Pantun Anak Kucing Piala Dunia FIFA

Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil telah pun bermula. Aku pasti ramai kaum lelaki dan para suami sibuk dengan bola sekarang. Kaum wanita dan para isteri pula makan hati berulam jantung pisang.

Ha ha ha…

2014 fifa world cupKhas untuk para suami, lelaki kacak, gadis jelita dan para isteri yang minat bola, aku sediakan rangkap pantun dengan pembayang pantun anak kucing dan maksud pantun kisah bola.

Anak kucing baru merangkak,
Anak serati duduk berlunjur;
Bunyi bising riuh bersorak,
Terkejut baby sedang tidur.

Anak kucing mula berjalan,
Anak musang menari-nari;
Bunyi bising di kiri kanan,
Ada dipasang layar gergasi.

Anak kucing mahu mengaum,
Anak badak bergelak ketawa;
Riuh bising di dalam stadium,
Berebut menyepak sebiji bola.

Anak kucing melompat-lompat,
Anak kuda duduk bertinggung;
Kepala pening bertambah berat,
Mata terbuka fikiran bingung.

Anak kucing sudah pun mati,
Anak panda duduk berduka;
Ayuh bersaing ke akhir nanti,
Agaknya siapa muncul juara.

Brazil, Argentina, Jerman, Sepanyol, Portugal, England, Perancis, Jepun, Mexico, Belanda… Agak-agak korang pasukan mana yang akan muncul Juara Piala Dunia FIFA 2014.

TehrDemikian kisah 'Pantun Anak Kucing Piala Dunia FIFA' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. Anuar says:

    Saya sokong pasukan Argentina… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Brazil Bakal Menjulang Trofi Piala Dunia 2014?My Profile

    1. Ismail N says:

      Kawe tak sokong Argentina tapi rasa Argentina akan menang.
      Ismail N baru je tulis kisah Adios Espana! Spain OUT Of The World CupMy Profile

  2. titan says:

    game pertama..memang aku tengok.

    tinggal tunggu final aje nih. game lain mungkin aku tido. Macam tahun-tahun lepas.
    titan baru je tulis kisah Ya. Aku masih dapat komisen Jobdirumah.My Profile

  3. maza says:

    Brazil, Brazil, Brazil

    Jangan marah aaaaa
    maza baru je tulis kisah TOK GURU DAN PELAJAR YANG MANJAMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Hahaha… tak tahu siapa bakal juara, cuma tukang bancuh kopi buat berjaga je ni
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA TRADISI MENGATASI BAU BADANMy Profile

  5. Hafizul says:

    huhu..musim bola..memang isteri kena makan lauk macam tu lah..hahaha..mujurlah sya tak minat bola..
    Hafizul baru je tulis kisah Tip Murah Rezeki – Belanja IsteriMy Profile

  6. myrujukan says:

    sudah agak lama juga saya tidak singgah ke sini. Semalam saya tonton brazil lawan croatia, bersemangat betul nak tgk perlawanan pertama, last last pagi pi kerja mata jadi berat, hehe
    myrujukan baru je tulis kisah Kadar Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri Di MalaysiaMy Profile

  7. Hero Borneo says:

    demam bola sudah melanda dunia..adui-adui!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Ranking Alexa Hero Borneo MerudumMy Profile

  8. Ismail N says:

    Kawe tak cukup tido dua tiga hari ni.. nape ye? :D
    Ismail N baru je tulis kisah FIFA World Cup 2014: Naymar, Oscar And Near Topless J LoMy Profile

  9. Cik Siti says:

    Tahun ni argentina kot
    Cik Siti baru je tulis kisah 11 Tahun…..My Profile

  10. zik says:

    Kemon italy!!! pirlo dan rakan2 yang lain bangkit…
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini Switzerland vs ecuador 16 jun 2014My Profile

  11. suri says:

    tak tengok kalau tengok bukan tahu hujung ke pangkal .begituah ceritanya?
    suri baru je tulis kisah Ceritera Jahit Sambil Menari Dan Limau TerperukMy Profile

  12. suri says:

    adakah mr tehr akan turut serta bersengka mata heee
    suri baru je tulis kisah Nota Luahan Dalam DiamMy Profile

  13. Hafidz Ramli says:

    Jerman pilihan di hati untuk World Cup 2014 Kali ini :)
    Hafidz Ramli baru je tulis kisah SalamMy Profile

  14. suri says:

    saya tak pilih mana-mana mungkin saat akhir baru pilih ok tak mr tehr?
    suri baru je tulis kisah Cara Kukuh Menjahit Butang Baju Empat LubangMy Profile

  15. Manan Qayyim says:

    Anak kucing ditepi timba,
    Dibelai ibunya, ditatang-tatang,
    Pasukan Jerman pilihan hamba,
    hebat dipadang, juara mendatang,
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Pembantu Akauntan, Permulaan KerjayaMy Profile

  16. titan says:

    ada juga pantun anak kucing eh.

    hebat. haha
    titan baru je tulis kisah Komisen Ke 14 dari Ashadee.comMy Profile

  17. hanari says:

    Pantunnya bagus, saya sama sekali tidak pandai bikin pantun
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun