Pantun Bulan April

royaltiBulan Januari, Februari dan Mac telah pun berlalu. Sekarang dah pun masuk bulan April, bulan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong parti-parti politik untuk memangkah dan mengundi. :D Hari ini aku ada pantun perang simbol ‘R’, ‘T’ dan ‘K’ yang sedang meriah di Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Sampai bila nak tunggu lori,
Sejak pagi hingga ke senja;
Simbol R menuntut royalti,
Dari Kelantan ke Putrajaya.

Kepala lori masuk belukar,
Apakah nasib hantaran bekal;
Simbol T maksudnya tukar,
PAS kepada Barisan Nasional.

Mujurnya elok hantaran bekal,
Muatan lori selamat semuanya;
Simbol K maksudnya kekal,
Tetap berdiri pimpinan ulama.

Bil Pengomen Terhebat Mac
 1 suri (130)
 2 UmmiKami (63)
 3 hafizmd (48)
 4 Bro Zulkbo (26)
 5 Wan Fauzi™ (25)

Simbol R menuntut royalti,
Dituntut ia sampai bila-bila;
Terima kasih sahabatku Suri,
Jaguh komen di blog hamba.

Simbol T tukar maksudnya,
Semua daerah mahu jelajah;
UmmiKami kedudukan kedua;
Tiada mudah untuk menyerah.

Simbol K simbol yang baru,
Dijaja sampai ke hujung negeri;
Hafizmd tetap seperti dahulu,
Nombor tiga di belakang Ummi.

tukarNampaknya avatar pengomen terbanyak tidak bertukar bulan ini. Terima kasih dari aku kepada semua yang tak jemu-jemu singgah. Nak kata aku ada sediakan teh 0, tak la juga. :D Nak kata aku ada sediakan tips bagaimana dapat duit dari blog, tak ada pulak. Tapi jangan risau, aku tak marah. Lagi suka ada la!

Lekatkan pada bas dan lori,
Simbol R sepanjang jalan;
Bekerja di rumah seorang diri,
Saudara Hairul pakar masakan.

Lekatkan pada motor kereta,
Simbol T menjadi penarik;
Setakat kutahu blognya dua,
Onlajer seorang pakar elektrik.

Lekatkan di kapal dan motobot,
Simbol K hendaklah ditayang;
Badannya gagah hatinya lembut,
Ghost writer seorang pejuang.

kekalAvatar Top Referral kali ini nampaknya ada sedikit pertukaran. Blog ini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hairulonlajer, ghost writer dan rakan-rakan lain yang banyak menghantar trafik ke sini. Rakan pengomen dan penghantar trafik pastinya tidak membiarkan blog sahabat hanyut ke laut. Betul kan? :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Bulan April' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. de engineur says:

    Kat tempat aku, tukar tu merajuk kepada “Tukar BN kepada PR” hehehe.
    Tapi apa pun, yg penting Malaysia Milik kita, kekalkan kedaulatannya.
    de engineur baru je tulis kisah Mt. Kinabalu from TuaranMy Profile

  2. Ummikami says:

    Salammanis secangkir herba :D

    Duduk menunggu terpaku penat,
    Makin tak daya terbaring sehari;
    Blog cikgu paling ku minat,
    Bikin saya sering kemari.
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

    1. suri says:

      banyak pantu menyuruh kita pikir..pikir…heee..

      terima kasih bro tehr bg backlinknya :)
      suri baru je tulis kisah Bunga AprilMy Profile

  3. Ummikami says:

    Sambil mengalun memetik gambus,
    Berlagu-lagu iramalah deli;
    Sambil berpantun membelek arus,
    Menunggu cikgu bilakah membeli. :D

    Terimakasih atas perhatian… :D
    Ummikami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  4. hafizmd says:

    Alhamdulillah ambe panjatkan
    Sempat berkelana di blog cikgu
    Apa yg terdaya ambe usahakan
    Berkomen selalu senyum selalu

    Terima kasih cikgu
    Tempek muka ambe kat situ
    Moga2 cikgu gembira selalu
    Muda sokmolah kita dok gitu?
    hafizmd baru je tulis kisah Doa Petua Demam Panas & Demam CampakMy Profile

  5. suri says:

    apa tidak suka ke sini sb pantun ada jer kelaut..tpi pikir ada benar2 juga
    suri baru je tulis kisah Kenali Jenis-Jenis Dan Faedah BertungkuMy Profile

  6. hafiz says:

    kalau cik suri memang tak boleh disangkal lagi…
    hafiz baru je tulis kisah Guiza dihantar pulangMy Profile

  7. suri says:

    aik adakah bualn ini sudah ada sesi abc.. heee next month main nombor plk hee..
    suri baru je tulis kisah Hand Bouquet FabricMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Bg yg kurang arif bab politik mcm sy ni,susah nk fhm pantun tu.. huhuhu.. apa2 hal sklipun, jgn sesekali kita gadai bumi tercinta ni
    dja@sishaza baru je tulis kisah AKIBAT OVER USAGE CPU SERVER LAGIMy Profile

  9. azura says:

    untung mereka cikgu
    azura baru je tulis kisah 1 April 2013My Profile

    1. UmmiKami says:

      Busuk-busuk cemara kuala,
      Makin ditelan makin meloya;
      Esok-esok Azura pula.
      Dilain bulan lainlah gaya. :D

      1. suri says:

        gaya pelum ker erk..cam salah eja jer huhu..

        1. azura says:

          rezeki suri kali ini tahniah
          azura baru je tulis kisah 3 April 2013 Parlimen BubarMy Profile

  10. dalam pantun ada makna yang tersirat. hehe
    khairul asrol baru je tulis kisah Statistik Blog BudakFelda Bulan Mac 2013My Profile

  11. Wan Fauzi™ says:

    akhirnye tercalon jugak sbg pengomen… heheheee… tq cikgu…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum & Fatwa Menyambut April FoolMy Profile

  12. Wan Fauzi™ says:

    kelantan menang 5-0 keatas SHB-Da Nang FC..
    kelantan kini bangkit dgn kemenangan demi kemenangan..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum & Fatwa Menyambut April FoolMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      permainan kelantan memang world class..
      persefahaman yg baik antara pemain..
      gomo kelate gomo… heheheee..
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Hukum & Fatwa Menyambut April FoolMy Profile

      1. UmmiKami says:

        Tahniah…Kelantan memang terbaik….lepas ni kena royat Kelate la pulak… :D

  13. Semoga kawe lebih rajin mengomen di bulan April ni. Dah lama tak tersenarai ehhh… jeles pon ada.. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Hasbro’s Kre-O Destruction Site Devastator: Better Than LEGO?My Profile

  14. titan says:

    wahh..sudah main perang-perang plak ye..
    titan baru je tulis kisah Persamaan aku dengan Albert Einstein.My Profile

  15. Hairul Azni says:

    Perang poster besar-besaran baru nak mula..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Memahami Shutter SpeedMy Profile

  16. Travel-Zoom says:

    Hebat-hebat belaka Pengomen bulan Mac
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Cheap Flight Deals – How to Get Rock Bottom Pricing on Airline Travel!My Profile

  17. akubiomed says:

    Nampak nya bulan lepas terkeluar dari senarai. Tanniah semua.

  18. padin says:

    hehee puan Suri kekal konsisten…
    heh, teh o xde pantun ada pon boleh layan :D

  19. shameel says:

    Parlimen sudah bubar. Terserahlajh nak T atau K. Boleh juga T utk Putrajaya. hehehe
    shameel baru je tulis kisah PERMOHONAN PERTUKARAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM) BAGI SESI JUN 2013My Profile

  20. Kulanzsalleh says:

    wah, untuk blogger pun ada simbol R, T dan K juga.. terbaik :)
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Parlimen Malaysia DibubarkanMy Profile

  21. sud@is says:

    jom jalan2 tengok warna warni bendera dibulan April
    sud@is baru je tulis kisah Mencari sarapan …jumpa roti dolMy Profile

  22. mancai says:

    peh… pengomen2 ni hebat2 belaka… semoga mereka terus maju kehadapan.. insya Allah
    mancai baru je tulis kisah Wordless Thursday: successMy Profile

  23. zool says:

    hangat pilihanraya kali ini.
    zool baru je tulis kisah 7 Personaliti Blogger di InternetMy Profile

  24. Selamat mengundi… hehehehe
    Aktechpage.com baru je tulis kisah Video: Review Samsung Galaxy NoteMy Profile

  25. de engineur says:

    Cerita bulan April ni takda April Fool ke?
    de engineur baru je tulis kisah Sepanggar Bay naval base open dayMy Profile

  26. suri says:

    ini pilihan raya blogger hii
    suri baru je tulis kisah Tidak Perlu MALU Saya Ada CaranyaMy Profile

  27. Lynn says:

    Yang lama menjadi buruk
    Tak tukar takut berabuk :-)
    Lynn baru je tulis kisah LAGENDA 1ST SIXTEEN….BELASAH !!My Profile

  28. Hafizul says:

    Wahhh pah tu bila la saya dapat menewaskan suri tuh..memang minat pantun Suri nihh..hehe..tahniah buat pemenang dan juga buat bro kerana hidangkan kami menu yang sangat istimewa setiap hari..bulan lepas pondok kecil tak tersenarai..bulan ni tak tau la..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun