Pantun Bila Nak Kahwin

“Eh, Bila Nak Kawin?”

“Tak ada soalan lain ke? Senang-senang je tanya bila nak kawin.”

“Geng sekolah kita, ramai dah kawin.”

“Ko ingat senang kawin. Macam main masak-masak?”

“Tak la gitu. Aku tanya je, bila kamu nak kawin.”

“Kamu dah kawin ke?”

“Belum! Hehe…”

“Ciss!”

tidur orang bujangAlasan orang bujang kalau ditanya bila nak kahwin.

Seminggu sekali cuci kain,
Setiap hari mencuci hati;
Bagaimana diri mahu kahwin,
Belajar pun belum habis lagi.

Bila petang keluar bermain,
Sebelah malam berhibur hati;
Hajat memang aku nak kahwin,
Wang hantaran tak cukup lagi.

Mari ditebang si pokok buluh,
Bawa ke baruh memagar tebu;
Orang meminang dah berpuluh,
Nasibnya jodoh belum bertemu.

Padi huma ditampi-tampi,
Padi sawah simpan sahaja;
Sekian lama hamba mencari,
Calon sesuai belum berjumpa.

Apa di tangan ada cahaya,
Cahaya terang nampak lurus;
Apa berangan hidup berdua,
Badan seorang tidak terurus.

Kata otai lama, orang kaya bila-bila masa sahaja boleh berlagak miskin, tapi orang miskin jangan pula pandai-pandai nak berlagak kaya. Orang cerdik boleh buat-buat bodoh, tapi kalau orang bodoh buat-buat cerdik lain jadinya. Banyak yang akan rosak nanti.

Biar nampak pokai asal poket tebal.
Bukan nampak pandai tapi diri bebal.

TehrDemikian kisah 'Pantun Bila Nak Kahwin' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. de engineur says:

    Soalan yg sensitif ni utk org bujang yg dah lanjut usia.
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia to raise Electricity Tariff by 10% – 20% in 2014My Profile

  2. Joe says:

    aku masih mude lagi…
    Joe baru je tulis kisah Diskaun 75% Untuk Semua Pelan Hosting HostgatorMy Profile

  3. Cik Siti says:

    Berangan dibawa di dalam anduh,
    Tidak sedari hilangnya di mana,
    Andai sampai masa bertemu jodoh,
    Cepat atau lambat urusan dariNYA.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kastel 2013My Profile

    1. UmmiKami says:

      Pulau teduh tumbuhan tinggi,
      Lebar meranti bertanam subur;
      Kalau dah jodoh Tuhan berbagi,
      Sabar menanti dalam bersyukur.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

      1. TehR says:

        Berbunyi petir hujan tak jadi,
        Awan tiba hanyut ke barat;
        Andainya takdir jodoh diberi,
        Moga bahagia dunia akhirat.

  4. akubiomed says:

    Ramai yang bagi alasan akan kahwin setelah duit cukup. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Berangan bawa kereta James Bond BMW Z8My Profile

    1. suri says:

      mesti rajin menabung untuk lelaki heee kalau nak anak dara orang
      suri baru je tulis kisah Jika Kau Bercinta Lagi, Ingat Pada DiaMy Profile

  5. suri says:

    saya kawin tak smpai ribu riban heeee
    suri baru je tulis kisah Jika Kau Bercinta Lagi, Ingat Pada DiaMy Profile

  6. suri says:

    perempuan kawindia seru dalam mimpi ..bila ular pusing pusing kawasan rumah kita
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 16_ 2013My Profile

    1. Cik Siti says:

      patutlah masa sebelum kawen mimpi ular… hehehe
      Cik Siti baru je tulis kisah Kastel 2013My Profile

      1. UmmiKami says:

        Kalau bermimpi kena belit dengan ular gimana pula ya… :)
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

        1. Cik Siti says:

          kalau belum kahwin itu memang dah sah akan bertemu jodoh.
          Cik Siti baru je tulis kisah Tak SalahMy Profile

  7. Ismail N says:

    itu kalau org bujang.. kalau bukan, maka soalannya jadi ‘bila nak kawin LAGI?’ …. ahak ahak :D
    Ismail N baru je tulis kisah Ageless Ryan Giggs Left The Germans CluelessMy Profile

    1. TehR says:

      cakap siang pandang2
      cakap malam dengar2
      isteri tua naik berang
      isteri muda senyum tawar

  8. onlajer® says:

    aku suka Biar nampak pokai asal poket tebal haha
    onlajer® baru je tulis kisah Komisen Jobdirumah kali ke BerapaMy Profile

  9. papa mifz says:

    hidup bersederhana sudah memadai…
    papa mifz baru je tulis kisah Jam Tangan Minion Yang ComelMy Profile

      1. UmmiKami says:

        Ummi sokong papa… :D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Rabu Yang Hilang….My Profile

  10. Setuju sangat-sangat dengan entri ni. Orang bujang bukan saja-saja tak nak kawin. Tapi peluang tu masih belum sampai lagi walaupun dah usaha. Sekarang ni, jodoh makin berat bagi orang-orang yang poketnya kosong.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Pada Usia genap 40 tahun, Ryan Giggs masih steady bermain Bola SepakMy Profile

  11. Byk sebab orang bujang tak kahwini…jawapan paling mudah kalau orang tanya, jodoh tak ada lagi… :)
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Iktibar Dari Filem Tun Fatimah…My Profile

  12. kakiblog says:

    proses mengisi poket kosong ambil masa..sebab itu kahwin pun ambik masa.jadi beruntung kalau jadi orang cerdik dan kaya..boleh kahwin bila-bila sahaja mau!
    kakiblog baru je tulis kisah Trend Blogwalking Semakin MenurunMy Profile

  13. cik tom says:

    hehe..menarik pantun kali ni..sesuai dengan situasi cik tom skang..huhu
    cik tom baru je tulis kisah Cara Hilang Jerawat dengan Dr. HaseenahMy Profile

  14. ohcikgu says:

    dah penat dah nak jawab soalan ni. hehe
    ohcikgu baru je tulis kisah Cikgu, kenapa kena tutup suis kipas bila keluar kelas?My Profile

  15. Hafizul says:

    Emm banyak ada yang bagi alasan muda lagi dan masih belum puas nikmati hidup membujang..huhu
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator November 2013 Pondok KecilMy Profile

  16. AUC says:

    hahaha baik punya landing kucing tu…. nak berpantun x pandai, tengok gambar je lah hehehe
    AUC baru je tulis kisah Perlawanan Bola Sepak Malaysia Paling Ramai Ditonton 2013My Profile

  17. Lyn™ says:

    Mahal tu dua baris terakhir entri ni.

    “Biar nampak pokai asal poket tebal.
    Bukan nampak pandai tapi diri bebal. ”
    Lyn™ baru je tulis kisah Bagaimana menangani serangan jantung ketika berseoranganMy Profile

  18. Rina says:

    kalau masih muda suka mengundur pernikahan tapi jika sudah keblabasan sampai tua pasti nikahnya akan sulit …
    untuk hal yang baik jangan samapai di tunda2 jika sudah siap :)
    Rina baru je tulis kisah Basic CSS Tutorial : Create Multiple Background Images For WebsiteMy Profile

  19. Ani Haryani says:

    Seronok baca pantun ni. Terbaik! :D
    Ani Haryani baru je tulis kisah Kaitan Gemuk & MenopausMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun