Pantun Ada Aku Kesah

Hari ini aku cuba menulis Pantun Ada Aku Kisah untuk tatapan pengunjung dan peminat pantun. Seperti biasa dalam aku menulis pantun, aku akan menulis dua baris maksud atau pernyataan pantun terlebih dahulu sebelum menulis dua baris pembayang pantun.

Telaga dalam timba plastik,
Jatuh pecah tempurung bulu;
Wang haram orang politik,
Ada aku kisah semua berlaku?

Masak ranum si buah betik,
Jatuh ke tanah terburai isi;
Saman AES ditarik balik,
Ada aku kisah apa terjadi?

Nyamuk bandar belalai lentik,
Mari singgah dalam kelambu;
Artis popular sertai politik,
Ada aku kisah siapakah itu?

Monyet ketawa makan kuaci,
Ketiak basah penuh berbulu;
Kalendar Maya kiamat terjadi,
Ada aku kisah bila berlaku?

Berubah cuaca hujan tiada,
Katak susah kerana kemarau;
Adat pusaka biarkan sahaja,
Aku tak kisah, aku tak hirau.

Sebenarnya apa maksud ungkapan “Ada Aku Kisah” ini? Bagi aku, ungkapan ini adalah ungkapan popular di kalangan remaja dan apa yang aku faham, ia membawa maksud tidak peduli dengan sesuatu hal, benda, orang atau keadaan. Benarkah begitu? Tak peduli?

TehrDemikian kisah 'Pantun Ada Aku Kesah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


27 Comments

  1. ada baik buruknya benda yang kita kesah. betul kan?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah ahad yang berjadual : tidak mahu ini berulangMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul3x
      kena tengok keadaan juga untuk dikisah atau tidak

  2. Nazri says:

    “ada aku kisah” ni biasanya nada bg orang yang merajuk@meluat
    Nazri baru je tulis kisah Insuran & Bayi Jantung BerlubangMy Profile

    1. tehramuan says:

      mungkin sebab dah tak boleh buat apa dah :D

  3. Padin says:

    hehee lebih kurg macam ‘biarlah ape pon asal tak menyusahkan aku’ ekekee
    Padin baru je tulis kisah Buka Mata Jangan PejamMy Profile

    1. tehramuan says:

      salah satu sebabnya, bro
      lagi satu sebab, diluar kawalan si penutur

  4. hafizmd says:

    Ambe rasa ada perkara yg kena kisah dan ada benda yg kita boleh tak ambil kisah… =)
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday 26.2 Oh! PuyuhMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, kena tengok keadaan dan kepentingannya juga

  5. onlajer says:

    budak – budak manalah dia orang kisah
    onlajer baru je tulis kisah Contest Bersama Cik Tom dan ExabytesMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      asal saja boleh main air banjir :D

  6. UmmiKami says:

    Lada basah baru dibeli..
    Pasar karat nadi pencarian..
    Ada kisah yang perlu peduli..
    Agar dapat jadi panduan.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Memories make me memorise….My Profile

    1. tehramuan says:

      Lada basah lada hitam,
      Pasar Karat pasar lama;
      Ada kisah memang kejam,
      Tidak boleh dibiar sahaja.

  7. zool says:

    Ungkapan ini ada buruknya juga untuk masyarakat ni…
    kadang2 digunakan pada orang tua..kurang ajar bunyinya kan?
    zool baru je tulis kisah Kembali menulis selepas bercutiMy Profile

    1. tehramuan says:

      benar sangat tu, bro
      memang kurang sopan bila berkata begitu kepada orang yang lebih tua
      adat budaya dan peraturan mesti sentiasa dijaga

    2. setuju tu bro..intonasi seperti mempersoal lak kan..
      Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Projek Android : Pos Laju TrackingMy Profile

  8. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Suap kuah roti dijamah..
    Nyonya takkan kenyang makan..
    Setiap kisah pasti ada hikmah..
    Hanya Tuhan yang menentukan.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kalau…Berkalau..My Profile

    1. tehramuan says:

      Nyonya takkan kenyang makan,
      Asyik berulang masuk ke dapur;
      Hanya Tuhan yang menentukan,
      Kita terima dengan bersyukur.

  9. Lepas ni buat Pantun tak kisah la beb pulak cikgu :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Apple iTunes Download – Top 5 Apps For Your KidsMy Profile

    1. tehramuan says:

      cadangan baik juga tu, bro
      harap2 dapat ilham nanti :D

  10. akubiomed says:

    Susah juga kalau mengambil sikat tidak kisah boleh jadi huru hara dunia ini.
    akubiomed baru je tulis kisah ChurpChurp membawa khabaran gembiraMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak mahu jaga tepi kain orang la tu, bro
      tapi kita memang tak boleh hidup seorang diri
      tak boleh

  11. ohcikgu says:

    budak-budak sekolah suka benar dengan perkataan nih..
    ohcikgu baru je tulis kisah Blog Popular – Blog cikgu-cikgu kurang popularkah?My Profile

  12. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    nampaknya ramai juga yang
    berkisah dengan isu yang di bawa
    pantun di atas tu Cikgu..tapi saya
    “ada aku kisah” juga..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Gambar Yoo Hye Yeon Isteri PSY Gangnam StyleMy Profile

  13. titan says:

    biasalah tu..memang ramai yang tak kisah.
    titan baru je tulis kisah Dapatkan G+ banyak dengan AsiaCube.comMy Profile

  14. Razlan says:

    Bila masuk bab politik,rase macam tak nak kisah. Tapi bila fikir sekali lagi rasenye perlu. Oh remaja ini
    Razlan baru je tulis kisah Contoh Resume Penolong Pegawai Teknologi MaklumatMy Profile

  15. khairul says:

    panjang jugak pantun nye tu..sekatang ni ramai yang tak berapa nak kisah.

  16. khairul says:

    panjang jugak pantun nye tu..sekarang ni ramai yang tak berapa nak kisah.kalau pikir2 mesti nak ambik kisah jugak.tak kena kat diri sendiri ok ler,kalau kena kat diri sendiri..mesti ambik kisah punye..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun