Pantun Berkait Zakat Fitrah

duduk bersila anyam ketupat
gadis sunti di sebalik tabir
tunaikan pula rukun keempat
ramadan sudah menuju akhir

gadis sunti di sebalik tabir
apabila marah tersenyum pula
ramadan sudah menuju akhir
zakat fitrah jangan dilupa

apabila marah tersenyum pula
menyimpan malu di dalam diam
zakat fitrah jangan dilupa
hak saudaramu sesama Islam

menyimpan malu di dalam diam
dijentik cinta di sudut hati
hak saudaramu sesama Islam
amalan wajib bersihkan diri

dijentik cinta di sudut hati
hanyut rindu teman di rantau
amalan wajib bersihkan diri
aturan hidupmu tidaklah kacau

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

TehrDemikian kisah 'Pantun Berkait Zakat Fitrah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun