Pantun Baju Kotak

Korang pernah pakai baju kotak-kotak? Sebenarnya aku ada niat nak sambung kisah semalam Tak Best Dating Naik Motor dalam entri ni, tapi rasa macam kena tangguhkan pula. Takut korang jemu. Jadi kali ini aku nak bawa korang menulis pantun mengenai baju kotak-kotak.

Baju kemeja berkotak-kotak,
Seluar ketat merah menyala;
Rambut tiada kepala botak;
Tetapi tetap kacak bergaya.

Kemeja kotak kainnya kapas,
Sarung pelikat dari Sematera;
Kenapa nampak makin malas,
Mengapa cepat berputus asa.

air brush

Corak kotak-kotak bukan hanya untuk kemeja lelaki sahaja. Tudung dan baju kurung wanita juga cantik dengan corak begini. Aku rasa Titan kena beli satu untuk Ain Maisarah. Pakai gi dating naik motor sambil layan cendol dekat Pantai Morib. Mesti nampak sangat romantis. Tapi kena kahwin dulu la. :D

Kotak selisih dan kotak besar,
Merah dan biru berselang seli;
Bukannya dipilih masa belajar,
Memangnya ilmu mesti dicari.

Bercorak kotak si baju kurung,
Melangkah gadis tunduk malu;
Tidak kacak duduk termenung,
Dibiarkan habis masa berlalu.

Aku memang suka baju kotak-kotak ketika muda belia dulu-dulu. Kotak kecil atau kotak besar tak jadi masalah bagi aku masa tu. Semua nampak cantik dan bergaya. Dah tua-tua sekarang ni, aku ada baju corak kotak-kotak kecil saja. Rasa macam tak sesuai pula baju kotak besar dengan umur sekarang. Korang ada baju kotak-kotak? Aku ada!

TehrDemikian kisah 'Pantun Baju Kotak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


46 Comments

  1. Faizul says:

    Bila cakap pasal baju kotak-kotak ni secara automatik saya teringat kat jersi Manchester United untuk musim akan datang ni.

    Baju kotak-kotak warna merah. Hehehehe.
    Faizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6 – How To Train Your DragonMy Profile

    1. tehramuan says:

      Haha
      MU pun minat baju kotak2 ni

  2. mie says:

    ada juga baju kotak2 ni…
    kalau kemeja memang menarik la …
    dipakai sambil berdating atas motor..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Lawatan Percuma Ke Marina Danga BayMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups,
      anak2 tak boleh ikut
      duduk kat rumah ngan nenek
      haha

  3. maza says:

    hahaha..
    dulu2 maza ada sehelai baju kotak2… warna biru gitew

    tapi maza gayakan dgn seluar jeans jerk..
    ehehehe
    maza baru je tulis kisah Kitab-kitab yang pernah maza pelajariMy Profile

    1. tehramuan says:

      jeans memang serba boleh, bro
      tak siapa kisah pun

      1. suri says:

        asal kotak jaklan mesti segak gitu..klu ke surau masji nmpk kacak gitu
        suri baru je tulis kisah Ciumlah Sepenuh JiwamuMy Profile

  4. nazri says:

    Ada sehelai sja baju kotak2..kain pelikat semua ada kotak
    nazri baru je tulis kisah Claim Kena Gigit Semut RM700My Profile

    1. tehramuan says:

      Betul tu
      Kain pelikat semua petak2 je
      Aku tak suka kalau kian corak jalur
      hehe

    2. suri says:

      lelaki dg kotak2 mmg tak leh pisahkan heee
      suri baru je tulis kisah Sedum Part IIIMy Profile

  5. Floyd says:

    baju pattern kotak-kotak, klu kena caranya pasti nmpk cantik jugak.

    motor tu macho lah!
    Floyd baru je tulis kisah A PRELUDE: International Folklore Festival 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      motor kawan tu, bukan aku punya

      1. suri says:

        bli ar motor bro blh rempit sama dia hee
        suri baru je tulis kisah Duduk Antara Dua SujudMy Profile

  6. ghost writer says:

    pergi memukat bersama pak lang
    pakai pula kemeja kotak-kotak
    kalau tingkah laku seperti binatang
    nampak sangat tak gunakan otak

    pulau tujuh pulau lapan
    ikan berenang di dalam kolam
    baju kotak cuma perbandingan
    bahwa kita mencintai alam
    ghost writer baru je tulis kisah jariku menujah dahikuMy Profile

    1. tehramuan says:

      ikan berenang dalam kolam
      ayam itik makan bersama
      bagus nikmati indahnya alam
      hati tenang hidup bahagia

      1. ghost writer says:

        ayam itik makan bersama
        selain dedak ada jagung
        hati tenang hidup bahagia
        berserah jiwa kepada Maha Agung
        ghost writer baru je tulis kisah jariku menujah dahikuMy Profile

        1. tehramuan says:

          selain dedak ada jagung
          sama makan sama sepakat
          berserah kepada Maha Agung
          hidupmu aman dunia akhirat

  7. mak lagenda says:

    Cik abam mak xde baju kotak2..langsung xde sbb dia tasuke..
    mak lagenda baru je tulis kisah KEBETULAN DI FIESTA BERITA HARIANMy Profile

    1. tehramuan says:

      dah tak suka nak buat macam mana, mak
      tapi kalau mahu cuba sesekali, molek sangat
      mana tahu berkenan, kan?
      hehe

  8. suri says:

    org pakai bju kotak ni nampak segak mata saya heee
    suri baru je tulis kisah Syok Bisnes Coklat IniMy Profile

    1. tehramuan says:

      Yups
      Kena belikan tu, bagi hadiah untuk suami

    2. ghost writer says:

      rintik-rintik di hujan lalu
      wujud bunyi hampir senada
      berbaju kotak ada yang malu
      berbaju singkat malunya tiada
      ghost writer baru je tulis kisah jariku menujah dahikuMy Profile

      1. tehramuan says:

        wujud bunyi hampir senada
        rentak tarian mambawa riang
        berbaju singkat malunya tiada
        siap berpakaian tapi telanjang

  9. Baju Kotak orang kaya
    Seluar dilipat sampai singkat
    Biar kemas Tua bergaya
    hati tertawan terus terpikat

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

    1. tehramuan says:

      yes! Umur bukan ukuran
      Hehe

      Baju kotak nampak bergaya
      Boleh dibeli barang sehelai
      Biar berumur masih bergaya
      Ingat kubur sedang melambai

  10. Norgadis says:

    Pergi beraya anak Pak Abbas
    berkotak biru kain dan baju
    Kalau belajar selalunya malas
    Pasti hidup tak akan maju.

    1. tehramuan says:

      berkotak biru kain dan baju
      nampak berseri manis sekali
      pasti hidup tak akan maju
      goyah berdiri di kaki sendiri

  11. pilih la kotak2 kecik..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah CPU Overload : Keburukkan Tag BerlebihanMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups,
      sekarang aku suka kotak2 yang kecik je

      1. hafizmd says:

        baru nampak slim dan langsing… =)
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  12. duk perhati je ghost ngan tehr berpantun :)

    -perlu pendirian teguh supaya tak diperkotak katikkan

    1. tehramuan says:

      boleh ikut serta, rain
      dah lama rasanya tak baca pantun dari rain :D

      1. haha tunggu pantun dari budak Rain ni memang hujan la alamatnya.

        pantun mengarut tambah unsur atom tipu sikit boleh la ;P
        rainbowcloudy baru je tulis kisah kecewa abe roy #3My Profile

  13. daddydee says:

    saya takde baju kotak…saya ada baju belang je…
    daddydee baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati : Blogger hebat yang menjadi inspirasiMy Profile

  14. ProfHariz says:

    Pakai baju kotak2 nanti orang cakap mat indon. Tapi ada juga. Hahahahaha
    ProfHariz baru je tulis kisah Didikan Ibu Bapa Masa KiniMy Profile

  15. wandisini says:

    baju terbaru Man Utd kotak-kotak…sangat tak cantik
    wandisini baru je tulis kisah Review Dan Menang Samsung Galaxy NoteMy Profile

  16. MDHAFiZ.NET says:

    saya pun ada.. baju kotak-kotak yang berpetak-petak mcm sawah pasi warna hijau. . hahaha. . sekarang dh x famous lg dh kt tmpat sy. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM/Setaraf 2012/2013My Profile

  17. hafizmd says:

    Baju kotak2? Aku mmg takde baju kotak2…dari dulu sampailah sekarnag…rasa mcam tak kena kalau pakai baju kotak2…hehehe
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

    1. padin says:

      Dulu aku banyak juga, tapi skrg dah pakai yg belang2 pulak..

  18. titan says:

    teringat wehh masa pakai baju tu..memang dah jadi jaket rasmi aku masa kat universiti dulu. hoho..
    titan baru je tulis kisah Kejahatan Dunia BacklinkMy Profile

  19. padin says:

    hehee masa di matrikulasi dulu geng – geng praktikum aku akan pakai kemeja kotak necktie bintik pada setiap hari rabu.. entah pape betol wakakakakkap

  20. akubiomed says:

    Baju kotak sudah menjadi fesyen terkini ker bro tehR?
    akubiomed baru je tulis kisah Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit KalaMy Profile

  21. Bro Zulkbo says:

    salam..
    baju kotak-kotak tak sesuai
    pada yang berbadan besar..
    nampak lagi BESAR nanti..huhu
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Wang Kertas Baru 2012 Dalam Edaran Bermula Isnin (Gambar)My Profile

  22. irsah says:

    bukan setakat baju kotak, seluar kotak2 pun ingat pakai zaman 80 an dulu perghhh nastolgia tatkala maratap penulisanmu.

  23. Dulu, ada gak kawe suka baju kotak2 ni.. tapi skrg suka yg plain jer.. dulu lain sekarang lain.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Handphone Di Sekolah?My Profile

  24. fiezaradzi says:

    dulu de sehelai kemeja kotak2 versi pompuan, masa sekolah la.. suka, tapi entah kemana baju tu skg,. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun