gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Pantun Berkait | Nasi Lemak RM 2.00

Pantun dan nasi lemak memang sudah sebati dengan masyarakat Melayu. Kat kampung aku ni, kalau nasi lemak RM2.00 tu dah kenyang sangat. Walau pun ada orang yang berkata menu nasi lemak boleh membahayakan kesihatan, tak pula aku jumpa kenyataan yang berpantun juga membahayakan kesihatan. :D Tak bahaya, kan?

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih saya lurutkan;
Pesan emak jangan dilupa,
Kelak pedih di dalam badan.

Daun selasih saya lurutkan,
Nasi lemak tak dapat dirasa;
Kelak pedih di dalam badan,
Bernanah bengkak bau suara.

Nasi lemak tak dapat dirasa,
Terbiar sahaja sehingga basi;
Bernanah bengkak bau suara,
Satu dunia melempar benci.

Terbiar sahaja sehingga basi,
Ayam itik tak mahu makan;
Satu dunia melempar benci,
Diri adik yang akan kerugian.

Makan jangan sebarang makan. Cakap juga jangan sebarang cakap. Kalau cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau hidup dalam kandang kambing, belajarlah mengembek. Kalau duduk dalam kandang kerbau, belajarlah menguak. Orang kata, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya. Sebab tu ular tak kisah untuk menyusur akar sebab dia tahu bisa dia tak hilang!

TehrDemikian kisah 'Pantun Berkait | Nasi Lemak RM 2.00' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



45 Comments

  1. suri says:

    kopi ada nasi lemak mari satu
    anak melayu hidup dah terbiasa
    tanpa lemak itulah orang melayu
    sakit badan langsung tak terasa
    suri baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      anak melayu hidup biasa
      sopan santun tinggi budi
      sakit badan tidak terasa
      tidak sama sakitnya hati

      1. bEe says:

        Wah, pandainya suri berpantun
        hasil tunujuk ajar cikgu teh ni ;)

  2. suri says:

    minggu lepas dh bt nasi lemak cukulah smgu skli ok kot heee

    suri sllu buat 2 pot nasi lemak 1 biji santan kelapa haaaaa..
    suri baru je tulis kisah Cara Menangani Mimpi Yang MenakutkanMy Profile

    1. tehr says:

      seminggu sekali dah sesuai benar tu, suri
      kalau hari2 pun jemu jugak, kan

      1. surihatiku says:

        jemu2..
        tapi kena plk buat sambal 2 versi satu sambal sardin satu lagi sambal ikan bilis tak pun sambal udang adeiii

        sllu jemu heee
        surihatiku baru je tulis kisah Sayang Bertutup Itu Tetap IndahMy Profile

  3. cikmin says:

    Salam teh….

    Kat rumah ni tetiap pagi kena ada nasi lemak..anak2 suka sangat makan sebelum nak ke sekolah…bila siapkan sarapan lain macam kurang nafsu derang nak makan..tapi kalau paksa2 baru derang nak makan..kalau nasi lema..laju…walaupun nasi lemak yang dibeli..hihi..

    1. tehr says:

      kami ni sesekali je makan nasi lemak, cikmin
      biasanya nasi berlauk je

  4. dinar says:

    salam tehr..

    Peringatan yang baik disebalik kelazatan nasi lemak…teruskan berpantun tehr…agar tidak tertelan dek zaman
    dinar baru je tulis kisah Bank Pusat Negara Eropah kembali membeli emas…My Profile

    1. tehr says:

      semua yang baik itu dari allah
      saya hanya tumpang berhibur

  5. akubiomed says:

    Nasi lemak 2.0 kononnya majmuk
    Makan Nasik Lemak kena beralas
    Apa guna bermulut busuk
    Kalau hati tidak ikhlas

    1. yas says:

      Terbaik bro…gua setuju ngan pantun bro akubiomed nih.
      yas baru je tulis kisah Tabiat merokok- Orang Utan pun tiru manusiaMy Profile

      1. nurmisnan says:

        tak sangka pantun kau memang power… hik3
        nurmisnan baru je tulis kisah Madu penawar penyakit fibroid, senggugut dan sakit dalaman perempuanMy Profile

    2. tehr says:

      betul3x
      kita mahu mulut manis bersama hati yang jujur

  6. kakyong says:

    mak saya berjualan nasi lemak
    sudah dikurang sukatan santan
    anak cucu kalo x dapat nasi lemak mak
    boleh seharian menangis meraban
    kakyong baru je tulis kisah Anak-anak di Changkat Tin pekena nasi briyani gamMy Profile

    1. tehr says:

      usah nangis usah sedih
      kuatkan iman dalam hati
      ada lagi nasi lemak lebih
      petang nanti makan lagi

  7. ghost writer says:

    nasi lemak masih pilihan semua rakyat malaysia.nasi lemak pun salah satu makanan 1 malaysia gitu..cina,india,melayu semua tibai nasi lemak.orang asli jer kot kurang makan nasi lemak.haha
    ghost writer baru je tulis kisah nulisMy Profile

    1. tehr says:

      mungkin juga tu, ghost
      harap2 mereka juga akan suka nanti

  8. yas says:

    nasi lemak rm2.00 den suko…tapi nasi lomak 2.0 tu yg buek den tak bape nak berkenan bro…
    yas baru je tulis kisah Tabiat merokok- Orang Utan pun tiru manusiaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      rm2.00 tu dah kenyang juga tu, yas :D

      1. surihatiku says:

        ha,,klu sini camour lauk dah dpt heeheee..tapi nasi lemak dari air tangan kedua org tua mmg terbaik…

  9. tehr dah baca ulasan siti jarum dalam akhbar Utusan?
    pedas dia perli nasi lemak 2.0

    memang sgt pelik kenapa smp ke hari ni dia tak dikenakan sebarang tindakan atas sikap biadap dia tu.

    ada pengaruh apa2 ke?

    1. tehr says:

      saya dah baca
      kadang2 orang terlebih bubuh sambal
      sebab tu terlebih pedas

  10. puteri says:

    Namewee NASI LEMAK 2.0

    hehehe entry kita berkaitan lah! hehe
    puteri baru je tulis kisah Utusan Meloya: Perosak Fikiran RakyatMy Profile

    1. tehr says:

      ada orang suka nasi lemak
      ada orang suka nasi kerabu :D
      pilihan sendiri2

  11. Zulkbo says:

    nasi lemak tak dapat dirasa
    terbiar sahaja sehingga basi
    pasti tak laku kalau lain perasa
    satu dunia tahu periuknya bertahi

    terbiar sahaja sehingga basi
    ayam itik tak mahu makan
    satu dunia melempar benci
    akhir sekali sendiri yang makan
    Zulkbo baru je tulis kisah Bila Kapalterbang Sangkut Di Roda FerrisMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kalau banyak sangat
      boleh kembung perut tu, bro :D

    1. tehr says:

      donut pun best gak tu, bro

    2. dnoBiz says:

      donut pun bahaya gak banyak gula hehehe
      dnoBiz baru je tulis kisah Hantu Pocong – Kelibat pocong atas bukitMy Profile

  12. Juan says:

    pantun kali ni mcm ader berisi lemak cili api, terasa sedap dan pedas, hehe
    Juan baru je tulis kisah Live TV StreamingMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku sendiri tak suka masakan pedas, juan
      hehe

  13. smlm pg makan nasik lemak…lepastu terus rasa lalok2 lemah satu badan..hehe

    aritu terlepas metro/train..masin jugak soalan cikgu tehr :P kalo terlepas pon takkan ke negeri lain..still dalam moscow jugak cuma daerah berbeza dah laa :)
    alexa yussida baru je tulis kisah Sepetang di ladang epal Kolomenskaya..My Profile

    1. tehr says:

      wah, kat rusia pun ada nasi lemak juga ke, doc
      atau masak sendiri?

  14. surihatiku says:

    Nasi lemak enak makn waktu2 cuti jer klu wktu keje mgtok plk tapi kena makn berpada2 heee
    surihatiku baru je tulis kisah Kenanganku Bersama Ais KrimMy Profile

    1. tehr says:

      waktu cuti, lepas makan tido
      hahaha

  15. dnoBiz says:

    nasik lemak ,e,amg bahaya kalau terlebih makan… :D
    dan mulut yang makan nasik lemak juga bahaya kalau tersilap cakap :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Hina Utusan – Utusan buat laporan Polis terhadap NameWeeMy Profile

    1. tehr says:

      terlebih makan, kita sorang kekenyangan
      terlebih cakap, ramai yang akan bengang

  16. Pacifista says:

    menarik.lebih menarik dari pantun bahasa inggeris aku.hehe :D
    Pacifista baru je tulis kisah Bila Pantun Dibahasa-inggeriskan…My Profile

    1. tehr says:

      aku memang lemah dengan bahasa inggeris ni

  17. zik says:

    pagi2 makan nasi lemak
    nampak si mulut busuk makan sini
    apa nak buat kalau tengok muka pun dah rasa menyemak
    boikot saja apa cerita dia buat, sana sini
    zik baru je tulis kisah low-cost copy Evening Gowns On the web Flies All around the SkyMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya ada yang makan nasi lemak basi tu, bro

  18. titan says:

    aku sangat bersyukur kepada sesiapa yang menjadi pencipta nasi lemak nih.. :)

  19. bEe says:

    Nasi lemak kat kg harga RM2 mmg perut akan jadi kenyang
    mcm2 ada :-)

    1. tehr says:

      memang kenyang tu
      kena pulak dengan teh gelas besar :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge