cahayacinta brohantu apacerita
tak kenal maka tak cinta Cik Siti akubiomed coretananuar

tehramuan

Pantun Binatang

Tergerak pula hendak menulis pantun mengenai binatang pada kali ini. Tambahan pula binatang sangat dekat dengan kehidupan manusia. Cerita binatang, kegunaan binatang dan kepentingan binatang sering kita dengar. Kekejaman manusia berhati binatang juga sering berlaku di negara kita tanpa mengira lelaki atau perempuan.

Reban ayam dirobek musang,
Reban itik diceroboh biawak;
Siang malam berhati binatang,
Tak kira si cantik atau si kacak.

Si ular lidi jatuh melayang,
Si ular kapak patah giginya;
Kasihan bayi bernasib malang,
Kasihan anak ditimpa petaka.

Di rumah aku ni ada dua jenis haiwan peliharan yang sentiasa menjadi perhatian anak-anak aku. Paling lama tinggal bersama kami ialah kucing. Dah beranak bercucu. Arnab pula baharu sahaja bersama kami. Anak lelaki aku suka arnab.

Arnab menari dalam reban,
Kucing ketawa berdekah-dekah;
Cantik budi manis senyuman,
Berjanji setia penuh amanah.

Arnab ketawa sambil berguling,
Kucing melihat tertanya-tanya;
Rajin usaha sama berganding,
Syukur rahmat Yang Maha Esa.

Binatang lain juga ada dekat rumah aku ni terutamanya burung. Tapi aku tak bela burung kerana aku tak suka melihat burung di dalam sangkar. Burung yang ada dekat rumah aku ni memang lepas bebas. Burung kan lambang kebebasan. Kadang-kadang ada juga kucing aku bawa pulang burung ke rumah.

Burung merpati terbang berhibur,
Hinggap seekor di tengah laman;
Hendak mati di hujung kubur,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Sarang terkukur jatuh ke tanah,
Anak terkukur mencari teman;
Boleh berhibur hati nan gundah,
Usah tersungkur ditipu syaitan.

Manusia dijadikan lebih mulia berbanding haiwan.Sayangnya banyak pula yang boleh diperhatikan di sekeliling kita, ada binatang yang berhati manusia dan ada pula manusia berhati binatang. Semuanya dijadikan untuk siapa yang mahu berfikir.

TehrDemikian kisah 'Pantun Binatang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



77 Comments

  1. kucing ayam ikan dibela di kampung,
    hati gusar ingin melihat
    tak lama lagi boleh balik kampung
    tapi kena beli tiket, bukan sdn berhad

    keh3 pantun apa pun ta tau.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah ada maruah dan integriti pada namaMy Profile

    1. tehr says:

      seronok la balik kampung
      jumpa emak jumpa ayah
      jangan lupa membeli jagung
      bubur lemak kacang merah

  2. Jamal Ali says:

    Terhibur.

    Bukan setakat pantun dan cerita biasa, tapi penuh makna di sebalik kata.
    Jamal Ali baru je tulis kisah Rintik-rintik Hanya Singgah – Bab 47My Profile

    1. tehr says:

      sekadar hiburan je, bro
      apa yang baik itu dari Dia

      1. hafizmd says:

        terima kasih cikgu. mmg terhibur dan ada manfaatnya utk mereka2 yg berfikir
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday Jom Conteng!My Profile

        1. suri says:

          otak kena fikir klu tak fikir rasa suram jer alahai..cam tak buat kira2 dlm sehari rasa otak slow jer heeee

  3. azura says:

    Arnab binatang peliharaan cikgu
    Sangat cpmel bila di pandang
    Pesan saya buatmu cikgu
    Jangan pula di buat rendang….

    lalala

    1. akubiomed says:

      Sekarang ini ada macam-macam spesis Arnab ada. Ada yang telinga labuh dan jenis kerdil. Cute pula tuh.
      akubiomed baru je tulis kisah Doktor tolong selamatkan burung sayaMy Profile

      1. tehr says:

        harga pun boleh tahan juga tu, bro

      2. hafizmd says:

        hehehe…mmg comel2 semuanya…tp kalau tinggal kat bandar ni…rumah teres…payah sikit nak bela2 ni…nanti bising jiran…(anjing takpe pulak…)
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday Jom Conteng!My Profile

        1. suri says:

          arnab ada teling labuh? bukan sb tuan dia ker yg tindik teling dia smpi jdi labuh heeee?

    2. mak lagenda says:

      Kalau dah penuh arnab sereban,
      Ditangkap,disembelih,dibuang bulu,
      sebenarnya rendang arnab sedap dimakan,
      tapi jangan diberitahu dulu.
      mak lagenda baru je tulis kisah BANK RAKYAT UMUM DIVIDEN 20 PERATUS UNTUK 2011My Profile

      1. tehr says:

        sembelih arnab buang bulu
        masak rendang masak kari
        kalau pula nanti diberitahu
        tak siapa nak makan nanti

  4. kimmie says:

    kat kampung saya pun banyak binatang, kucing ada, ayam ada, lembu, kerbau…hehehe
    kimmie baru je tulis kisah Santai: Bersiar di Kuala GandahMy Profile

      1. suri says:

        ate klu kg mesti ada heee… tak sah tak der

  5. akubiomed says:

    Dulu saya ada bela kucing sekarang tidak lagi kerana isteri dan anak ada Asma. Rumah saya burung pipit liar jinak sehingga didepan pintu mereka hinggap.
    akubiomed baru je tulis kisah Bantu saya cadang untuk masakan ikan SalmonMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      anak saya juga ada asma dulu2
      tapi sekarang dah sembuh sepenuhnya

      1. suri says:

        wah ad apetua ker bro utk hilng skit tu?

  6. nurmisnan says:

    Sekarang makin ramai manusia yang berhatikan haiwan..
    sanggup membunuh kerana dendam..
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat daun roket atau arugula antikanserMy Profile

    1. tehr says:

      macam2 sebab mereka ni
      ada juga alasan yang memang kita tak boleh terima

  7. mie says:

    macam2 jenis pantun sekarang ye…
    sedap didengar…
    sedap di pantunkan..
    ehehheee
    mie baru je tulis kisah Souvenir Jepun Seperti Yang DijanjikanMy Profile

    1. tehr says:

      macam megi pulak
      cepat dimasak sedap dimakan :D

      1. mie says:

        semuanya ada kesinambungannya..
        ehehheee
        mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #10 Rumah ContohMy Profile

        1. suri says:

          setiap pantun mesti ada kait mengait geeee..klu tak pantun tergantung sush gak org nk paham heee

  8. Khidhir says:

    tu la. ada sesetengah manusia pun da cam binatang
    Khidhir baru je tulis kisah Angry Birds Space PC, Android, iOS dan MacMy Profile

    1. tehr says:

      nampak je macam lelaki kacak
      perempuan tak ramai pula yang jadi pembunuh

  9. dulu rumah saya pun byk kucing..
    tapi dah dibuang sebab beraknya merata la..

    budahk2 mmg suka kucing dan arnab…
    New blog Hairul baru je tulis kisah Harta melalaikan kitaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau yang berak dan kencing merata tu memang aku pun tak sanggup bela
      huhu

      1. suri says:

        blh htr mana2 tmpt perlindungan cat heeee

  10. kulanz says:

    anak aku pantang tengok anak kucing yang dibuang.. mesti diorang ambil bawa balik rumah..

    sekarang ni banyak binatang dah ambil alih tugas manusia.. contohnya macam anjing k9 tu.. mungkin sebab tu juga manusia pun nak jadi haiwan, untuk gantikan tempat haiwan pula..
    kulanz baru je tulis kisah Cikgu Tidak Pernah Bercintakah?My Profile

    1. tehr says:

      wah, boleh pulak mereka ni tukar tempat
      memang payah nak masuk akal tu

    1. tehr says:

      yups, memang ok je
      aku pernah juga makan arnab ni
      tapi bukan selalu

      1. suri says:

        apa rasa daging dia ek hee…manis3 ker heee

        1. suri says:

          sy suka arnab tapi klu d buat lauk akan rasa tak tergamak nk makn huhu..bila..kenangkan bulu yg gebuh2 tu huhu…

  11. lunaticg says:

    Dunia sekarang ni dah sukar nak bezakan binatang dengan manusia.
    Kadang-kadang binatang itu lebih manusia daripada kita.
    Adakalanya manusia itu lebih binatang dan bertopengkan manusia. :(
    lunaticg baru je tulis kisah Malaysia 1st series coin designerMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya binatang pun hairan melihat perangai manusia

      1. suri says:

        binatang klu blh berckp dh lama dia terik kat manusia baik depa blh teriak bhsa depa jer..klu tak malu manusia bila d tegur btang

  12. yas says:

    manusia berhati binatang, binatang berhati manusia….tetiba aku teringat cerita/pilem “Apes” lak bro…
    yas baru je tulis kisah KES RUMAH MAWI DIROMPAK – RUGI RM10,000My Profile

    1. tehr says:

      banyak cerita memang mahu memberi pengajaran kepada manusia
      malangnya sebahagian manusia tak masuk ajar

  13. ghost writer says:

    masuh hutan mencari bakawali
    terjumpa rotan di panas yang pengap
    anak panda comel sekali
    kalau beruang mesti kena ngap
    ghost writer baru je tulis kisah sepatu di atas para-para tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      anak panda anak beruang
      kejam manusia mengalahkan binatang

  14. hatiputera says:

    Dua tiga kucing berlari
    mana nak sama sikucing belang
    dua tiga boleh ku cari
    mana nak sama si tehr sorang,,,,
    hatiputera baru je tulis kisah TRIP LELAKI KACAK KE MELAKAMy Profile

    1. tehr says:

      dua tiga empat dan lima
      enam tujuh lapan sembilan
      aku hanya biasa-biasa saja
      sekadar orang kebanyakan

  15. dinar says:

    kucing arnab peliharaan tehr,
    merpati pula lepas bebas,
    hidup ini penuh ujian getir,
    hati2 berdepan manusia bertopeng binatang BUAS!
    dinar baru je tulis kisah Tips Bijak Wang – Simpan emas…My Profile

    1. tehr says:

      merpati terbang bebas
      terkukur pula diikat kaki
      manusia memang buas
      kejamnya tidak terperi

  16. Norizwan says:

    binatang yang saya suka tengok burung bebas dari dalam sangkar…memang pantang, ada sekali saya dikejar dengan pakcik sambil memengang parang menyerang saya…sebab saya lepas kan burungnya dari sangkar…huhu nasib bek lepas…
    Norizwan baru je tulis kisah (Video) Aksi hebat Unit Tindakan Khas PDRM Hari polis 205 tahunMy Profile

    1. tehr says:

      wah
      kalau burung ketitir yang harga mahal tu
      memang mengamuk dia, bro :D

  17. kakyon says:

    akk pantang tengok org bela burung dlm sangkar. selalu akk nasihat suruh lepaskan. Alhamdhulillah..ada juga yg menurut. ada juga yg bagi alasan dia sendiri..kenapa dia bela burung..
    kakyon baru je tulis kisah keria dan cek mek molekMy Profile

    1. tehr says:

      alasan manusia memang banyak
      memang tak terlayan kita dibuatnya

  18. Ad-Dien says:

    Kemas pantung cikgu tehr ni :)
    lagi tepat manusia begitu lebih teruk dari binatang..
    sebab binatang pun punya perasaan dan ada sifat penyayang sesama mereka..allahua’lam :)
    Ad-Dien baru je tulis kisah Iftiraq (Perpecahan Umat Islam)My Profile

    1. tehr says:

      siap dan sifat binatang untuk manusia buat panduan

  19. padin says:

    mak aku ada bela ayam hutan kacuk – dah geng dengan ayam kampung, tapi sayang 2 malam je musang jalankan operasi, licinn…. hampeh betul,
    padin baru je tulis kisah Kenali Istilah HatiMy Profile

    1. tehr says:

      waduh kesian pulak aku
      memang geram sangat tu, bro
      musang memang pakar dalam operasi benteras ayam ni :D

  20. Hadi Rofiee says:

    Saya suka memetik kata-kata tuan Pahrol Mohamad Juoi dalam buku beliau Mukmin Profesional – Celik Mata Hati:

    “Ya, manusia hidup, bukan sekadar hidup-hidupan. Tidak seperti serangga, rumput-rumpai dan lain-lain yang hanya hidup-hidupan…”

    Kehebatan manusia: boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dan boleh jadi lebih hina daripada syaitan.

    Didoakan semoga kita menjadi manusia yang hidup. Amin. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Uniknya Manusia – Mempunyai Kelebihan Dan Kekurangan TersendiriMy Profile

    1. Hadi Rofiee says:

      Maafkan saya. Sedikit pembetulan

      Kehebatan manusia: boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dan boleh jadi lebih hina daripada binatang.
      8-)
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Uniknya Manusia – Mempunyai Kelebihan Dan Kekurangan TersendiriMy Profile

      1. tehr says:

        moga2 kita dijauhkan dengan sifat kejam binatang seperti ni
        amin

        1. hafizmd says:

          ameen…moga dijauhkan dari sifat kebinatangan
          hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday Jom Conteng!My Profile

  21. benjy says:

    Sebenarnya sukar mengesan manusia berhati binatang ni … ia satu penyamaran yang sempurna.
    benjy baru je tulis kisah MENCARI JODOH YANG SESUAIMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      musang berbulu ayam ni

      1. hafizmd says:

        sekarang ni cikgu, bukan setakat berbulu musang…mcam2 bulu dipakainye…janji nampak ok, tapi sebenarnya ko
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday Jom Conteng!My Profile

        1. suri says:

          mari sini masukkan dia jel heee..sedang bentang karpet merah ni heee

  22. sangilapi says:

    kucing memang sejak dari dulu,aku nobatkannya sebagai peneman setia aku :-)

    berakal tapi sejengkal,
    berakal tapi suka mengakal,
    itulah dia si manusia nakal!
    sangilapi baru je tulis kisah SANTAPAN JIWAMy Profile

  23. Suke bela ayam,tapi baru2 ne kena penyakit hawar di area rumah ku,habis semua koleksi ayamku

    1. suri says:

      tak per msh blh cri dan bli yg baru heee

  24. hafizmd says:

    anak semut berlari lari
    anak lebah terbang menari
    kita hidup saling memberi
    jangan asyik nak berdengki
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday Jom Conteng!My Profile

    1. suri says:

      hdup dengki tak kemana…nnti makan dri alahai…

  25. shraqs says:

    Tak pernah pelihara binatang kat rumah, lebih2 lagi kucing. Tak suka ngan karenah & tanggungjawab nak menjaganya…
    shraqs baru je tulis kisah Cara – Cara Meminimumkan Penggunaan Hosting BandwidthMy Profile

    1. suri says:

      bro shr
      klu ada minat tak der hal hee tapi sllu nak jaga2 binatang ni perlukan masa.minat heeee bru serba mnjdi

  26. burung tempua lari beterbangan
    ayam jantan mati kecundangan
    akal diguna buat pertimbangan
    nafsu dibendung elak kecurangan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    masalah alternator kereta

  27. eiela says:

    bestnya pantun binatang nih. sekarang memang ramai manusia kelakuannya spt binatang,
    eiela baru je tulis kisah Liyana Jasmay Dah BertunangMy Profile

    1. suri says:

      itu mmg dah ada cam mak buang anak perilaku cam binatang gak…

  28. Jomtonton says:

    Anak beruk menggapai tandan,
    Tupai naik meniti dahan;
    Yang buruk jadikan sempadan,
    Yang baik jadikan tauladan.
    Jomtonton baru je tulis kisah Top 5 Radio Online MalaysiaMy Profile

  29. Dalam maksud pantun binatang nie.. Manusia pun boleh terasa ….. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Blogger Dan SEO ContestMy Profile

  30. suri says:

    saya suka arnab..hee warna putih dan hitam heeee

  31. suri says:

    arnab muda tak nak jaga bro hee… sy masa duk umh sewa masa belajar ptg2 ada jiran suka lepaskan arnaqb dia kt taman perumahan kami..byk arnab dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge