Pantun Bukan Sebarang

Kali ini mari kita menulis pantun bukan sebarang. Pilihan pantun bukan sebarang pantun yang terbaik antara yang terbaik. Lagi pun aku ni memang suka dan gian menulis pantun. Korang semua dah tahu dan sedia maklum, kan?

Seronok kerana dapat bonus dan bantuan raya. :D

bukan sebarang a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; Kamus Dewan Edisi Keempat

Ibu bukan sebarang ibu,
Ibu datang dari istana;
Tipu bukan sebarang tipu,
Tipu kerana harta dunia.

Ayah bukan sebarang ayah,
Ayah datang dari paya;
Payah bukan sebarang payah,
Payah menumpang orang kaya.

Kakak bukan sebarang kakak,
kakak datang dari kali;
Bijak bukan sebarang bijak,
Bijak untuk diri sendiri.

Abang bukan sebarang abang,
Abang datang dari pasar;
Sayang bukan sebarang sayang,
Sayang kepada habuan besar.

Adik bukan sebarang adik,
Adik datang dari sungai;
Baik bukan sebarang baik,
Baik di depan orang ramai.

Keputusan PRK DUN Kuala Besut sudah pun diumumkan. Tahniah kepada calon Barisan Nasional [BN], Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang mengalahkan calon PAS Azlan @ Endut Jusoh dengan kelebihan 2, 592 undi. Selamat bertugas dan berkhidmat untuk pengundi dan rakyat Malaysia.

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang ditumbuk lesung batu;
Bukan datang sebarang datang,
Datang menyambut YB baru.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bukan Sebarang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. Joe says:

    Bro, ade tak pantu cintakan negara?

    1. TehR says:

      tak ingat pulak akupernah tulis atau tidak
      kalau belum, harap datang idea untuk tilis nanti

  2. Wau best nyer ada kawan yang leh pantun, pantun BAS reti tak? hehehehee
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Resepi Berbuka Puasa – Ayam Golek Cili PadiMy Profile

    1. TehR says:

      pantun BAS?
      bas apa, bro?

  3. kakiblog says:

    saya suka pantun walaupun mengarang pantun agak payah sedikit..
    kakiblog baru je tulis kisah 3 Blog Yang Menggunakan Gaya Bahasa Mengkagumkan (Siri #1)My Profile

    1. TehR says:

      alah bisa tegal biasa
      cara aku dulu… belasah je asal jadi

  4. Kayu bukan sebarang kayu,
    Kayu datang dari bawah bayu,
    Pantun bukan sebarang pantun,
    Pantun memperkasa bahasa melayu.
    Naziman Azlye baru je tulis kisah Wordless Wednesday #7 : Jangan Putus Asa dari Rahmat AllahMy Profile

    1. TehR says:

      bawa kayu pergi kota
      bahasa melayu bahasa kita

  5. titan says:

    2 ribu lebih beza. fuhh..kira menang besar gak tu.
    titan baru je tulis kisah Penting sangatkah Teknik SEO ni?My Profile

    1. hafizmd says:

      lebih sikit jer berbanding yg lepas tp ttp besar
      hafizmd baru je tulis kisah Godek Themes…My Profile

      1. TehR says:

        yups, kemenangan yang bermakna tu

  6. suri says:

    oh pantun untuk sambut orang baru rupanya

    1. TehR says:

      pantun serba guna ni, suri :D

  7. suka dengan pantun nombor tiga.

    kite kena jadi bijak utk kepentingan diri sendiri
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah ramadhan hari kelima belas : makan besar, perut bertambah besarMy Profile

    1. TehR says:

      yups, asal saja kena dengan caranya

  8. Mohd Shubhi says:

    Ini bukan sebarang posting nih ! posting dipenuhi seni pantun. TK Bro!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Siri kaya #5 : Selesaikan hutang, jangan lari!My Profile

    1. TehR says:

      antara posting pantun yang paling cepat aku siapkan

  9. zool says:

    memang bukan sebarang pantun ni…
    zool baru je tulis kisah Bonus Raya 2013 untuk Kakitangan AwamMy Profile

    1. TehR says:

      pantun cari makan juga :D

  10. maza says:

    Bonus dapat tahun ini
    Hati riang suka bertebar
    Bertambah berkat raya tahun ini
    Alamat cikgu girang tersenyum lebar…

    Tak gitew.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Apa Salahnya Berkain Pelikat, Berbaju Melayu?My Profile

    1. TehR says:

      senyum paling lebar
      senyum penuh makna
      semua kecil dan besar
      terima dengan gembira

  11. papa mifz says:

    rindu pula dekat Kuala Besut , pernah singgah sekali ketika dalam perjalanan bercuti ke Pulau Perhentian awal tahun dulu…
    papa mifz baru je tulis kisah Balik Kampung , Ohoho Balik KampungMy Profile

    1. TehR says:

      ada masa, ada rezeki
      nanti boleh singgah lagi, bro

  12. hafizmd says:

    cikgu bukan sebarang cikgu
    asalnya kelate bukan seberang
    mengarang pantun minat no satu
    karang pantun bukan sebarang

    boleh gini cikgu?
    hafizmd baru je tulis kisah Godek Themes…My Profile

    1. TehR says:

      boleh2
      dah cun sangat tu

      buat pantun main belasah
      asalkan siap asalkan jadi
      makin lama makin terserlah
      makin cekap makin berseni

  13. Gunung Ledang Gunung Daik
    Sungai jernih panas terik
    Bonus dapat gaji naik
    kerja jangan tunggang terbalik
    Obsolete Coin baru je tulis kisah Straits Settlements King Edward Vii 50 cents coin priceMy Profile

    1. TehR says:

      best

      sungai jernih panas terik
      payung sekaki berlipat-lipat
      kerja jangan tunggang terbalik
      moga rezeki mendapat berkat

  14. Razlan says:

    Terbelit jugakla nak fikirkan pantun ne,apapun tahniah tengku zaihan buat kemenangan besar kali ini. Besar tanggunjawab ini

    1. TehR says:

      menang untuk memikul tanggungjawab
      moga2 dapat dilaksana dengan sempurna

  15. azura says:

    buku bukan sebarang buku
    buku hadiah dari si dara
    cikgu bukan sebarang cikgu
    cikgu penyuluh ilmu dunia
    azura baru je tulis kisah Salam Nuzul Quran dan Selamat BercutiMy Profile

  16. TehR says:

    buku hadiah dari si dara
    kulit tebal sungguh berat
    cikgu penyuluh ilmu dunia
    moga-moga sampai akhirat

  17. AUC says:

    hanya Jauhari je mengenal maknikam, bab pantun memantun ni.
    auc awal2 angkat kali :)
    AUC baru je tulis kisah Tazkirah Ramadhan: 3 Pertanyaan, Jawapannya 1 PenamparMy Profile

  18. Hafizul says:

    Emm memang dah agak dah yang BN memang kawasan tu..seronoklah puak2 kuala besut tu..TPM ada projek baik untuk mereka..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Sedu SedanMy Profile

  19. Anuar says:

    Pantun keluarga yang sangat menarik… Cukup satu set untuk semua… saya suka pantun ini… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Promote 1, dapat 2 kedai.. Syukur Alhamdulillah…My Profile

  20. Lynn says:

    Yaah tu dia…, cikgu kalau dah berpantun kami membaca terngangga.
    Teringat seorang rakan FB memberi pantun yang bunyinya macam pantun 6 kerat tapi rima terakhir di rangkap 5 dan 6 tak sama.
    Saya tanya kenapa rima terakhir pantun tak sama ?
    Jawab rakan yang lain ; dia memang dari sekolah senge semace.
    ( sabar aja lah )
    Lynn baru je tulis kisah Great minds discuss ideas, Average minds discuss events, Small minds discuss people.My Profile

  21. luthfi says:

    pantunnya bisa dijadikan buku kumpulan pantun nih!!
    luthfi baru je tulis kisah Kegiatan untuk demensiaMy Profile

  22. Saya suka untuk membaca pantun ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun