Pantun Belalang

Bersiar-siar sekitar rumah, aku jumpa belalang. Sekitar rumah aku memang banyak belalang kerana rumah aku ni tak jauh dari sawah. Si Hitam yang ikut aku jalan-jalan nampak macam hairan je tengok aku ambil gambar belalang. :D

belalang hijau

Belalang kunyit buat hidangan,
Digoreng sedap dibakar pun juga;
Rezeki sedikit bukannya ukuran,
Laluan gelap sanggupkah teroka.

Belalang sentadu warnanya hijau,
Kecil badannya belalang pelesit;
Bodohkah lembu cerdikkah kerbau,
Gembalanya tiada memiliki sabit.

Belalang kacung panjang kakinya,
Mentadak mentadu duduk menjahit;
Bagaimana untung mahu berniaga,
Sedangkan ilmu sangatlah sedikit.

Belalang kerit berbunyi malam,
Duduk merintih badan terkurung;
Bagaimana tak sakit hati di dalam,
Kita yang letih, orang yang untung.

Sungguh mujur Pak Belalang,
Menilik hanya mengagak sahaja;
Sifat yang jujur ditipu orang,
Bilakah hidup mahu bahagia.

belalangAku percaya ramai yang tak pernah makan belalang. Betul, kan? Aku sendiri waktu budak-budak dulu pernah makan belalang yang kami tangkap di sawah. Banyak. Belalang sedap digoreng atau dibakar. :D Belalang halal dimakan dan hukumnya adalah harus. Siapa yang nak makan, boleh. Tak nak makan pun boleh.

TehrDemikian kisah 'Pantun Belalang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


23 Comments

  1. de engineur says:

    Belalang dlm gambar kedua tu nampak garang.

    BTW, ada siapa2 yg tahu ke apa warna belalang dalam tapak tangan nujum dlm filem Nujum Pak Belalang tu?
    de engineur baru je tulis kisah First electric vehicle in Malaysia – Mitsubishi i-MiEV on sale for RM136,118My Profile

  2. azura says:

    teringat cerita hantu remaja hidang belalang sampai semua lari
    azura baru je tulis kisah Final DecisionMy Profile

  3. sud@is says:

    Mr Tehr
    nampak belalang yang comey kiut tu tak termakan kot
    sud@is baru je tulis kisah Ada waktu menyendiri itu lebih baik…….My Profile

    1. hafizmd says:

      Kalau belalang yg jenis kecik ni, tak makan…belalang kunyit yg besor tu…mungkin..hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Awasi Percakapan Kita!My Profile

  4. titan says:

    belalang pun ada pantun ekkk..
    titan baru je tulis kisah Seminar buat duit dengan blog – anjuran Denaihati.My Profile

    1. hafizmd says:

      eh, tadi jumpa kat blog kak jie…kat sini pulak ko merayap yer…hahahaha
      hafizmd baru je tulis kisah Awasi Percakapan Kita!My Profile

      1. suri says:

        haa jalan2 cari makn ker dok teropong org
        suri baru je tulis kisah Char Kuey Teow MelakaMy Profile

  5. hafizmd says:

    Belalang oooo belalang..hehe

    Mmg hobi tangkap belalang jenis ni mase kecik2, buat umpan mengail…

    Sekarang, nk tangkap belalangpun dah macam tak reti…sedih..huhu

    Nak kena ajar anak2 kenal belalang jugak…
    hafizmd baru je tulis kisah Awasi Percakapan Kita!My Profile

  6. shameel says:

    lama dah tak makan belalang, tapi sesekali mkn mmg sedap
    shameel baru je tulis kisah PRU13 :SEMAKAN PENDAFTARAN PEMILIH SECARA ONLINEMy Profile

  7. akubiomed says:

    Ketika kecil dahulu kalau tangkap belalang ada kawan-kawan cabut kaki belakang supaya belalang tidak melompat terbang menghilangkan diri. Kalau di Afrika serangan beribu belalang merosakkan tanaman penduduk kampung.
    akubiomed baru je tulis kisah Kenduri kahwin datang lagiMy Profile

  8. Saya suka tangkap belalang untuk dibuat umpan memancing ikan keli..tapi itu kenangan budak budak dahulu.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Menyepi Diri Kerana Terpaksa Dan KesannyaMy Profile

  9. Dja@SisHaza says:

    time kecik2 dok di rumah mak yg dkt dgn sawah, rumah sdri sekarang pun asalnya petak sawah dan di tepi sawah ..so dgn belalang ni mmg dah biasa. bab cekup belalang ni sama ada nk buat ngail atau main mmg kira cekap kot.. cuma makan je mcm tak sanggup. tak sampai ati heheh
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah KITA YANG BERI PELUANGMy Profile

  10. padin says:

    hehee tak pernah makan belalang,
    cuma masa kecil dulu selalu tangkap belalang dan pepatung
    dan lepaskan semula
    padin baru je tulis kisah Perkhemahan MPPMy Profile

  11. Mus says:

    tak pernah makan belalang ni. masa kawan bakar masa sekolah dulu memang bau sedap…
    Mus baru je tulis kisah Gambar Comel Nufail Sebulan Dua MingguMy Profile

  12. Travel-Zoom says:

    memang x pernah makan belalng, tapi dulu pernah dengar org kata di kelantan ramai je makan belalang
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Finding the Cheapest FlightsMy Profile

  13. ghost writer says:

    masa zaman sekolah rendah dulu rajin lah tangkap belalang untuk digoreng.
    ghost writer baru je tulis kisah bagaimana caraku melawan matahari?My Profile

  14. suri says:

    oh belalang tak pernh makan,tpi klu tanya pd ayah sy mesti dia pernh makan dn hidangkan utk majikan dn kwn2 askarnya
    suri baru je tulis kisah Apa Sudah Jadi ?My Profile

  15. suri says:

    pelesit dg belalang sama ker hee… kta org pelesit ni suka hisap darah.smpi sy pernh kerna bengak2 lebam2 hitam kt badan huu..
    suri baru je tulis kisah Aku Yang Tiada PilihanMy Profile

  16. suri says:

    haa..ha..sy google baru sy tahu apa beza tu benda..camner apa sb org seru pelesit hee… dua dalm satu rupnya .mmg bahaya!

  17. effort lab says:

    belalang goreng memang sedap. yang kecik dan warna hijau tu, celup tepung. memang terbaikk. kalah sotong celup tepung.
    effort lab baru je tulis kisah Suman Khatun Budak Gemuk Di India [3 gambar]My Profile

  18. Bro Zulkbo says:

    salam..
    tak tahu mengapa saya
    geli dengan belalang ni
    Bro..hehe
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Syiling 600 Tahun Maharaja Yongle Ditemui Di Kenya (Gambar)My Profile

  19. chii says:

    makan belalang? ape la rsanya ye..mmg x berani chii nak cuba..

    time kecik2 dulu.suka gak tangkap belalang..tp krg ni x berani sgt..sebb dia suka melompat laju sgt..eheh
    chii baru je tulis kisah Wordless Wednesday #29 – Wonderpets For Sale :pMy Profile

  20. suri says:

    hati2 kita tak perasa tapi kalau jumpa kita cabot lari
    suri baru je tulis kisah Kemboja GugurMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun