sendiri..maksudnya, tak kasar tapi mudah difahami orang..rojak jugak kenkadang..hehe

    1. tehr says:

      aku pun tengok keadaan juga
      tapi aku tak suka guna bahasa kasar atau kesat
      bila ada kawan2 blogger guna, aku baca juga, tak kisah
      mereka ada hak untuk itu

      1. dnoBiz says:

        ni hanya pandangan aku…
        Tak salah kalau gunakan bahasa kasar dan kesat sabagai luahan bagi mengambarkan keburukan sesuatu perkara selagi tidak digunakan untuk mencaci individu , tapi jagan terover kasar dan kesat

        just my 4cent
        dnoBiz baru je tulis kisah Lari tak mahu nikahMy Profile

        1. tehr says:

          saya pun tak kata salah guna bahasa kesat dan kasar, perlu ikut keadaan cerita dan cara penggunaan

          takkan cerita pergaduhan kita nak guna perkataan lemah-lembut juga kan?
          mesti kita guna kata cis. celaka, jahanam, bedebah ….
          saya juga masih belajar

  8. aimaniman says:

    hai tehr, kart sekolah akak arie nie baru pelancaran bulan bahasa kebangsaan tp akak x terlibat sbb akak skarang kat wad le… isshh.. tp lega gak sbb x payah amik bahagian dalam bulan tue, biasanya minggu bahasa, kali nie bulan plak, tentu komitmen lebih kan… issshhh….. bab penggunaan bahasa yg betul nie, biasa kat sekolah utk tujuan exam jer kan.. time kat blog nie, kita kene santai njgn berat2 lee.. tue yg akak pikirkan.. kalau nak ikut ayat bahasa btol, rasenya x cun laa .. tp bila piksa, bila kat sekolah atau bila tujuan tertentu br ler guna.. sori laa kalau tehr x trima pandangan akak nie.. he he he
    aimaniman baru je tulis kisah HAMPAMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe saya ok je
      ayat2 untuk ujian memang tak sesuai untuk blog
      sapa2 yang pandai guna cara santai tu, memang bagus
      satu kelebihan juga tu

  9. suri says:

    bahasa yang kesat harus di jauhi agar orang lain tidak terasa..

    jangan di anggap seabagi orang yang kurang sopan dalam berbahasa sudahlah huhu..

    1. tehr says:

      saya sendiri memang tak suka tulis bahasa kesat atau kasar
      tapi bila kawan2 blogger tulis, saya baca je, tak kisah apa2 pun
      masing2 ada hak dan cara

  10. panadol says:

    paling senang, gunakan bhasa yg suma org leh paham.
    mmg suma org ada cara n hak how dey wanna write dey n3 tp jan ar sampai m’dera pembaca..
    cian la weii..
    kekadang tue, t’kial2 aku m’baca..
    ahaha
    panadol baru je tulis kisah Speking London PulakMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal
      memang ada yg terkial2 nak baca dan mungkin ada yang tak faham apa yg ditulis
      kan rugi tu… maksud kita tak kesampaian
      kalau bahasa campur2, bagi saya tak kisah, ikut mood entri kita la kan
      contohnya entri lucu, kalau bahasa campur2, memang menjadi

  11. cikpia says:

    aq paling tak sker owang tlis camnie….. amik maser kowt aq nak fhm…. ko msti xpahm an an???? ha ha…….

    bab bahasa kasar tu aku terasa kot….. he he…….
    cikpia baru je tulis kisah - 1st HotzMama Cabutan Amat Bertuah -My Profile

    1. tehr says:

      jangan terasa cikpia
      aku tak suka tulis je
      tapi kalau baca apa yang kawan2 blogger tulis, aku tak kisah apa2 pun
      …mungkin pendapat orang lain tak sama

  12. huhu..
    agak2 penggunaan “aku” tu kasar ke??
    kasar gak kan.. tpi memang itu2 yg selesa guna bila manaip.. huhu..
    Johari Hamzah baru je tulis kisah The Malay Chronicles – BloodlinesMy Profile

    1. tehr says:

      bagi saya, penggunaan ‘aku’ tak kasar, ia adalah perkataan biasa yg memang biasa digunakan
      terutama bagi entri dalam bentuk bercerita
      ia memang sesuai

  13. sabri says:

    dunia blogger memerlukan bhasa yg mudah untuk dfahami:)
    sabri baru je tulis kisah My Story – Di Saat Aku MencintaimuMy Profile

    1. tehr says:

      setuju sangat

  14. zulkbo says:

    salam..
    aidai mampu..
    apa salahnya
    memperkayakan
    bahasa Ibunda

    New Entry at http://www.zulkbo.com

    cara-upload-gambar-guna-hosting-selain-blogger

    zulkbo baru je tulis kisah Hidup Tak Selalunya Indah HIDUP SEORANG BLOGGERMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sama2lah kita zul

  15. sud@is says:

    berbahasa asal tidak melampau,,,, kalu kesat bolayan….
    sud@is baru je tulis kisah Cerita Lucu Kawankubhgn 1My Profile

    1. tehr says:

      kalau sangat terlampau… memang sukar untuk melayannya

  16. Cik Siti says:

    Bahasa menunjukkan bangsa…. tingginya kita memartabatkan bahasa selagi itu kita akan disanjung tinggi

    1. tehr says:

      setuju denga cik siti
      mungkinkan bahasa gambaran hati?

      1. Cik Siti says:

        bahasa dengan pelbagai intonasi… bahasa yang halus dan teratur menunjukkan seseorang itu ikhlas
        Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh GiveawayMy Profile

        1. tehr says:

          sedang belajar guna bahasa yg halus dan teratur ni, cik siti

  17. zik says:

    betul lah tuh cikgu.. kena amalkan/perjuangkan bahasa kebangsaan… tengok negara lain macam china, jepun , korea.. mereka betul-betul menggunakan bahasa mereka sebagai platform dalam teknologi dan IT
    zik baru je tulis kisah Ucapan penuh bajet 2011My Profile

    1. tehr says:

      itu lah sebabnya, saya dari dulu sampai sekarang tidak pernah bersetuju dengan ppsmi
      orang sebelah [thailand] juga bangga dengan bahasa mereka

  18. Amir Izzat says:

    Singgah sebentar di Pekan,
    Membeli belah di Kedai Cik Ita,
    Bahasa Melayu harus dimartabatkan,,
    Siapa lagi kalau bukan tanggungjawap kita?

    Hurm..sebenarnya amir lebih suka menggunakan bahasa Melayu. Kadang-kadang TERPAKSA menggunakan bahasa yang santai supaya pembaca lebih memahami.

    Kenapa Amir lebih suka menggunakan bahasa Malaysia? Sebab mak amir guru BM. Tak adalah. Sebab ia membantu Amir dalam peperiksaan. hehe.
    Amir Izzat baru je tulis kisah Apabila Buffered Earning Menjadi Metered-Datanglah Pula Buffered Earnings Yang BaruMy Profile

    1. tehr says:

      bukan terpaksa, amir
      tetapi mesti guna cara santai kalau entri berkehendakkan begitu

  19. akubiomed says:

    Saya kadang tersasul didalam penulisan sebab perantara surat menyurat kat ofis bahasa Inggeris sekali tulis bahasa Melayu ambil masa nak fikir perkataan yang sesuai. Tapi menggunakan komputer tidak memerlukan bahasa khas untuk memahami kerana kita belajar meniru mengunakan komputer contoh butang mana nak tekan.
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      biasa tersasul juga sekali-sekala

  20. sweethoney says:

    Salam Tehr, Bahasa jiwa bangsa. Sweetie guna yang santai.Kadang-kadang juga ada juga merapu dengan bahasa rojaknya.

    1. tehr says:

      santai memang baik untuk entri jenis penceritaan
      kalau entri mengenai kajian, perlulah gunakan bahasa kajian

    2. akubiomed says:

      Teringat petikan Singh jaga didalam filem Seniman bujang lapok
      akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

      1. tehr says:

        kata2 yang sangat tajam dan penuh makna
        p.remlee memang hebat

  21. bluedianthus says:

    Suka dengan kehadiran bulan bahasa..dapat beli buku dengan harga murah tapi kandungan buku yang berkualiti..:)

    1. tehr says:

      sis warnnie memang suka membaca
      kami di sekolah memang ada mengiringi pelajar ke pameran buku
      memang banyak yang boleh dipilih

  22. ann says:

    alaaaaaa, slalu guna mix mix. rasa tak feel kalau tulis ikut bahasa skema, rasa cam buat karangan plak.. patutlah BM asyik fail jer. haha
    ann baru je tulis kisah Good Vs BadMy Profile

    1. tehr says:

      hi ann
      bagi saya tengok isi entri la ann
      kalau entri cerita, memang perlu guna cara bercerita
      campur2 pun ok

  23. Syafrizal says:

    bahasa yang mudah difahami.. barulah orang senang nak membacanya.. takpe la org cakap kita skema pun hehe
    Syafrizal baru je tulis kisah Menulis artikel – Bahagian 1My Profile

    1. tehr says:

      saya sendiri sebenarnya tak reti nak guna bahasa sms atau bahasa rojak ni
      tapi membaca apa yang orang tulis, ok je, tak kisah apa pun

  24. syahrilhafiz says:

    yang paling penting..
    tak mau2 bahasa2 yang rosak jiwa bangsa..
    buang semua tu..=)
    syahrilhafiz baru je tulis kisah Cara-cara install Ubuntu 1010 AlternateMy Profile

    1. tehr says:

      tu la
      saya sendiri tak reti nak buat/tulis gaya bahasa macam tu

  25. zulkbo says:

    salam..
    molek juga ada guru bahasa yang
    menceburi dunia blogging ni..banyak
    perkara,ilmu kami dapat..TQVM
    zulkbo baru je tulis kisah Apa Dah Kena Dengan OzBloggerComMy Profile

    1. tehr says:

      salam bro
      saya cikgu math sekolah rendah je
      mengenai bahasa, saya sendiri masih belajar
      blog ini juga sebagai tempat belajar

  26. izars says:

    sebabkan entri ni,jd dapat la info sal bulan bahasa ni.hehe..
    saya percaya di sekolah perkara macam ni memang ditekankan
    teringat masa sekolah dulu memanglah tau dan kena ingat pasal tatabahasa n etc.
    sekarang..urm,,

    1. tehr says:

      dulu lain, sekarang lain…
      hehehe

  27. abgreds says:

    assalamualaikum ..
    bahasakan entri ikut tema dan gaya penceritaan yang dipilih. kalau cara dialog, kenalah guna bahasa percakapan. kalau bentuk rencana, ikutlah tatabahasa yang betul dan sederhana…
    abgreds baru je tulis kisah Terkenang semasa dulu…My Profile

    1. tehr says:

      sokong! abgreds memang betul

  28. kulanz says:

    Bagus juga ada bulan bahasa macam ni.. dapat tingkatkan kecintaan thadap bahasa sendiri..

    untuk blog.. boleh juga tu guna bahasa Malaysia campuran.. bergantung pada tujuan penulisan.. tapi seboleh-bolehnya elakkan guna bahasa kesat atau istilah yang boleh mengganggu emosi orang lain..
    kulanz baru je tulis kisah Trilogi CintaMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, lanz
      sentiasa tingkatkan kecintaan kita

      letih ngajar budak2 guna bahasa yg sesuai
      tapi bila mereka menonton, pemimpin pun cakap tunggang-langgang
      tak juga guna bahasa kebangsaan

  29. TK says:

    bhasa tsusun itu cantik kn..
    xperlu kesat wlau tngah marah@ sakit ati..
    TK baru je tulis kisah 5 TAMAN TERCANTIK DUNIAMy Profile

    1. tehr says:

      masing2 punya pendirian
      saya sendiri tak reti guna bahasa kesat

  30. sangilapi says:

    sebenarnya aku mula kembali belajar menyusun ayat[menulis] bila aku mula berblogging tu pasal penulisan entry aku huru hara :(
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      sama laa, bro
      aku juga sedang cuba2 mengasah bakat menulis ni
      kita sama2 belajar

  31. eyriqazz says:

    kalau kita tidak perjuangkan bahasa kebangsaan siapa lagi?ditujukan buat diri sendiri yang selalu menulis dengan penggunaan bahasa yang kurang betul…hik3..

    1. tehr says:

      siapa lagi kalau bukan kita
      saya juga masih belajar menulis dengan cara yang betul
      thanks kerana sudi singgah

  32. s@L says:

    singgah jew…huhuhuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar