Pantun, Bola Sepak Dan Malam

Malam ini bulan terang benderang kat Kelantan ni. Memang elok sangat untuk mengarang pantun. Manalah tahu kan? Mungkin ada lelaki kacak yang mahu menulis serangkap dua pantun kepada orang tersayang selepas seronok layan bola. Memang elok sangat menulis pantun dengan bertemankan malam dan sinaran cahaya bulan. Aku juga sudah beberapa hari tidak menulis sebarang pantun di blog Tehramuan.Com ini.

malamLangit bersih bulan mengambang,
Rindu pungguk di pohon kelapa;
Kelantan sedih tak dapat menang,
Menentang Sarawak seri sahaja.

Bulan senyum wajah gembira,
Bintang ketawa di langit tinggi;
Di selatan pula lain ceritanya,
Lions XII tewaskan Johor FC.

Cahaya bulan semakin ceria,
Bayang terarah pada dinding;
Dua pasukan bersama gembira,
N9 dan Sabah sama setanding.

Lelaki kacak dari Lubnan,
Merenung bulan di langit tinggi;
Besarnya gelak The Red Giant,
Kasihan Si Penyu menjeruk hati.

Apa berbalam di tengah padang,
Mungkinkah kerbau sedang tidur;
Wajah muram di lembah kelang,
Perak mengalahkan Kuala Lumpur.

Bulan berundur hari nak siang,
Hujan gerimis membawa rindu;
Felda United berdendang sayang,
Kedah menangis tidak berlagu.

Bagaimana kalian lelaki kacak di luar sana? Dapat menulis pantun bertemankan malam dengan sinaran cahaya bulan? Jangan lupa kirimkan kepada orang tersayang. :D

Keputusan perlawanan Liga Super 2012 malam tadi [07.04.2012] adalah seperti berikut:

Sarawak 1 – 1 Kelantan
Johor FC 0 – 1 Lions XII FC
Selangor 6 – 1 Terengganu
Negeri Sembilan 2 – 2 Sabah
Perak 2 – 1 Kuala Lumpur
Felda United FC 1 – 0 Kedah

TehrDemikian kisah 'Pantun, Bola Sepak Dan Malam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. mie says:

    nasib baik seri..
    kedah pula kecundang…
    hehehehe
    mie baru je tulis kisah Gerai Pilihan Di Universal Studio JapanMy Profile

    1. tehr says:

      Pendahulu liga pun dah kena rampas, bro
      Huhu

      Tahniah untuk Selangor

      1. azura says:

        saya sebagai anak selangor mengucapkan terima kasih semua…
        azura baru je tulis kisah Pecah Tanah Mersing LagunaMy Profile

        1. chii says:

          chii pun sama mcm zura gak..walaupun anak kelahiran johor..err…:p
          chii baru je tulis kisah Spagetti Ala MelayuMy Profile

  2. Melatiqistyna says:

    Cantik gambo bulan tu, gn panorama Kah? :)
    Melatiqistyna baru je tulis kisah Eczema dan Jus ManggisMy Profile

    1. tehr says:

      Gambar biasa juga tu, Melati
      Tapi saya kerat ambil bahagian bulan je :D

  3. titan says:

    bukan gua nak kata jaki
    tapi malam tadi memang gua suka hati
    Red giant jentik 6 kali
    mungkin ganu kena adik punya badi..

    hehe..
    titan baru je tulis kisah Selangor jentik ketiak Terengganu ini malam.My Profile

    1. tehr says:

      Red Giant jentik enam kali
      Gganu perit membawa diri

      1. hafizmd says:

        Membawa diri ke pulau duyung
        Itu memang adat bertarung

        Penyu menangis telur dicuri
        Penyu akan mengganas petang ini
        hafizmd baru je tulis kisah Sidebar Blog: Apa yang perlu?My Profile

  4. nurmisnan says:

    tak tgk.. tdo awal smlm.. hik3
    nurmisnan baru je tulis kisah Sikecil Korean dengan Hey JudeMy Profile

    1. tehr says:

      Ada rugi juga tu
      Ada orang buat kenduri gol malam tadi

      1. hafizmd says:

        Tidur awal sihatkan diri
        Pasal kenduri jgn cakap lagi
        hafizmd baru je tulis kisah Sidebar Blog: Apa yang perlu?My Profile

  5. ghost writer says:

    lepas nih red giant bertambah merah saga. telur penyu habis diratah.
    ghost writer baru je tulis kisah buku kita masaMy Profile

    1. tehr says:

      Asal jangan ratah kelantan dah la
      Hehe

      1. azura says:

        bukan ke hari tu Kelantan kalah dengan Selangor…lalala
        azura baru je tulis kisah Pecah Tanah Mersing LagunaMy Profile

        1. chii says:

          ye ke…aisey..ni yg rasa mcm nk start tgk bola plak ni..ekekek
          chii baru je tulis kisah Spagetti Ala MelayuMy Profile

  6. hatiputera says:

    Banyaknya terengganu kena bedil,,,
    hatiputera baru je tulis kisah LELAKI KACAK PILIH IPHONE 4S ATAU SAMSUNG SII MANA SATUMy Profile

    1. tehr says:

      Memang nasib Terengganu
      Mungkin benar mereka letih selepas harungi perlawanan piala afc

      1. hafizmd says:

        Nampaknya benarlah apa yg terjadi
        Nampak benar penatnya Muslim dan sarbini
        Ingat 4 gol sudah mencukupi
        Sekali ada lagi dari amri
        Memang mimpi ngeri
        hafizmd baru je tulis kisah Terima kasih daun keladi, malam tadi makan meggi.My Profile

  7. yas says:

    Player ganu tu penat sangat kot…tak berenti main, tu yg kena sampai 6 tuu…
    yas baru je tulis kisah SENARAI CALON ANUGERAH CALON BINTANG POPULAR 2011My Profile

    1. tehr says:

      Nampak gaya pasukan yang dapat ke saingan piala afc perlu ada lebih ramai pemain
      Boleh gak nanti gilir2

  8. rahman says:

    bulan terang benderang
    nampak seri dari jauh
    pahit janganlah dikenang
    belum pasti belum jodoh

    lirik lagu ni.. lagu siapa aku tak tahu :)
    rahman baru je tulis kisah zulfahmi khairudin bermula di petak ke 7 di Grand Prix Of QatarMy Profile

    1. tehr says:

      lagu siapa aku tak tahu
      Seni kata melepas rindu
      Biar rasa menjadi satu
      Lain masa kita beradu

  9. akubiomed says:

    Tanniah kepada skuad Selangor kerana berjaya membenam skuad Penyu.
    akubiomed baru je tulis kisah Model baharu Proton Preve’ bukan sekadar namaMy Profile

    1. tehr says:

      Yups
      Macam dapat semangat baru nampaknya

  10. azura says:

    Cahaya bulan kelihatan terang
    Dihisasi limpahan cahaya lampu
    Hati sangat berbunga riang
    Selangor enam Terengganu satu
    azura baru je tulis kisah Pecah Tanah Mersing LagunaMy Profile

    1. chii says:

      yeszaa..itu dia..wanita cantik da start berpantun :)
      chii baru je tulis kisah Spagetti Ala MelayuMy Profile

      1. tehr says:

        Wanita cantik mengarang pantun
        Lelaki kacak memberi senyuman
        Sekadar mengusik kata menyusun
        Harapnya tidak terguris perasaan

        1. azura says:

          Dekat gunung ada bukit
          Turun bukit menaiki bas
          Hati tak terguris walau sedikit
          Kerana cikgu kelihatan ikhlas
          azura baru je tulis kisah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011My Profile

    2. hafizmd says:

      Terang bulan menyinari malam
      Riangnya hati dah tak tertahan
      Selangor dapat jaringkan enam
      Agaknya pemain hormatkan Irfan

      hehehe =)
      hafizmd baru je tulis kisah Terima kasih daun keladi, malam tadi makan meggi.My Profile

  11. Norizwan says:

    kuat betul player selangor…hebat
    Norizwan baru je tulis kisah Tips bekerja sendiri di rumahMy Profile

    1. tehr says:

      Betul tu, bro
      Tahniah untuk semua peminat Selangor

  12. cik tom says:

    semlm terengganu xkacak..huk3
    cik tom baru je tulis kisah Nak Update Blog Apa Ye?My Profile

  13. amirulfaiz says:

    Ooo, tuan duk Kelantan ka? :)
    amirulfaiz baru je tulis kisah Majlis kesyukuran Naufal menginjak usia setahun.My Profile

  14. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tak pe lah seri kali ini..
    nanti Kelantan pasti menang
    game seterusnya :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Keputusan Pemenang (ABPBH-25) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011My Profile

  15. Waaaaah…. Sabah seri.., biasanya kalah jer kan? :D :D :D
    Tak perasan plak ada bola.
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Duit Malaysia siri keduaMy Profile

  16. hafidz says:

    pesta gol betul la Selangor ;)
    hafidz baru je tulis kisah Album Review : Pesawat – Take OffMy Profile

  17. Ladfe Amir says:

    Team Lion kuat juga nampaknya. mmg boleh dijadikan perbandingan dgn harimau muda yg bermain di negara jiran.

    apa-apa pun, keputusan masih terlalu awal utk penentu pemenang.

    permulaan yang baik..tidak semestinya penghujung yg baik
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Lelaki Kacak ,Si Hitam Manis dan FacebookMy Profile

  18. Mus says:

    hurmm.. sabah seri.. sarawak seri…
    Mus baru je tulis kisah Regatta Lepa Semporna 2012My Profile

  19. keliling perdu menabur baja
    peluh mengalir tenaga mantap
    kelantan sarawak seri saja
    Pertandingan hebat padu berentap

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    nissan ad resort y10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun