Pantun Bejat

Pertama kali aku dengar perkataan bejat selepas menonton telefilem terbitan Zeel Production bertajuk ‘Bejat’. Kisah dua beradik yang bermusuhan lakonan Nur Fathia, Pekin Ibrahim, Tasha Shila, Balkish Semundur Khan dan Wan Shades.

Habis je drama ni aku buka Kamus Dewan online. Cari apa maksud perkataan bejat.

bejat 1. Jw rosak (barang anyaman dll); 2. Id, bp rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi; membejatkan merosakkan;kebejatan kerosakan, keburukan. Kamus Dewan Edisi Keempat

Nasi himpit hidangan petang,
Bentang tikar jemput makan;
Apa nasib tikar mengkuang,
Bejat dicakar si kucing hutan.

Mendaki bukit masuk hutan,
Hajat dicari sarang tempua;
Malang nasib jejaka tampan,
Bejat pekerti menjolok mata.

Masak nasi cepatlah masak,
Kayu basah tidak menyala;
Bejat hati jantung pun rosak,
Rasa terbelah dalam dada.

Malam ini, aku sediakan tiga rangkap pantun bejat untuk tatapan korang semua. Harap-harap pantun bejat ini tidak membejatkan seni pantun Melayu kita. :D

TehrDemikian kisah 'Pantun Bejat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Anuar says:

    Ingatkan salah ejaan tadi.. Nak eja Bajet tereja Bejat… Rupanya memang betul… Nampaknya lepas ni kalau saya tersalah ejaan ketika menulis blog akan memberikan maksud yang berbeza… Bahaya ni..
    Anuar baru je tulis kisah Tips Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Arkib S27My Profile

  2. akubiomed says:

    Pertama kali mendengara perkataan Bejat ini yang disangka pada mulanya adalah Bajet. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Pencegahan kanser payudara dengan pemeriksaan percuma mamogramMy Profile

  3. titan says:

    hoho..memang ramai yang tak tahu nih.
    titan baru je tulis kisah Ehh..awak reti jahit baju kurung?My Profile

  4. Pertama kali juga dengar perkataan bejat ini. Terima kasih tuan
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Yeos 80 Days Drink to CashMy Profile

  5. Bahrain says:

    Aku pun tak tahu. macam bahasa klasik pun ada.
    Bahrain baru je tulis kisah Mampukah Shila Amzah Menandingi Siti Nurhaliza?My Profile

  6. Kebejatan sosial. Dulu kalau buat karangan, bubuh perkataan ni memang rasa gempak habis dah. Rasa macam peluang untuk dapat A tu cerah sangat. Hehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Lain Ditanya, Lain yang DijawabMy Profile

  7. Cik Siti says:

    susah tu kalau nak bina ayat. memang tak pernah dengar pun perkataan ni
    Cik Siti baru je tulis kisah Sebaya….My Profile

  8. tak pernah dengar pun … hmm..
    first time tahu
    syaifuddin alias baru je tulis kisah (WAJIB BACA) Isteri Nusyuz, Cara Manja Pukul IsteriMy Profile

  9. Manan Qayyim says:

    wah… perkataan baru ni…. tambah lagi kosa kata
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Kenapa Perlu Tingkatkan Financial IQMy Profile

    1. suri says:

      bertambah semakin banyak bila masuk ke sini
      suri baru je tulis kisah Kasih Tercampak Pada Sepasang Baju Melayu Dan Baju Kurung Moden Kain Kipas BelakangMy Profile

  10. UmiAdam says:

    ade gak ek perkataan bejat. mcm perkataan jawa jer kan
    UmiAdam baru je tulis kisah Panduan Menyusu Ketika BerpuasaMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Alhamdulillah sudah lama tahu perkataan ni.. Dalam entri blog terdahulu ada saya tulis berkaitan kebejatan moral orang Melayu …sayangnya account blog tu dah suspend huhu
    dja@sishaza baru je tulis kisah PASAR SEHARI WANG KELIANMy Profile

  12. suri says:

    ingatkan budget belanjawan sahaja.rupanya ada erti kata lain dah
    suri baru je tulis kisah Cerai Segalanya Berakhir..My Profile

  13. Eellee Nana says:

    tgk tajuk tadi, tertanya2 apa tu bejat. ni first time baru dgr and tau ni, nice sharing :)
    Eellee Nana baru je tulis kisah Resepi Detox: 100% SemulajadiMy Profile

  14. amirulfaiz says:

    Kebejatan akhlak masyarakat kita semakin merunsingkan.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Makan tengahari dilayan ‘fine dine’My Profile

  15. puterijamu says:

    Pertama kali jejak kaki ke sini…. the says “kita belajar – kita berpantun – kita gembira bersama” buatkan puterijamu rasa the aura of happy here… cool :)

  16. AUC says:

    baru pertama kali dengar ni…
    AUC baru je tulis kisah ASEAN All Star vs Indonesia Live Streaming 11 Mei 2014My Profile

  17. zik says:

    bejat betul orang sekarang nih.. erk betul ke ni??
    zik baru je tulis kisah Keputusan dan kedudukan carta liga super 10.05.2014My Profile

  18. hafiz says:

    sekali pandang ingat bajet, rupanya bejat, tak pernah pula perkataan ni
    hafiz baru je tulis kisah Perlawanan Lions XII vs JDT ditundaMy Profile

  19. Hairul Azni says:

    Pertama kali dengar ni..tentu masih banyak lagi perkataan dalam kamus yang kita semua masih belum tahu..
    Terima kasih bro..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Selamat Hari Istimewa, Buat MakMy Profile

  20. Ismail N says:

    Mudik sungai pergi kuala
    Sambil mencari ikan tenggiri
    Banyak perkara yang kawe tak rela
    Tapi jangan bejat blog ku ini
    Ismail N baru je tulis kisah Blogger Hebat Q1:2014My Profile

  21. Hafizul says:

    Ohhh ni baru saya sy tahu..dan ni kali pertama sy dgr perkataan ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Bitesize Galleta dan Baby LanguageMy Profile

  22. hahhaahaha bisa bisaaa
    belajar online baru je tulis kisah Ayam Kuah SantanMy Profile

  23. liza says:

    saya ingat slh taip hik3…rupanya nya ada gak erk perkataan bejat.first time dengar.
    liza baru je tulis kisah Atasi Masalah Parut Jerawat BerlubangMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun