Pantun Budak Pailang

Agaknya apa perasaan mak ayah pelajar terlibat melihat klip video kes buli pelajar perempuan di Kota Samarahan, Sarawak dalam berita TV malam tadi.

Seronok? Sedih? Geram? Kesal? Sakit hati?

Ada yang namakan pelajar-pelajar perempuan pembuli ini sebagai pelajar pailang. Pernah tonton filem Budak Pailang?

Apa maksud pailang?

Apa diharap padi seberang,
Entah berbuah entah tidak;
Apa diharap budak pailang,
Entah berubah entah tidak.

Tak jumpa pula maksud perkataan pailang dalam Kamus Dewan. Tapi maksud perkataan samseng seperti di bawah.

samseng (samséng) C penjahat (suka me-rompak, menyamun, dll): lagaknya persis seorang ~ yg ganas; kesamsengan hal (sifat, perilaku dsb) yg ber-kaitan dgn samseng: ada juga yg menunjuk-kan kebiadaban dan ~ mereka dlm bilik darjah Kamus Dewan Edisi Keempat

Makan kenduri gulai haruan,
Sayur petola campur kacang;
Budak lelaki budak perempuan,
Sama sahaja berlagak pailang.

Ikan sepat daging panggang,
Gulai tempoyak sambal tumis;
Biar hebat perempuan pailang,
Nampak katak dia menangis.

Penuh sedulang sambal kerang,
Penuh sebelanga sambal sotong;
Nampak pailang jatuh longkang,
Tiadalah siapa berani menolong.

Masak pindang ikan siakap,
Masak lemak pucuk paku;
Budak pailang masuk lokap,
Ayah emak tanggung malu.

Kepala tenggiri ekor semilang,
Sambal belacan tak cukup rasa;
Jangan sekali berlagak pailang,
Kesal kemudian tidak berguna.

Pailang mungkin sama maksud dengan bereng, haliye atau gedebe dalam dialek Kelantan.

“Jange dok bereng sangak gak, nyo beci ko ore.”

“Mung ni nok jadi haliye ko di skoloh, tolo tlajok ni.”

“Mung jange dok gedebe sangak gak, nyo behe ko ore kapong.”

TehrDemikian kisah 'Pantun Budak Pailang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. Padin says:

    ehehehe ‘bereng’ dgn ‘haliye’ tak pernah dengar plak sebelum ni, :D

  2. Hero Borneo says:

    Pailang juga baru dengar..bahasa pasar yang cuba digunakan dalam kehidupan masa kini..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Kesan Buruk Kerja Lebih MasaMy Profile

  3. Anuar says:

    Sebelum ini saya agak jer maksud Pailang tu samseng… Itupun setelah saya mengaitkan isi kandungan filem dengan tajuk… Bila bro dah tulis entri ini, confirmlah dengan andaian saya selama ini.. Terima kasih..
    Anuar baru je tulis kisah Dapat Santoku Knife sempena 30 Years Jusco/AEON AnniversaryMy Profile

  4. haha..pailang apakah budak2 perempuan sekarang
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Sewa Sampai Mati, Harga Rumah MeningkatMy Profile

  5. akubiomed says:

    Perbuatan yang memalukan. Lagilah apabila ia menjadi viral di internet. :-(
    akubiomed baru je tulis kisah WeChat Speed All Star – mana satu tim selebriti pilihan?My Profile

  6. Sedih melihat perkembangan sebegini.. kesian makayah terpaksa menanggung malu akibat perlakuan anak yang sepatutnya sudah cukup akal fikiran yang mana betul dan salah
    Nurul Hidayah baru je tulis kisah Pakaian Tradisional Suku kaum Kadazan SabahMy Profile

  7. dja@sishaza says:

    Buat malu kaum sejenis je budak2 ni… memang mengaibkan
    dja@sishaza baru je tulis kisah KERJA SAMBILAN DENGAN JDRMy Profile

  8. dja@sishaza says:

    Cikgu Teh R, apa kata buatkan pantun dalam dialek Kelantan @Pantai Timur pula lepas ni …mesti gempak :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah KERJA SAMBILAN DENGAN JDRMy Profile

  9. titan says:

    itulah..

    ramai betul budak hilang sekarang nih..
    titan baru je tulis kisah New life, Ashadee yang kacau bilau, Duit Blogging, MLM mengarut dan kisah kahwin.My Profile

  10. Hafizul says:

    Haha..pailang…macam pelik aje..tapi tu la kan..kalau tak selalu guna memang nampak pelik dan janggal..huhu
    Hafizul baru je tulis kisah Komisen Panduan Membuat Putu – 1My Profile

    1. suri says:

      pailang pertama kali saya mendegarnya.

      saya harap saya bukan pailang orangnya heee
      suri baru je tulis kisah Panduan Apabila Dapat Notis Bekalan Elektrik Terputus Waktu Pagi – PetangMy Profile

  11. Ismail N says:

    Kepala tenggiri ekor semilang,
    Sambal belacan tak cukup rasa;
    Jangan sekali berlagak pailang,
    Masuk YouTube, semua mengata
    Ismail N baru je tulis kisah Rabobank Hockey World Cup 2014: Malaysia vs EnglandMy Profile

  12. suri says:

    suka pula saya membaca loghat kelatan kali ini
    suri baru je tulis kisah Ikan Keli Masak Jambu Batu !My Profile

  13. suri says:

    anak-anak sekarang sukar nak jangka tingkahnya terkadang depan keluarga baik belakang susah nak kata.tapi tak semua begitu.wahualam..
    suri baru je tulis kisah Panduan Dan Cara Menjahit Baju Kurung Bayi Buat Ke Beli Dah Siap?My Profile

  14. zara says:

    pantun yang bagus dan penuh makna..saya kecewa sungguh dengan sikap budak2 dlam video tu..bukan perasan ibu bapa mereka dan ibu bapa pelajar yang kene pukul sahaja harus kita ambil tahu..perasaan ibubapa lain yang anaknya sedang di asrama atau baru nak masuk asrama atau kecil lagi, atau baru je nak lahirkan anak..saya yang ada anak 2 masih kecil ni..masa tengok viseo tu..terasa macam seriau nak hantar anak masuk asrama..walaupun saya dulu sekolah asrama..kami ade kene buli jugak buli2 manje lah ambik signature, ambik baju dobi, nyanyi untuk senior..tapi tu semua bagus untuk kita biasakan diri kehidupan asrama..ini tidak dibelasah camtu…hadoiiii..mase form 5 tak silap siap kene sign surat aku janji supaya tak membuli junior2..then adakah ini hasilnya junior2 yang sedikit pun xboleh dibuli-buli sayang, akhirnya jadi pembuli tegar……hihihi maaf emo pula saya ;)
    zara baru je tulis kisah Ketahui Fakta-fakta Kehamilan Ektopik dan Simptom-simptomnyaMy Profile

  15. maza says:

    tak pa.. polis pun dah masuk line.. kita tengok, budak2 tu pulak kena SAILANG! Wachhhaaaaa
    maza baru je tulis kisah BCG Bukit Rakyat MalaysiaMy Profile

  16. Kamil Salleh says:

    Apa nak jadi dgn budak sekolah zaman sekarang, asyik buli-buli dengan sepak terajang. Moga polis siasat apa sebenarnya yang berlaku.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Asyik-Asyik SEO….My Profile

  17. amirulfaiz says:

    Apa pula perasaan mak ayah / penjaga si pailang itu? Bangga, megah, ada anak jaguh, atau sebaliknya. Uih bahaya kalau buat bini tu, dipailangnya suami nanti. Haha. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Hati-hati, penggodam sentiasa menanti peluangMy Profile

  18. aimannajmy says:

    pengaruh pilem antara salah satu faktor di samping kebebasan berinternet di mana saja dengan smartphone yang mampu milik
    aimannajmy baru je tulis kisah Komik #10 : Tidoq dan lena sekejapMy Profile

  19. tu laah kesan dari citer2 ganas dlm pawagam..
    Hairul HIssam baru je tulis kisah Cara Membuat Alamat Email & Cara Mendapatkan Ebook Percuma Terbaru HairulMy Profile

  20. brohantu says:

    baru tahu maksud pailang
    brohantu baru je tulis kisah Detik Terindah Hasil Pancing Bersama MYRODREELMy Profile

  21. CIK TOM says:

    penah tgk muvi pailang… tp xtgk plk video buli tu..dgr cite bdk2 tu kena gantung sekolah…
    CIK TOM baru je tulis kisah Penginapan di Korea @ 2nd Hostel KW Pencil SeoulMy Profile

  22. hanari says:

    Kalau pialang sering saya dengar.
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun