Pantun Anak Ayam

Selepas dua entri mengenai ayam, aku masih lagi mahu berkisah berkaitan dengan ayam. Pantun Anak Ayam. Harap-harap tak ada yang jemu makan ayam bila bertandang ke blog Tehramuan ni. :D

Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Dahulu kita memang jaguh,
Seluruh dunia jadi tumpuan.

Anak ayam turun sembilan,
Mati seekor tinggal lapan;
Seluruh dunia jadi tumpuan,
Aman makmur penuh kekayaan.

Anak ayam turun lapan,
Mati seekor tinggal tujuh;
Aman makmur penuh kekayaan,
Kapal asing datang berlabuh.

Anak ayam turun tujuh,
Mati seekor tinggal enam;
Kapal asing datang berlabuh,
Kita dijajah hampir jahanam.

Anak ayam turun enam,
Mati seekor tinggal lima;
Kita dijajah hampir jahanam,
Beratus tahun hilang kuasa.

zaman penjajahan

Anak ayam turun lima,
Mati seekor tinggal empat;
Beratus tahun hilang kuasa,
Rakyat sendiri hidup merempat.

Anak ayam turun empat,
Mati seekor tinggal tiga;
Rakyat sendiri hidup merempat,
Kita berjuang mahu merdeka.

Anak ayam turun tiga,
Mati seekor tinggal dua;
Kita berjuang mahu merdeka,
Negeri sendiri kita berkuasa.

Anak ayam turun dua,
Satu mati tinggal satu;
Negeri sendiri kita berkuasa,
Berbagai bangsa bersatu padu.

Anak ayam turun satu,
Satu mati disambar helang;
Berbagai bangsa bersatu padu,
Moga negara kembali gemilang.

Merdeka kita bukan merdeka cap ayam dan bukan juga seperti merdeka ayam. Semoga kita terus mendapat rahmat merdeka dunia dan akhirat. Selamat menyambut Hari Kebangsaan untuk semua rakan blogger dan rakyat Malaysia.

TehrDemikian kisah 'Pantun Anak Ayam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


26 Comments

  1. suri says:

    lagu anak ayam sering bermain dalam fikiran masa zaman kecil-kecil dahulu…

  2. suri says:

    rasa nak nyanyi lagu 10 budak hitam boleh? lagu tu ayah saya pernah nyanyikannya satu ketika dulu..

  3. suri says:

    saya sedih bila tanah pusakan dan tinggalan jadi hak milik orang asing…

  4. suri says:

    teringat kisha bapak ayam..anak ayam dalam kes pelacuran hua..

  5. Ismail N says:

    Bapak ayam turun dua ekor
    Ditangkap seekor, tinggal lah dua
    Sori Pantun kawe agak berterabur
    Sekadar nak ucap Selamat Hari Merdeka
    Ismail N baru je tulis kisah The Silent FutureMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Kelapa buta di kebun sayur,
      Ke kebun keladi pedihnya kaki;
      Siapa kata pantun bertarabur,
      Pantun menjadi boleh perbaiki… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dia Yang Ku Sayang….(Khusus Untuk Segmen Khas PCL Dan MamaD) ^^,My Profile

  6. Berminat betul bro dengan binatang bernama ayam ni ye. Hehe
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih SelangorMy Profile

  7. hafizmd says:

    Best2!

    Ni kalau dapat baca untuk anak2 murid ni bagus jugak ni cikgu…

    p/s-cikgu, mohon copy n paste ke dalam blog Rukun Tetangga kawasan ambe boleh? sudah pasti ambe linkkan ke sini =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kenapa Perlu Tunggu Esok?My Profile

    1. suri says:

      wah rajin kongsi bertambah pahala
      suri baru je tulis kisah http://blogkering.comMy Profile

  8. hafiz says:

    teringat lagu anak ayam nyanyian too phat..
    hafiz baru je tulis kisah CPUV Nuffnang biar betulMy Profile

  9. ladybird says:

    sedaknye pantung.. selamak hari merdeka atok.. semoger kite merdeka mindanyer juger.. ameeennn..
    ladybird baru je tulis kisah Baby Zahra Dah Semakin Besar.. ;) My Profile

  10. akubiomed says:

    Menarik pantun anak ayam. Semoga Malaysia kekal aman dan sentosa.
    akubiomed baru je tulis kisah Kehangatan sambutan Merdeka 2013 bersama Astro Celebrates MerdekaMy Profile

    1. suri says:

      moga akan terus kukuh selalu
      suri baru je tulis kisah http://blogkering.comMy Profile

  11. Mohd Shubhi says:

    Selamat sambut hari merdeka bro…ya bukan merdeka cap ayam.
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Dah pandai berniaga, apa perlu jurulatih?My Profile

    1. suri says:

      meredeka cap ayam tu baguh nanti cepat karat cma tin hu..biar merdeka dlm hati kekal sampai bila2
      suri baru je tulis kisah http://blogkering.comMy Profile

  12. AUC says:

    makin menjadi ayam2 sekarang ni yek…
    selamat menyambut hari kemerdekaan boh..

    1. suri says:

      bukan ayam untuk makan ayam pun ada macam2 jenis tau hee
      suri baru je tulis kisah http://blogkering.comMy Profile

  13. pahan says:

    wah, ada gak pantun mcm tu.hehe
    pahan baru je tulis kisah Theme Pilihan # 102 – GenesisMy Profile

  14. suri says:

    SEMUA PANTUN BOLEH BUAT ASAL KITA ADA BANYAK IDEA

    1. UmmiKami says:

      Betul Suri, mesti banyak perbendaharaan kata….tak gitu cikgu :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dia Yang Ku Sayang….(Khusus Untuk Segmen Khas PCL Dan MamaD) ^^,My Profile

  15. papa mifz says:

    Salam Merdeka buat cikgu sekeluarga yer…;)
    papa mifz baru je tulis kisah Kehabisan Air Mineral di PasarayaMy Profile

  16. Masa kecil2 dulu selalu dgr lagu anak ayam, versi Indonesia. Klu tak silap bermula agak2 begini:

    Kotek kotek kotek, anak ayam turun berlima….

  17. Hafizul says:

    haha..lama tak dgr lagu ni..emm
    Hafizul baru je tulis kisah Sebenarnya Kita Sangat BeruntungMy Profile

  18. UmmiKami says:

    Salam manis… :)

    Hangat kami ke taman bermain,
    Tanam paku lalu sembunyi;
    Teringat Ummi di zaman Mazuin,
    Ayam Didikku lagu dinyanyi.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dia Yang Ku Sayang….(Khusus Untuk Segmen Khas PCL Dan MamaD) ^^,My Profile

  19. Lynn™ says:

    Terkenang seorang pelakun/pelawak yang pernah menyanyikan lagu ‘ayam’, sampai sekarang saya masih senyum sendiri bila teringat nyanyiannya.
    Lynn™ baru je tulis kisah Gemuruh bila petrol naik hargaMy Profile

  20. Lagu Jalil ramli ke tu
    de engineur™ baru je tulis kisah What is it with Korean cars?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun