tehr

cahayacinta ummikami hafizmd

hairulafiz apacerita azura

Pantun Budak Perempuan

Hitam manis bunga senduduk,
Buah mengkudu dari seberang;
Sayang si gadis tidur merajuk,
Ayah dan ibu duduk tak senang.

Sirih tersusun di dalam puan,
Dalam dulang batang keladi,
Bunga sekuntum jadi tumpuan,
Kumbang datang mahu menyeri.

Apa terbayang pohon kemboja,
Molek dikenang pohon semalu;
Laksana kumbang menyeri bunga,
Kumbang terbang bunga pun layu.

Berarak awan hari nak hujan,
Hujan mencurah air melimpah;
Anak perempuan keluar berjalan,
Emak di rumah risau tak sudah.

Bawa pinang di dalam raga,
Keluar menjala si anak udang;
Gadis seorang bimbang dijaga,
Tidak sama kerbau sekandang.

TehrDemikian kisah 'Pantun Budak Perempuan' yang sempat Mr TehR tulis untuk kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan untuk Mr TehR boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.





Ada kisah baru nanti




Sila buat pengesahan anda melalui email yang dihantar.

49 Comments

  1. Eizil says:

    Tiap kali baca pantun kat sini, terpanggil nak menjawab dalam bentuk pantun juga, tapi sejak kebelakangan ni, sebab dah lama tak berpantun, jadi kekok walaupun sekadar nak menyiapkan serangkap pantun.
    Eizil recently posted..Sedikit demi sedikit sehingga selesaiMy Profile

    1. tehramuan says:

      redah je, bro
      aku juga main redah je
      sekadar berhibur :D

      1. suri says:

        kena masuk e_kelas cikgu tehr heee
        suri recently posted..Imanpuri Interior & ArchitectureMy Profile

  2. maza says:

    maza teringatkan sebuah hadis yg bermaksud apa bila seorang ibubapa dengan redha hati memelihara dan menjaga 3 orang anak perempuannya dengan kasih sayang dan mendidiknya untuk menjadi anak solehah, maka syurga sudah terhidang untuknya….
    maza recently posted..Panggilan Jihad sudah datang lagiMy Profile

    1. tehramuan says:

      tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak2 menjadi anak yang beriman dan bertaqwa

  3. Betul tu menjaga anak perempuan lebih susah dari menjaga kerbau sekandang.
    Shasha Mohamed recently posted..5 Jenis Kacang Utama Untuk KesihatanMy Profile

    1. tehramuan says:

      begitulah kata orang lama
      mereka bimbang maruah anak perempuan mungkin tercalar kalau tak dijaga betul2

  4. Norizwan says:

    Dugaan menjaga anak perempuan adalah satu cabaran yang amat besar
    Norizwan recently posted..Robot Ikan di dalam akuarium ciptaan JepunMy Profile

    1. tehramuan says:

      kalau zaman sekarang ni
      rasanya sama je, bro

  5. Cik Siti says:

    Mengapa puteri duduk sendirian,
    Duduk sendirian dengan air mata,
    wahai bunga teguhkan pendirian,
    Duri peneman bagai senjata.
    Cik Siti recently posted..mee hoon goreng sicilikMy Profile

    1. tehramuan says:

      ambil contoh pohon semalu
      bunga cantik tapi berduri
      menjaga diri dengan ilmu
      moga tak sesal kemudian hari

  6. UmmiKami says:

    Dendam Tuah gundah berhari..
    Jebat meruntun mendamba aksi…
    Salam ukhuwwah merendah diri…
    Sahabat berpantun hamba mencari..

    Bertanjak seri selepang baldu..
    Langkah bergaya santun berani..
    Hendak diri menumpang lalu..
    Bolehkah saya berpantun di sini…

    Lelah menggali pohon kuini..
    Rebah mengkudu senduduk berpaksi…
    Silalah beli pantunku ini..
    Menambah ilmu untuk koleksi..

    ( JOM KITA BERPANTUN… )


    1. tehramuan says:

      tuah jebat lekir dan lekiu
      turut sama hang kasturi
      terima kasih datang bertamu
      ada masa singgahlah lagi

      1. UmmiKami says:

        Kemboja disusun indah di pasu..
        Nama bersih pesona meyebut..
        Teruja berpantun singgah selalu..
        Terima kasih kerana menjemput…
        UmmiKami recently posted..Pantun Berpantun Berjual Beli…My Profile

  7. UmmiKami says:

    Dendam si Tuah gundah berhari..
    Langkah selamba santun berani…
    Salam ukhuwwah merendah diri..
    Bolehkah hamba berpantun di sini…

    Madah irama samba menari..
    ebat meruntun tiada berani..
    Sudah lama hamba mencari…
    Sahabat berpantun ada di sini..

    Kuala Deli meruntun nurani..
    Sembah melayu adat berisi..
    Sila membeli pantun ku ini..
    Menambah ilmu buat koleksi..
    UmmiKami recently posted..Pantun Usik Mengusik Pengantin Baru,,,My Profile

    1. tehramuan says:

      bawah bangsal letak baldi
      baldi besi bertangkai tidak
      tuan menjual hamba membeli
      lagi pun dah sebulan ni aku dok jaga kedai emak

      haha

      1. UmmiKami says:

        Angsa menanti tiada tergamak..
        Buaya gerudi hendak menggali..
        Sentiasa berbakti kepada emak..
        Supaya jadi anak mithali…:D
        UmmiKami recently posted..Pantun Berpantun Berjual Beli…My Profile

  8. UmmiKami says:

    Semat butang tidak bergaya..
    Kain berbulu pasti dicuba..
    Selamat datang ke teratak saya..
    Komen dan follow menanti tiba..
    UmmiKami recently posted..Pantun Usik Mengusik Pengantin Baru,,,My Profile

    1. tehramuan says:

      berbutang baju kebaya labuh
      kerongsang suasa cantik berseri
      kalau demikian dikata sungguh
      segera hamba menghadirkan diri

      1. UmmiKami says:

        Luluh daya bersama sedih..
        Pesona budi santun rohani..
        Sungguh saya berterima kasih..
        Kerana sudi berpantun di sini..
        UmmiKami recently posted..Pantun Berpantun Berjual Beli…My Profile

  9. Bunyi nya mcm eebih payah jaga anak perempuan. Pada kawe sama sahajalah. Yg penting kita rapat dengan anak-anak dan jadikan diri sbg tempat mereka mengadu. Yg lain tu Allah shj yg maha mengetahui.
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Give Peace A Chance!My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, bro
      aku juga nampak payahnya sama je anak lelaki atau anak perempuan
      moga2 anak2 kita sentiasa menurut kata dan nasihat

  10. shraqs says:

    Betullah kata orang2 tua dulu. Bukan senang nak jaga anak perempuan…
    shraqs recently posted..Aplikasi Android Untuk Blogger TegarMy Profile

    1. tehramuan says:

      sampai sekarang pun sukar, bro
      rasanya sampai bila2

  11. ghost writer says:

    pantun tehr ni bagus aku jadikan wadah sms aku karang..
    ghost writer recently posted..menancap pancang hidupMy Profile

    1. tehramuan says:

      boleh juga tu, bro
      untuk si dia ke? :D

  12. fiezaradzi says:

    skg ni mmg satu cabaran nak didik anak2, baik lelaki mahupun perempuan. lebih mencbar bila duduk di kota dan mak ayah bekerja.. moga Allah beri kita kekuatan dan mudahkan dlm kita mendidik anak2..
    fiezaradzi recently posted..Membaca dan Menang Buku PercumaMy Profile

    1. tehramuan says:

      amin
      moga kita sentiasa diberi petunjukNYA

  13. papa mifz says:

    persekitaran yang terlalu sosial nih antara penyumbang masalah sosial dikalangan anak perempuan…anak lelaki pun sama…huhu
    papa mifz recently posted..Badan KeletihanMy Profile

    1. tehramuan says:

      apa yang aku nampak
      bebas keluar rumah salah satu puncanya
      memang sukar bagi ibu bapa yang bekerja mengawal anak2

  14. UmmiKami says:

    Madah pujangga sering dipandang..
    Seri gemalai bak tarian seberang..
    Mudah jaga kambing sekandang…
    Dari membelai anak perempuan seorang…

    ( JOM KITA BERPANTUN…)
    UmmiKami recently posted..Pantun Berpantun Berjual Beli…My Profile

    1. tehramuan says:

      seri gemalai tarian seberang
      asyik menari badan berpeluh
      mari membelai anak seorang
      iman dan taqwa mesti teguh

      1. UmmiKami says:

        Lemang seketul dapat dimakan..
        Bawa bertemu dendam menjelma..
        Memang betul pendapat tuan…
        Taqwa dan ilmu disulam bersama..
        UmmiKami recently posted..Pantun Berpantun Berjual Beli…My Profile

  15. Pegaga enak dimakan sama tiram,
    Tiram dimakan bersos cili api,
    Menjaga anak perempuan satu cabaran,
    Cabaran besar yang mesti dihadapi.

    1. tehramuan says:

      makan tiram bersama pegaga
      nasi sepinggan bertambah dua
      satu cabaran mendidik menjaga
      mohon petunjuk yang maha esa

  16. Bro Zulkbo says:

    salam..
    pantun hok budah jante
    mana nya Bro..?he he..
    Bro Zulkbo recently posted..Nora Danish, Anuar Zain Dan Video Ajari AkuMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      memang ada juga niat nak tulis tu
      tapi entah le, bro
      macam tak datang idea je :D

  17. kakyon says:

    kalau kena dengan didikan..rasanya tak susah jaga anak perempuan. susah juga jaga kerbau sekandang..kalu terlepas..habis ladang orang di lanyaknya..hehe
    kakyon recently posted..sehari punya cerita..My Profile

    1. tehramuan says:

      memang begitulah maksud tujuannya, kakyon
      anak2 mesti diberikan didikan agama yang sempurna
      moga tak susah menjaganya

      1. hatiputera says:

        Yer betul didikan agama yang sempurna itu sangat mustahak.
        hatiputera recently posted..keputusan liga juara-juara eropah 2012 2013 terkiniMy Profile

  18. Mus says:

    memang lagi besar menjaga anak perempuan berbanding yang lelaki
    Mus recently posted..(Gambar Instagram) Kisah Ke Kebun Buah Tarap Di Kg. Baru Saub, NabawanMy Profile

    1. tehramuan says:

      ramai yang berpendapat begitu, mus

  19. hatiputera says:

    Membela anak perempuan memang suatu cabaran yang besar pada masa kini.
    hatiputera recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

    1. tehramuan says:

      masa kini dan masa akan datang, bro

  20. titan says:

    serius, memang susah jaga orang perempuan nih..

    1. suri says:

      dia mudha jatuh cinta kt cendol blh plk pelik2… arr
      suri recently posted..The EndMy Profile

  21. donnyien says:

    hello bro,
    pantun budak perempuan pula kali ini, btw, sangat menghiburkan untuk di baca.

    Malam esok city vs clesea,
    malam ni pula MU vs QPR kegemaran saya,
    nak balas tapi tak tahu apa nak kena,
    nak redah pula takut semuanya tak mengena..
    hahaha…
    janganlah gelakkan saya…
    donnyien recently posted..Cara selesaikan error “continue reading”My Profile

  22. suri says:

    anak girl suka d jaga apa lagi anak boy dua2 sama sahaja..klu marah bentak sahaja..
    suri recently posted..LotusMy Profile

  23. akubiomed says:

    Siapa tidak risau budak perempuan membesar kini menjadi anak dara.
    akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge