Pantun Budak Lelaki

Kes membelasah ketua kelas sempat aku baca dalam beberapa blog semalam. Siap dengan klip video lagi. Aku tak nak ulas lanjut kes budak lelaki tak bertamadun tu dalam catatan kali ini. Aku hanya mahu menulis pantun. :D

Anak serati sedang berlari,
Anak kerbau tidur bersusun;
Budak lelaki suka nak jadi,
Kutu rayau dan kutu embun.

Bukan suara si burung merbah,
Bukan berlagu di atas pagar;
Hati tak suka kerja sekolah,
Nasihat ibu tak mahu dengar.

Ayam balung di bawah rumah,
Burung hantu di tandan sawit;
Suka menolong sepahkan rumah,
Rajin membantu habiskan duit.

Langkah dan ‘jajahan takluk’ budak lelaki lebih panjang dan lebih luas kalau hendak dibandingkan dengan budak perempuan. Dari dahulu sampai sekarang sama sahaja. Budak lelaki lebih agresif, lebih kuat dan lebih berani belasah ketua kelas.

Anak bayan duduk di tunggul,
Hinggap berteduh berehat diri;
Silap berkawan jadi tak betul,
Suka bergaduh jadi kaki buli.

Apa unggas melayang rendah,
Ada kelekatu jatuh di tikar;
Si ketua kelas kena belasah,
Kereta si guru habis dicalar.

Burung balam paruhnya sakit,
Burung gagak menangis hiba;
Siang malam gemar merempit,
Menunjuk lagak di jalan raya.

Bukan semua budak lelaki seperti apa yang aku tuliskan dalam pantun-pantun di atas. Lelaki lemah saja berperangai macam tu. Budak lelaki kuat mesti bertimbang rasa, sentiasa dapat menahan sabar, rajin bangun pagi, rajin ke masjid, ke surau, pandai bersilat, pandai cari duit juga pandai berpantun. :D

Kalau padi berbendang padi,
Mengapa dibajak tanah busut;
Kalau berani lagaknya lelaki,
Mengapa otak di kepala lutut.

Setakat berani pukul ketua, pukul perempuan, pukul bini atau berani masuk penjara, tak siapa yang hairan. Kuat itu bukan hanya dari sudut fizikal. Taqwa dan iman juga mesti kuat. Semestinya lelaki kuat dihormati kawan dan lawan.

TehrDemikian kisah 'Pantun Budak Lelaki' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. azura says:

    mesti menyesal upload kat internet terus wanted masuk tv

    budak lelaki nakal bukan sedikit
    sangat berani berbalah-balah
    tak takut dunia tak rasa sakit
    jadi begini siapa yang salah?
    azura baru je tulis kisah Kenapa ada lagu Sayangi Selangor Yakini BNMy Profile

  2. akubiomed says:

    Doa untuk anak-anak yang meningkat remaja tersebut insaf dan berubah ke arah positif.
    akubiomed baru je tulis kisah Lenspen memudah kerja cuci lensaMy Profile

    1. suri says:

      ubatkan ya latif di ubun2 mereka..masa merka tdo…
      suri baru je tulis kisah BungaTiga BulanMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Serdak berbaki berinti kelapa,
    Petai tua berbiji mangkal;
    Budak lelaki pengganti bapa,
    Sebagai ketua kemudi kapal.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  4. UmmiKami says:

    Bakau sekaki dibawanya arus,
    Mata tenggala di tepi baldi;
    Kalau lelaki beraninya harus,
    Wanita pula menjadi serikandi.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  5. UmmiKami says:

    Luka kaki terhentak di perut,
    Minyak angin diguna sapu;
    Jika lelaki otak di lutut,
    Kelak memimpin bagaimana tahu.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Masam-masam Manis….My Profile

  6. isu tu betul-betul aku tak boleh terima…

    kenape belasah orang beramai-ramai?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah korban dua helai seluarMy Profile

  7. Zida says:

    bangga konon dikatakan kuat bila boleh memukul orang. hehh kuat amende macam tu. ni pun pelik jugak~

    “Taqwa dan iman juga mesti kuat.” ini setuju! :)
    Zida baru je tulis kisah Aduh, Peritnya Mengulang!My Profile

  8. papa mifz says:

    pasti sedih mak ayah dorang tengok anak masing2 tangan bergari…
    papa mifz baru je tulis kisah Laksa Janggus PenangMy Profile

  9. biasa la budak lelaki nakal sikit. hoho
    khairul asrol baru je tulis kisah Testing Forex Trading Untuk Permulaan PertamaMy Profile

  10. suri says:

    jiak bergaduh mmg tak kacak sungguh
    suri baru je tulis kisah Patung Yang Tidak BernyawaMy Profile

  11. suri says:

    sy rasa ank llki or pompun dua2 kena jaga dan perhatikan. klu masa zaman ayah2 mak2 kita dulu mrka cukup jaga adab dan perlaku ank2 masing2..
    suri baru je tulis kisah Kenali Jenis-Jenis Dan Faedah Bertungku Part IIMy Profile

  12. hafiz says:

    nak tunjuk kuat tak bertempat..
    hafiz baru je tulis kisah Tazkirah Jumaat 5My Profile

  13. hafizmd says:

    Terbaik!

    Lelaki yang kuat, bila jumpa lawan. Lawan pun hormat.
    Jumpa kawan, kawanpun senang lagi hormat.
    Itulah lelaki sejati =)
    hafizmd baru je tulis kisah Super Suami?My Profile

  14. dja@sishaza says:

    Waa… lelaki kuat, baik dan sabar adalah lelaki yg pandai berpantun yer…?! Hehe… setuju dgn mr teh, kuat bukan pada fizikal semata.. moga2 anak2 lelaki ( termasuk bapak2nye jugak ) tahan cabaran, tahu apa sebenarnya yg terbaik. Mempertahankan ego semata2 tidak melambangkan jati diri sorang lelaki
    dja@sishaza baru je tulis kisah PANDUAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL PRU-13My Profile

  15. HafizAmri says:

    harap budak2 tu berubah jd lebih baik n x buat lg pada masa akan dtg..
    HafizAmri baru je tulis kisah Sunah Hari JumaatMy Profile

  16. Lyn says:

    Hilangkan rajuk mu tuan
    Mari tengok kuda padi
    Sebab itu lah saya lebih suka anak perempuan
    Dari anak lelaki

    Lelaki ada 3, perempuannya juga tiga
    Pergi ke bendang menuai padi
    Tetapi anak lelaki memang ada kuasa
    Merekalah bakal menjadi wali

    Kalau lelaki dikatakan soleh
    Sejuk perut ibu mengandung
    Ditegur, dimarah, dipukul semuanya boleh
    Asal langkah tidak terus tersandung.
    Lyn baru je tulis kisah PANTUN CERITA CERITIMy Profile

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kenakalan budak dulu dan sekarang tak jauh bezanya
    mungkin faktor semulajadi pembesaran akal..cuma
    bercampur bab teknologi terlalu canggih kini sampai
    mudah di sebarkan sedunia..last sendiri yang kantoi
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Telefon Bimbit 40 Tahun Dulu, Kini Dan Akan Datang?My Profile

  18. khairil says:

    kuat itupun sebab ramai kawan2 di belakang. bila sorang? hehe.
    khairil baru je tulis kisah Sadis: SMS Terakhir Yang Tak Sempat Dihantar Sebelum Mati KemalanganMy Profile

  19. Wan Fauzi™ says:

    perasaan atau sifat yg ingin disanjung oleh rakan2 yg lain…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Sejarah Peperangan Mu’TahMy Profile

  20. ohcikgu says:

    itulah. cari pasal lagi.
    ohcikgu baru je tulis kisah Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..My Profile

  21. MindaKini says:

    Moga meraka berubah ke arah kebaikkan di masa akan datang..
    MindaKini baru je tulis kisah Jin AsyikMy Profile

  22. Dalam istilah yang paling indah…orang yang kuat ialah mereka yang dapat menguasai diri sendiri apabila datangnya ‘hormon’ marah
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang PolitikMy Profile

  23. Hafizul says:

    Betul tu bro..kuat bukan pada fizikal sahaja..rohani paling utama..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pendapatan Ke-10 Dan Ke-11 Dari JobdirumahMy Profile

  24. suri says:

    budak lli pompuan ada nakal masa kecik2 biasa kot heee
    suri baru je tulis kisah Aku Nak Mengelak Dari Berjumpa Dengan Kekasih LamaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun