Pantun Apa Mengapa

Kita. Ya, kita. Kadang-kadang pagi-pagi lagi dah merungut. Jalan sesak masa pulang kerja kita merungut. Ada pemandu yang memandu sangat perlahan juga kita merungut. Kadang-kadang bila hujan turun sebelah petang juga kita merungut. Hanya kerana tak dapat main bola sebab hujan. Pelik.

Bukankah hujan itu rahmat yang turun dari langit?

Apa dirungut bola yang basah,
Pabila pulang dicuci bersih;
Mengapa takut menjadi marah,
Allah Penyayang lagi Pengasih.

Apa dicari batang pelepah,
Daun rumbia jatuh ke batu;
Mengapa hati resah gelisah,
Hanya Dia tempat mengadu.

Apa dipilih sambil berdiri,
Bentang tikar duduk berdepan;
Mengapa sedih menjadi benci,
Iman dan sabar buat pegangan.

Apa ditanya mahu ke pekan,
Membeli ikan membeli barang;
Mengapa dunia jadi ukuran,
Sedang amal mahu ditimbang.

Apa halnya durian sebatang,
Hendak berbunga jauh sekali;
Mengapa ditanya kepada orang,
Jawapannya ada di dalam diri;

Kata Ustaz, rezeki milik Allah. Semua yang ada dalam dunia ini milik Allah. Bahkan diri kita ini juga milik Allah. Kita hanya seorang hamba yang perlu menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Jadi apa salahnya kita memohon rezeki dan petunjuk dari Allah untuk kebaikan diri kita sendiri.

Allah tak minta apa-apa bayaran. Percuma je…

Apa dipesan serangkap pantun,
Hiasan petang hiburan semata;
Mengapa segan bersopan santun,
Mereka senang kita pun suka.

TehrDemikian kisah 'Pantun Apa Mengapa' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


14 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Betul tu cikgu, apa-apa sekali pun minta pada DIA. Tempat kita mengadu sehabis mahu
    dja@sishaza baru je tulis kisah BAGAIMANA FORMULA DIET ATKINS DAPAT MEMBANTU MENANGANI MASALAH KEGEMUKAN MELAMPAU ?My Profile

    1. hafizmd says:

      Hanya pada DIA kita mohon pertolongan..Allahurabbuna
      hafizmd baru je tulis kisah Cabaran Raja Tarik 2014 Bermula! Berani Nak Lawan Raja Teh Tarik?My Profile

  2. suri says:

    kita sering sombong tapi Allah tetap beri kita banyak ruang hu…
    suri baru je tulis kisah Ephyra Masam-Masam ManisMy Profile

  3. mie says:

    Agak lama tidak singgah di sini…
    agak lama juga tidak dengan alunan pantun…
    Yang pasti, pantun kali ini memang terbaik..
    ehehehhehe
    mie baru je tulis kisah Wordless Wednesday #28 Tokyo Tower TicketMy Profile

  4. Cikgu Hairul says:

    Memang pelik. Kadng2 kita tak tau apa yang kita mau.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Sudah Selesai Isi Borang e-Filing?My Profile

  5. Lama tak baca pantun tuan, dan baru senpat singgah,
    DuniaMaklumat baru je tulis kisah Tips Menghilangkan Bintik Hitam Pada MukaMy Profile

  6. hafizmd says:

    Terimakasih cikgu utk nasihat ini,

    Apa yg Allah berikan pada kita semuanya percuma…DIA sesekali tidak berkehendakkan kita…tpi kita sentiasa berkehendakkan segalanya
    hafizmd baru je tulis kisah 8 Cara Menguruskan Badan dengan SelamatMy Profile

  7. Cik Siti says:

    Burung kenari hinggap di dahan,
    Melihat jentayu cantik berhias,
    ‘Mengapa’ semua menjadi taruhan,
    Sudah lumrah manusia tiadanya puas.
    Cik Siti baru je tulis kisah Belajar membuat headerMy Profile

  8. Nutri Bullet says:

    pantun nasihat yang sangat berguna, terima kasih tuan
    Nutri Bullet baru je tulis kisah What Is A Nutri Bullet ?My Profile

  9. azwan says:

    ada yang merungut tentang sesuatu perkara. tapi perkara yang kita rungutkan itu mungkin rezeki kepada orang lain. setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya
    azwan baru je tulis kisah Chicharito Ke Arsenal?My Profile

  10. zik says:

    apa sebabnya?? mungkin salah kita sendiri juga akhirnya…
    zik baru je tulis kisah Muat turun Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred W41, 2014!!My Profile

  11. IYA BEGITU LAH, BAGUS IKUT NUMPANG AJHA

  12. Hafizul says:

    Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #88 – Statistik Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun