cahayacinta dululainsekaranglain apacerita
tak kenal maka tak cinta
ahmadfaizal pondokkecil sudais-sudais
tehramuan

Pantun Budak Kampung

Selamat sejahtera semua. Hari ini terasa pulak hendak menulis pantun mengenai kampung. Mengenai kehidupan sebagai budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan tetapi sentiasa penuh dengan segala keriangan. Apa salahnya sesekali mengimbau kisah silam, kan?

Hidup sebagai seorang budak kampung memang tiada masalah untuk difikirkan. Tiada masalah tentang makan, pakai, kawan, duit atau apa sahaja, hanya cukup dengan apa yang ada di sekeliling. Kalau seminggu tidak melihat duit pun, juga tak kisah, tak ada apa yang nak dibeli. :D

nasi kerabu enak sarapanbudak kampung menjerat burung
kopi pahit nikmatnya rasa
tidak berbaju itu kegemaran
hanya sekadar berseluar saja

di dalam botol si  ikan pelaga
suara ketitir merdu di sangkar
ayah dan ibu ke tempat kerja
budak kampung jelajah belukar

tengah hari mandi di sungai
air yang jernih sejuk sekali
kawan bermain sangat ramai
tiada duka tersimpan di hati

sawah bendang luas terbentang
kerbau lembu dan juga kambing
menjerat burung sebelah petang
sambil menjolok buah belimbing

apabila malam pergi ke surau
mengusik gadis pulang mengaji
hidup senang tiada nak risau
hanya gembira sepanjang hari

Kalaulah dapat kembali seperti dahulu bermain dan bergurau bersama kawan-kawan, alangkah indahnya. Tambah pula di musim hujan seperti sekarang. Memang sampai menggigil main hujan. Perasaan takut atau hal keselamatan tiada dalam kamus budak kampung. Bila dah menggigil, buat unggun api bawah bangsal sambil membakar ubi kayu. Kalau dapat belut sebesar lengan lagi best, biasanya dipanggang begitu sahaja. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Budak Kampung' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



64 Comments

  1. padin says:

    hahaha boleh kata semua tu penah rasa, bro..
    ke mana pun, hanya berseluar pendek
    menayang tali gitar kat badan keh3
    padin baru je tulis kisah Watak Kartun KegemaranMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak tulis dalam entri
      lastik ada je gantung kat leher
      hahaha

    2. dnoBiz says:

      betul tu,
      sekarang ni nak biar anak bermain depan rumah pun ibi bapa tak berani sebab ramai sangat manusia berhati setan..
      dnoBiz baru je tulis kisah Isteri Cantik – Gadis Maghribi sedia ke MalaysiaMy Profile

      1. tehr says:

        tu la pasal, bro
        dok kat rumah sendiri pun rasa macam tak selamat je
        pelik betul dunia

  2. wah rindunya zaman kanak2…perempuan ke laki ke sama je…main guli,main layang2, main getah…budak2 sekarang dah xmain dah camtu…tahu online main fb je….

    1. tehr says:

      dulu, kawan laki perempuan, tak kisah
      kalau sekarang, laki perempuan tak boleh dekat2
      ada je halnya… :(

      1. rizuanismail says:

        dulu lelaki x mcm sekarang..ligat mate memandang..yg pompuan pula cukup je kain bajunye..x mcm skrg..sekecik baju nak pki..hik hik
        rizuanismail baru je tulis kisah Free Edit Photo Online with Aviary HTML5My Profile

        1. tehr says:

          duit habis beli make-up
          tak cukup dah nak beli baju :D

    2. gayahspears says:

      rindu jugak :( nak balik ke zaman budak2 blh tak??huhu
      gayahspears baru je tulis kisah Single is SimpleCouple make me TroubleMy Profile

      1. tehr says:

        tak payah la balik zaman budak
        budak2 tak boleh kawin :D

  3. Norgadis says:

    Budak kampung pergi ke sawah
    mengail sepat dapat haruan
    walau hidup tidaklah mewah
    budi bahasa tetap menawan
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Aku PergiMy Profile

    1. tehr says:

      mengail sepat dapat haruan
      dimasak gulai santan kelapa
      budi bahasa tetap menawan
      iman dibelai taqwa dipuja

  4. kulanz says:

    memang best tu mengingat zaman kanak-kanak di kampung..
    tapi aku bukan setakat terkenang.. memang hari-hari boleh nampak.. dari kecik sampai sekarang masih duduk di kampung yg sama..
    kulanz baru je tulis kisah Banyak-Banyak Kereta- Inspira Juga Yang DicariMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun masih tinggal di kampung
      membina rumah yang tak jauh dari kampung asal, +-15 minit je dengan kereta

  5. Ismail N says:

    Hidup dikampung memang best aman dan sentosa
    tak cam di bandar.. hiruk pikuk aje.. :D
    Btw, highlight perkataan pantun dan kampung sekarang, ada kena mengena dengan posting yg lepas ke?

    1. tehr says:

      dalam proses belajar, bro
      highlight tu memang berkaitan dengan posting lepas :D

  6. mie says:

    waduh!!
    gue separa, dapat juga merasa nikmat kampung zaman kecil..
    ehehe
    mie baru je tulis kisah Apa Hadiah Terbaik Untuk Majlis KahwinMy Profile

    1. tehr says:

      sesekali balik ke kampung, mie
      buka kenangan lama :D

  7. serol says:

    eh2..ada jugak cerita perihal budak kampung dekat blog serol tu.hehe..

    buat unggun api bakar ubi kayu, pernah jugak buat tu..mandi sungai? tiaap2 hujung minggu. seronok.. miss that ol time :D
    serol baru je tulis kisah Kenangan cuti sekolah aku dulu-duluMy Profile

    1. tehr says:

      siap main kejar2 atas pokok rambutan
      hahaha

  8. sud@is says:

    betul budak kampung antibodinya kuat,,main hujan x demam
    sud@is baru je tulis kisah Elak 7 Perkara Selepas MakanMy Profile

    1. tehr says:

      setuju
      memang antibodi lebih kuat sebahagian besarnya

  9. wadud says:

    hahahaha… adoi bebudak kampung..
    sama jer macam wadud, x lari jauh pown.. hahaha..
    lawok2..
    wadud baru je tulis kisah Proses Kejadian Manusia Menurut Petunjuk Quran Dan SunnahMy Profile

    1. tehr says:

      kita serupaaa… :D
      tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

  10. Cik Siti says:

    Tiada paip guna perigi
    Tiada elektrik bergantung pelita
    Ingat dulu masa kecik lagi
    Gembiranya hidup tiada terkata
    Cik Siti baru je tulis kisah Penyanyi Pujaan Semasa KecilMy Profile

    1. tehr says:

      tiada elektrik bergantung pelita
      cahaya karak menunjukkan jalan
      gembiranya hidup tiada terkata
      bertambah syukur kepada Tuhan

  11. ann says:

    rindunya.. nak balik kampungggggggggggggg!
    ann baru je tulis kisah Miss me- miss you more!My Profile

    1. tehr says:

      balik kampung… hohoho balik kampung…
      hati riang… :D

  12. mijie says:

    dulu2 boleh lah teh main bendang ataupun kat kelantan kalau area sungai orang panggil baruh, hahah

    lama sungguh aku tak melaluinya, dulu time sekolah memang la best skrg ni zaman dah berubah, sungai pun dah berubah
    mijie baru je tulis kisah Pulang ke kampungMy Profile

    1. puteri says:

      suasana berubah
      orang berubah
      penduduk kampung berubah
      puteri baru je tulis kisah kekasihMy Profile

      1. tehr says:

        kampung baru pun akan berubah
        dah nak dipacakkan menara :D

      2. mijie says:

        hehe dunia semakin maju sekarang ni
        mijie baru je tulis kisah Tutorial buat ringkasan pada feedburnerMy Profile

    2. tehr says:

      memang banyak yang dah berubah
      ikan dalam sawah pun dah berkurangan

  13. puteri says:

    best kan?
    teringat dulu2 masa tinggal dengan nenek di kampung..
    seronok..
    selalu jalan2 satu kampung..
    sebab tu sekarang ni pun suka berjalan2..
    tapi sekarang tinggal dengan mak di bandar..
    mak jarang bagi keluar.. huuuu

    1. tehr says:

      dulu2 aman je
      sekarang banyak jenayah
      hati2 bila berada di mana2

  14. dnoBiz says:

    teringat masa kecik kecik dulu…
    tapi sekarang ni budak kampung dah tak kenal apa tu racik, dah tak kenal ikan pelaga kampung, dah tak kenal denak….
    masuk belukar jauh sekali :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Isteri Cantik – Gadis Maghribi sedia ke MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      budak sekarang banyak masa terperap tengok tv
      tak pun main game

  15. bisk says:

    entry nih membuatkan aku kembali mengimbas zaman kanak2..tapi sayang dah banyak yang terlupa…malah bila blk kg,bila ada kawan yang mengingatkan peristiwa2 masa kecik garu2 kepala tak ingat…apa pun ia memang cukup menyerononkan,segala musim permainan semua penah rasa.

    1. tehr says:

      dulu2 permainan semua main ramai2
      sekarang pulak budak2 main game sorang2

  16. Seri Bahasa says:

    zaman sekarang budak-budak dah tak macam dulu. masing2 bawa haluan sebab keadaan persekitaran, kalau jumpa pun kat sekolah.

    kalau dulu cuti sekolah paling best, pagi-pagi dah berkumpul main sama2.
    Seri Bahasa baru je tulis kisah Dialog Dengan Hang Jebat DerhakaMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang berkawan dengan hp, game dan fb sekarang ni

      1. zik says:

        sekarang nie budak2 banyak duk online lah.. main game…
        zik baru je tulis kisah Cup cake bergerak!My Profile

  17. Cik Siti says:

    rindunye…. pada kenangan semasa kecil…. nak balik kampung macam ni….
    Cik Siti baru je tulis kisah Penyanyi Pujaan Semasa KecilMy Profile

    1. tehr says:

      jom! balik kanmung :D

  18. mancai says:

    salam singgah.. aduhai rindunya dengan zaman budak2 di kg dulu2

    1. tehr says:

      hehehe
      ambil cuti balik kampung, bro :D

  19. Norgadis says:

    Nampaknya bukan saya seorang yang masih tinggal di kampung, walaupun skrg tinggal kat kg suami tapi kalau nak balik kampung tempat dilahirkan… kjp je, 5 minit dah sampai…

    Dulu bersawah padi tapi skrg beli beras kat kedai, tiada org menanam padi dah kat Labuan ni… rindu zaman dulu2…
    Norgadis baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Aku PergiMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun dah lama tak pegang batang pokok padi
      rasanya dah tak reti nak tanam padi :D

  20. puteri says:

    semalam ‘kita’ lawan 3-4 ke 3-5?
    he.he

    1. tehr says:

      panalti 4-3
      yahoooooooo klate menang lagi

  21. fendidahada says:

    wah..teringat dulu2…bakar ubi..pastu siap masak2 lagi…panggang ayam…huhu…even duk taman pun..tp suasana kampung..best2…tp kanak2 sekarang dah tak rasa…
    fendidahada baru je tulis kisah Dendam KesumatMy Profile

    1. tehr says:

      budak2 sekarang patut sertai pengakap
      dapat berkhemah dan belajar macam2

  22. etomyam says:

    teringin sangat nak kembali jadi budak kampung, saat paling indah dalam hidup tu
    etomyam baru je tulis kisah Tutorial Kaitan Theme Design Dan SEOMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      tiada kenangan yang lebih indah dari itu

  23. donnyien says:

    amboi..berpantun pula bro kita hari ni..hehe

    1. tehr says:

      hehehe
      aku ni tak berapa reti nak mengarang :D

  24. akubiomed says:

    Saya duduk kawasan bandar tidak dapat berpeluang bebas seperti anak-anak kampung. Permainan kami bola sepak atas jalan, main baling selipar, rounders, pistol cherry, tenteng dan basikal sahaja.
    akubiomed baru je tulis kisah Lelaki mempunyai pilihanMy Profile

    1. tehr says:

      oo ya ke, bro?
      tak apa, ada masa cuti boleh ke kampung
      banyak home stay serata malaysia sekarang

  25. zulkbo says:

    salam..
    aduhai..lama dah tak
    makan belut ni…
    zulkbo baru je tulis kisah Selamat Pulang KeletihanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sesekali saya pesan juga sup belut kat kedai makan
      saja nak lepas gian :D

  26. zik says:

    dulu kalau masa kecik2 kat kampung… apa lagi mandi sungai… (lumban)… main ting-ting… macam2 lah… jahat jugakla..dah magrib baru nak ingat balik rumah..huhu… dah kena denda….
    zik baru je tulis kisah Cup cake bergerak!My Profile

    1. tehr says:

      selagi nampak tanah, tak balik :D

  27. Hadi Rofiee says:

    Alamak, aku merasa jugak kehidupan kampung, tapi sikit2 ja. Hehe. :D
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Teknik meminta duitMy Profile

    1. tehr says:

      ok la tu, bro
      kurang2nya tau la juga cara hidup budak kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar