Pantun Antara Dua Merah

Mengapa Sinar Harian memberi kelebihan kepada Kelantan dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia malam ini, hanya mereka sahaja yang tahu. Dari penjaga gawang, pertahanan, tengah dan pemain penyerang, semuanya diberi kelebihan kepada Kelantan. Adakah benar Kelantan memang mempunyai kelebihan?

Selangor megah di masa dahulu,
Kelantan hebat masa sekarang;
Sanggup berpayah menimba ilmu,
Sendiri selamat hidup pun senang.

Kelantan miskin di pantai timur,
Selangor kaya di pantai barat;
Siapa rajin berusaha, bersyukur,
Beroleh jaya dunia dan akhirat.

Selangor ada Mokhtar Dahari,
Kelantan punya Si Dali Omar;
Jiwa dan raga bersih dan suci,
Sepanjang masa tidak tercemar.

Red Giants itu gelaran Selangor,
The Red Warriors gelaran Kelantan;
Sama-sama mahu jadi tersohor,
Sama-sama berebut piala idaman.

Malam tadi ATM berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 nanti. Walau pun ada yang mempertikaikan kemenangan mereka, bagi aku mereka berhak menang. Semangat juang mereka memang sangat hebat. Tahniah! Antara Selangor dan Kelantan malam ini, siapa pula yang akan layak?

TehrDemikian kisah 'Pantun Antara Dua Merah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Cik Siti says:

    Selamat berjuang kepada kedua-dua pasukan. Siapakah agaknya yang akan berjumpa dengan ATM?
    Cik Siti baru je tulis kisah kahwin sekampung haram?My Profile

  2. shameel says:

    Gomo Kelate Gomo. Kelate masuk final weh.
    shameel baru je tulis kisah JALAN-JALAN KE KEMBOJA (SIEM REAP & PHNOM PENH)My Profile

  3. Norizwan says:

    Tahniah ler Kelantan :-) dapat masuk final
    Norizwan baru je tulis kisah Robot Ikan di dalam akuarium ciptaan JepunMy Profile

    1. suri says:

      ada dpt cuti tak?
      suri baru je tulis kisah Ingin Tahu ?My Profile

        1. shraqs says:

          Kena tunggu keputusan final nanti kot. :)
          shraqs baru je tulis kisah Asus Padfone 2 – Produk 2 Dalam 1My Profile

  4. Bro Zulkbo says:

    salam..
    ATM nampaknya akan lebih
    bersungguh di Final kali ni
    sebab hanya selangkah sahaja
    menjulang P.Malaysia buat 1st time
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Final Piala Malaysia 2012 | ATM vs Kelantan Live Streaming OnlineMy Profile

  5. Cik Siti says:

    tahniah kepada skuad Kelantan yang menang dengan Selangor. lepas ni bertemu dengan skuad ATM lak
    Cik Siti baru je tulis kisah kahwin sekampung haram?My Profile

  6. hatiputera says:

    kelantan berjaya menggomo selangor.
    hatiputera baru je tulis kisah Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?My Profile

    1. suri says:

      gomo sy degau ayat pelik jer tpi kelakar
      suri baru je tulis kisah Mandi BersamaMy Profile

  7. sekali kelantan menang da… tahniah :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah meeting sabtu 4My Profile

  8. cikgu naman says:

    Pergi kenduri makan gulai,
    Enaknya ditambah sambal berlada,
    Irfan kata Klate akan terkulai,
    Tapi tengoklah siapa yang kena?
    cikgu naman baru je tulis kisah WW- Passwords Minta Dengan Bapak Tiri Laki Mak KauMy Profile

    1. hatiputera says:

      Nasib la siapa yang kena cikgu naman. :D
      hatiputera baru je tulis kisah Pelaburan Hartanah Tanpa Modal?My Profile

    2. shraqs says:

      Ada jugak dengar pasal Irfan kata Kelantan jangan mimpi siang hari. Termakan diri sendiri. :)
      shraqs baru je tulis kisah Asus Padfone 2 – Produk 2 Dalam 1My Profile

  9. akubiomed says:

    Tanniah buat Kelantan. Selangor telah terkandas.
    akubiomed baru je tulis kisah Kawasaki Z800 The Undisputed Super Middle WeightMy Profile

  10. beckhr00y says:

    tahniah kelantan menang
    beckhr00y baru je tulis kisah Hosting Serverfreak | Hosting Keempat Dan TerbaruMy Profile

    1. suri says:

      tak tgoklah hee tpi tgok dri suratkhbar hee..blhkan heee
      suri baru je tulis kisah Mandi BersamaMy Profile

  11. suri says:

    sebab ada peminat warna merah tu depa sokong kelantan heee
    suri baru je tulis kisah Dog Di KepitMy Profile

  12. suri says:

    org kelantan senyum sokmo…
    suri baru je tulis kisah Ingin Tahu ?My Profile

  13. floyd says:

    dari semalam nak singgah sini nak ucapkan tahniah kpd Kelantan dan tehr sebab layak ke perlawanan akhir.

    banding Selangor dgn Kelantan, i memang sokong Kelantan.
    floyd baru je tulis kisah Top 10 heaviest land animalsMy Profile

  14. Memanglah kepada yang menang tu memang ada pihak yang tak puas hati, selalunya begitu. Tapi yang menang tetap menang kan. Tahniah ATM ;)
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah Pulau Sibu Destinasi Permai di Mersing, JohorMy Profile

  15. kaya tidak bermakna hebat..
    miskin tak bermakna lemah…
    hidup kelantan.. heeee
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Memadamkan Api Di Rumah | Nyaris Rumah Baru Aku TerbakarMy Profile

  16. titan says:

    huh..gua terpaksa akur. selangor kalah. kelantan lebih layak. tapi untuk final, gua sokong ATM sebab hairuddin omar kat sana. haha..
    titan baru je tulis kisah Gua baru balik dari SarawakMy Profile

  17. zool says:

    kelantan memang hebat malam tu
    zool baru je tulis kisah Angan-angan ketika bersaraMy Profile

  18. amirulfaiz says:

    Saya penyokong Kelantan, kerana berkahwin dengan orang Kelantan. Hehe.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Menukar paip sinkiMy Profile

  19. azura says:

    Selangor kalah cikgu tapi saya tetap cool
    azura baru je tulis kisah Cash Converters TerbaikMy Profile

  20. Tahniah Kelante.. dengar citer next season byk player nak kena pancing he he…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah She Is So BeautifulMy Profile

  21. hafizmd says:

    Nampaknya Kelantan terpaksa bayar harga mahal utk ke akhir. Ghaddar ngn Farhan takde. Ramai yg pilih ATM utk juara dengarnya.

    Apapun, ambe tak pilih mana2 sbb dua2 team ni singkirkan Terengganu hari tu…hahaha
    hafizmd baru je tulis kisah Celoteh Kakak #7 Mandi Kolam?My Profile

  22. de engineur says:

    Dgr khabar klu menang, pemain2 Kelantan bakal menerima durian runtuh (lot tanah). Lumayan tu.
    de engineur baru je tulis kisah How many trees are needed to provide enough oxygen for one person?My Profile

  23. fiezaradzi says:

    dan ternyata kelantan berjaya.. tahniah. lepas ni lawan atm, pasti menarik
    fiezaradzi baru je tulis kisah Terima Kasih Daun KeladiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun