Pantun Berkait | Mimpi Terlampau

Gemuk sungguh lembu kasi,lembu
Gemuk lagi si kerbau balar;
Biar pun jauh dekat di hati,
Di dalam mimpi bersiar-siar.

Gemuk lagi si kerbau balar,
Minum di alur makan di padang;
Di dalam mimpi bersiar-siar,
Terlajak tidur sampai ke siang.

Minum di alur makan di padang,
Kandangnya pula di tepi kebun;
Terlajak tidur sampai ke siang,
Kering akhirnya titisan embun.

Kandangnya pula di tepi kebun,
Di tepi jalan pengkalan pulau;
Kering akhirnya titisan embun,
Leka melayan mimpi terlampau.

Kita sering mengharap dan mengejar sesuatu yang sia-sia sehingga terlepas pula sesuatu yang indah dan berharga.

TehrDemikian kisah 'Pantun Berkait | Mimpi Terlampau' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


20 Comments

  1. padin says:

    hehe, kalau mencari kesempurnaan memang dalam mimpi je lah..
    tak salah mengimpi sesuatu tapi kena realistik lah… err kena ke ulasan ni dengan pantun bro ni? hahahaa

    1. tehr says:

      tak salah, memang tak salah
      yang salahnya terus bermimpi je hingga tak mahu bangun tidoo :D

  2. akubiomed says:

    Saya sudah beberapa kali mengalami Deja vu ia adalah pengalaman yang menakutkan apabila apa yang kita mimpi benar-benar berlaku.
    akubiomed baru je tulis kisah Abang Koning bakal duduki ujian saringan tahun 1My Profile

    1. tehr says:

      wah, memang takut juga tu, bro
      kalau tiap kali mimpi jadi kenyataan

  3. yas says:

    “Kita sering mengharap dan mengejar sesuatu yang sia-sia sehingga terlepas pula sesuatu yang indah dan berharga.”

    ~ Kadang2 sampai yang dikendong pun tercicir disbbkan mengharapkan yang lain…
    yas baru je tulis kisah Final Sea Games 2011 – Malaysia vs IndonesiaMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, yas
      akhirnya habuk pun tak ada

  4. sud@is says:

    jgn dilayan mimpi mengelamun
    kelak ngigau sampai berpeluh
    bila kering titis embun
    sudah tentu terlepas subuh
    sud@is baru je tulis kisah Kenduri KahwinMy Profile

    1. tehr says:

      bila mimpi terlampau mimpi
      sampai siang asyik terlena
      bila matahari dah meninggi
      subuh gajah la jawabnya

  5. titan says:

    wah, sampai terlampau-lampau mimpinya..
    titan baru je tulis kisah 10 soalan kacak.My Profile

    1. tehr says:

      mimpi + angau :D

  6. shameel says:

    tgk lembu ni teringat dgn isu lembu shahrizat yg kevoh diperkatakan skrg ni.
    shameel baru je tulis kisah Muharram Bukannya Bulan Nabi BerhijrahMy Profile

  7. chii says:

    haaa..ni mesti kes tdo x basuh kaki ni..tu yg sampai terbawa2 ke mimpi..ehehe
    chii baru je tulis kisah Ipad2 sebagai Hantaran kawin pada 20/11/2011My Profile

  8. zulkbo says:

    salam..
    begitulah realitinya hidup
    sikap tamak kadang kala
    melalaikan..yang di kejar
    tak dapat..yang di kendong
    keciciran..
    zulkbo baru je tulis kisah Gambar Bayi (Baby) Aishwarya RaiMy Profile

  9. Juan says:

    kita kekadang mengangankan sesuatu yg sukar kita capai tatkala kita sedar yg kita tidak mampu kerana sifat kita sendiri yg x mahu berusaha,
    Juan baru je tulis kisah Dulu DVD Sekarang Download Video Dahulu….My Profile

  10. surihati_ku says:

    Tahu mmg bakal byk kerbau2 bakal tumbag makin majdi2 pulak lebih lagi musim cuti sek menjelma heee
    surihati_ku baru je tulis kisah Moon SnailsMy Profile

  11. surihati_ku says:

    klu tamak toada bwk kemana..klu murah rzki insyaalh akan dipilat gandakan juga..
    surihati_ku baru je tulis kisah Petua Menghilangkan Hanyir Ikan SungaiMy Profile

  12. surihati_ku says:

    klu mmpi mat jenin mmgtak bwa kemana hy ckp tak serupa kata.baik usaha dan berdoa mga sgala apa yg di impikan akan jdi kenyataan
    surihati_ku baru je tulis kisah Persinggahan Yang Ditakuti Part IIMy Profile

  13. ohcikgu says:

    manusia memang sentiasa berharap.. :)

  14. adele says:

    hargailah yg berada dlm genggaman kita :)
    adele baru je tulis kisah Gempar: Dua Selipar Pelajar FSU DiserangMy Profile

  15. pulang kekampung di Pekan Bagan
    berjalan kaki meredah hutan
    Mimpi berjumpa puteri kesayangan
    Apakan daya bukan kenyataan

    burung tempua burung tekukur
    burung kedidi burung bayan
    Mimpi hanya mainan tidur
    Janganlah sampai gila meroyan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    teknik penyaduran chrome electro
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun