Pantun Akar Dan Pasu

akar dan pasu Taman bunga jangan dibiar,
Hilang seri tiada indahnya;
Biar pun ular menyusur akar,
Takkan sekali hilang bisanya.

Berbelit akar di keliling pasu,
Tiada peluang untuk berpisah;
Biar pun sukar langkah hidupmu,
Hidup pejuang pantang menyerah.

akar dan pasu Taman redup beraneka bunga,
Kumbang sudah datang menyeri;
Andai hidup rajin menderma,
Pastinya mudah mencari rezeki.

Pecah pasu di hujung laman,
Kering akar mati pokoknya;
Usah keliru dengan ketentuan,
Rajin berikhtiar pasti berjaya.

akar dan pasu

TehrDemikian kisah 'Pantun Akar Dan Pasu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. cikgu naman says:

    belakang rumah ke tu cikgu Tehr? Seram je tengok..hehe
    cikgu naman baru je tulis kisah WW- Anak Kehilangan IbuMy Profile

    1. hafizmd says:

      kalau buat penggambaran filem, cantek jugak ni…hehe
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 5:Seloka Budi dan UbiMy Profile

      1. tehramuan says:

        filem seram? :D

    2. tehramuan says:

      ni taman herba kat sekolah ni, cikgu

  2. nurmisnan says:

    MasyaAllah.. memang terbelit pasu tuh dibuatnya..
    bertahun2 tuh…
    nurmisnan baru je tulis kisah Pemenang Top Link Referral Ogos 2012 Raya kongsibersamanoraMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang ambil masa yang lama nak jadi macam ni

  3. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    sepatutnya pasu jadi “rumah”
    akar-akar tu..tapi dah makin
    besar si akar..nak keluar belaka :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kisah Wanita Yang Berani Kerat Putus Alat Sulit LelakiMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      mereka mahu keluar cari rezeki tu

  4. shraqs says:

    Ini memang dah lama sangat dibiarkan nih
    shraqs baru je tulis kisah Cuti – Cuti Merdeka 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      betul, shraqs
      memang bertahun ni

  5. hatiputera says:

    Terasa ngeri pulak aku tengok akar itu membelit.
    hatiputera baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Nom Nom ThemesMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      mula aku lihat juga rasa macam tu, bro

  6. padin says:

    cantik juga gambar yg ketiga tu…
    seni… :D
    padin baru je tulis kisah Kenangan Raya 2012My Profile

    1. hafizmd says:

      setuju…seni sungguh subjektif =)
      hafizmd baru je tulis kisah Siri 5:Seloka Budi dan UbiMy Profile

      1. tehramuan says:

        yang aku tahu, orang seni je yang tahu seni :D

    2. tehramuan says:

      aku tak tahu seni kat mana, bro
      aku main belasah je ambil gambar ni

  7. hafizmd says:

    Kata orang, ular menyusur akar tak hilang bisanya
    Namun, ular dikurung dlm sangkar, bisa hilang tangkasnya =)

    p.s-habis pasu kena ‘makan’ ngn akar
    hafizmd baru je tulis kisah Siri 5:Seloka Budi dan UbiMy Profile

    1. Cik Siti says:

      mendalam maksudnya tu
      Cik Siti baru je tulis kisah Lupa???My Profile

      1. tehramuan says:

        memang sangat dalam tu, cik siti

    2. tehramuan says:

      ‘bisa hilang tangkasnya’
      aku suka ni

  8. Jamal Ali says:

    Kerana akar pasu binasa.
    Kerana akar juga pasu berjasa.

    1. tehramuan says:

      kerana akar dan pasu
      aku dapat buat entri ni
      hehe

      1. Jamal Ali says:

        Itulah, cukup berjasa kedua-duanya. :D
        Jamal Ali baru je tulis kisah Tahun dan HariMy Profile

  9. zool says:

    memang betul-betul terbelit tu
    zool baru je tulis kisah Wordless Wednesday #Cek ChurpchurpMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap2 kita tak terbelit macam tu dengan dunia ni

  10. kimmie says:

    akar tu dah menguasai pasu
    kimmie baru je tulis kisah Wordless Wednesday 36: Jem teruk di Sg. BesiMy Profile

    1. tehramuan says:

      memang tak boleh nak leps lagi la :D

  11. Akar apa tu belit sampai ke pasu bunga? pokok ara?
    Malaysia Coin baru je tulis kisah Duit peringatan Rancangan Malaysia Ke-9My Profile

    1. tehramuan says:

      aku tak kenal pokok ni pokok apa :D

  12. tiada rotan akar berguna
    dari akar hidupnya bunga
    bunga mekar seharum kenanga
    kenanga dipetik oleh si teruna
    untuk dihadihi kepada gadis cina.

    adoiii pehal pantun tak menjadi, puisi cinta plak yang terisi.
    rainbowcloudy baru je tulis kisah anak-anak yang memahamiMy Profile

    1. tehramuan says:

      cinta pun cinta la, rain
      asal saja cinta tu tak berbelit

  13. akubiomed says:

    Sampai pasu pun dililit oleh akar.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # CorningWareMy Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya memang sengaja dibiarkan [dengan bantuan]
      semua ni idea dan usaha salah seorang guru sekolah kami

  14. Cik Siti says:

    Bunga teratai sayangnya musnah,
    Hati sayu kekecewaan ku patuh,
    kuat di luar kuat lagi di dalam tanah,
    tunjang yang mencengkam tak bisa runtuh.
    Cik Siti baru je tulis kisah Lupa???My Profile

    1. tehramuan says:

      di luar berduri di dalam berisi
      itu namanya buah durian
      teguh berdiri menunai janji
      itu gayanya orang beriman

  15. mcm terasa dalam hutan pula suasananya…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Petua Ubat Cirit Birit | Dugaan Masuk Rumah BaruMy Profile

  16. cik tom says:

    unik plk pasu n akar camtu..

  17. titan says:

    baru aje pasu bunga aku kena curi. demm betul la..
    titan baru je tulis kisah Belajar menari Gangnam Style bersama Titan.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun