Pantun Apa Bilangan 1234

Pantun Apa Bilangan 1234 khas untuk korang. Siang tadi idea dah mula terbayang. Malam ni aku cuba la metulis mengarang. Moga-moga hati korang bertambah riang. Dapat pula mimpi indah sampai ke siang.

Satu dua tiga dan empat,
Anak kera lompat-lompat;
Masa muda tak beringat;
Pabila tua hidup melarat,

Empat tiga dua dan satu,
Lompat-lompat anak kera;
Rajin belajar mencari ilmu;
Jimat cermat setiap masa,

Zaman sekarang, zaman harga serba naik. Nilai duit dan kuasa beli pula makin turun.

Jadi molek sangat untuk kita beringat dan rajin berusaha. Kita ambil langkah untuk jimat-cermat. Kita ambil langkah cari ilmu. Ambil langkah rajin cari kerja. Cari punca pendapatan sampingan. Tak pun boleh saja cari kerja sambilan.

Nak layan internet pun biar boleh dapat duit. Layan blog juga biar boleh jadi punca duit.

Pantun Apa Bilangan 1234

Yang pertama nombor satu,
Kemudian hadir nombor dua;
Untuk apa berpantun berlagu,
Kalau maksud tidak menjelma.

Kemudian hadir nombor dua,
Si nombor tiga sabar menanti;
Kalau maksud tidak menjelma,
Hancur harapan rosaklah hati.

Si nombor tiga sabar menanti,
Nombor empat ada di belakang;
Hancur harapan rosaklah hati,
Kasih diingat malam dan siang.

Pantun Apa Bilangan 1234

Sebab Aku Tulis Pantun Apa Bilangan 1234

Sebabnya tak banyak mana. Aku penat-penat tulis ini untuk seronok-seronok. Seronok kerana aku dah berjaya menulis 1 234 entri. Hanya untuk blog tehramuan[dot]com ni. Entri yang ini dah jadi yang ke 1 235. Tahniah untuk aku. :D

Apa dibilang berjuta jumlah,
Entah debu entahkan tidak;
Apa dikenang orang sebelah,
Entah rindu entahkan tidak.

Banyak ke jumlah 1 235 entri? Aku setuju juga, memang agak banyak. Tapi kalau boleh aku suka tulis entri bermutu. Entri yang orang seronok baca. Itu pun kalau boleh. Kalau sekadar banyak je tak guna juga. Tak nampak pula apa faedahnya untuk orang baca.

Aku dah sahut cabaran Contest SEO Eridy. Siapa belum boleh buat sekarang. Ada masa lagi.

TehrDemikian kisah 'Pantun Apa Bilangan 1234' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. akubiomed says:

    Cantik jumlah nombor entri blog bro TehR.
    akubiomed baru je tulis kisah Rancangan realiti maya The Influencer siapa paling berpengaruh?My Profile

  2. Rina says:

    Wah, ternyata tulisan anda sudah banyak sekali ya hingga 1.234 buah, sangat produktif sekali…
    Terus semangat berblogging dan sharing :)
    Rina baru je tulis kisah Create PHP PDO To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

  3. suri says:

    teringat blog lama saya angka ini dah berjaya saya lepasi tapi sayang…masih tak dpt di selamatkan sehingga kini…tergantung jelah kt sana huhu….
    suri baru je tulis kisah Pasrah Doa Selepas Tamat PeperiksaanMy Profile

  4. suri says:

    dah lama berblog mesti angka akan naik pangkat yeah!! syabas bro tehr
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 19_ 2013My Profile

  5. azura says:

    saya baru 50 lebih post…dulu papankekunci.com banyak gak 500 lebih untuk dua tahun…

  6. eyriqazz says:

    5,6,78
    Hidup mesti diteruskan
    eyriqazz baru je tulis kisah The Influencer – Siapa Yang Paling Berpengaruh?My Profile

  7. Bahrain says:

    banyak juga entri dah diterbitkan…
    Bahrain baru je tulis kisah Filem Frozen Yang MenghiburkanMy Profile

  8. sukma says:

    satu dua tiga dan empat,
    beli rumah kos rendah,
    hidup kita jangan merempat,
    kelak akan berpindah randah…..
    sukma baru je tulis kisah Ulang Tahun PerkahwinanMy Profile

  9. UmmiKami says:

    As Salam…. :)

    Kalau empat sebelum lima,
    Nanti tiga jangan ditunggu;
    Kalau dapat senyum percuma,
    Hatiku berbangga dengan Cikgu…. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pengganti Yang Hilang…My Profile

    1. UmmiKami says:

      Nombor tujuh dicampur dua,
      Jawapan tentu dicari sembilan;
      Terhibur sungguh syukur dijiwa,
      Akan ku kemari berbulan-bulan….

      Ok ka Cikgu… :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pengganti Yang Hilang…My Profile

  10. Banyak betul posting entrinya. Tahniah :-) hehe. Rasanya, jauh lagi saya nak mengejar untuk mendapatkan jumlah yang sebanyak itu.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Jemuran di Musim HujanMy Profile

  11. Dja@SisHaza says:

    laa ingatkan apa tadi… password ke,nombor kereta ke ..rupanya jumlah post. Hmm, tak terkejar saya dengan bilangan 1234 cikgu tu. Suku jalan pun belum sampai

  12. UmmiKami says:

    Dibilang dua menjadi satu,
    Lapan sesat sebelum sembilan;
    Hilang nyawa nadi membatu,
    Kapan kesat seharum amalan.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Pengganti Yang Hilang…My Profile

  13. cik tom says:

    wah dah banyak entry 1234 dah..cun nombor…
    tahniah! cik tom 1K pun xsmpi lg entry..eehee
    cik tom baru je tulis kisah Bayaran Buat Duit Online Ke-2 dari Al-AnsarMy Profile

  14. Cik Siti says:

    tahniah En Tehr…
    Cik Siti baru je tulis kisah Tak SalahMy Profile

  15. Cik Siti says:

    satu dua tiga dan empat,
    Lima enam tujuh danb lapan,
    Khabar gembira kita melompat,
    jangan tersungkur jatuh ke depan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Tak SalahMy Profile

  16. Padin says:

    hahaha banyak tu bro, teruskan menulis :D
    sambil menulis sambil berpantun,

  17. teringat pulak pantun 123 kucing belari….
    Hairul Hissam™ baru je tulis kisah Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dgn Bisnes Makanan. Kisah Kejayaan Abang Azhar.My Profile

  18. Lyn™ says:

    Syabas cikgu, Contest SEO Eridy memang banyak yang menyahut cabaran.
    Lyn™ baru je tulis kisah SUAMI TERBAIKMy Profile

  19. onlajer® says:

    pergh dah entri ke 1234 rupanya .
    onlajer® baru je tulis kisah Universal Studio Taubat Aku Nak Pergi LagiMy Profile

  20. Hafizul says:

    Hahaha..pun boleh pantun macam ni yer..wahhh dah banyak dah entri dan idea yang bro hasilkan yer..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #77 – Result Pregnancy TestMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun