Pantun Acara Majlis

Pantun Acara Majlis sering digunakan sebagai pembuka kata atau pemanis bicara seseorang pengacara. Pantun begini sering kita dengar disampaikan oleh pengacara majlis dalam berbagai majlis rasmi yang pernah kita hadiri.

Anak helang mencari makan,
Anak merbah menyanyi menari;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga hadirin selesa di sini.

Buah berangan dalam dulang,
Buah rambutan dalam perahu;
Kami ucapkan selamat datang,
Hadirin jemputan para tetamu.

Pohon selasih tumbuh sebatang,
Sayang merbah di dahan cemara;
Terima kasih dan selamat datang,
Kalimah Bismillah pembuka bicara.

Pantun bukan sahaja digunakan di awal majlis sebagai pembuka kata malah sering di ucapkan oleh pengacara majlis sebagai penyeri ketika majlis sedang berlangsung atau ketika majlis berehat seketika.

Emas tempawan buat puteri,
Busana indah tampil bergaya;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata pujangga.

Kelopak biru dalam jambangan,
Delima merekah menambah seri;
Para tetamu hadirin budiman,
Majlis nan indah diteruskan lagi.

Majlis juga sering diakhir  dan ditutup dengan rangkap-rangkap pantun sebagai penyeri. Juga sebagai kenang-kenangan untuk tetamu yang hadir.

Padang Kota pantainya indah,
Banyak penjaja ada di sana;
Majlis kita selesailah sudah,
Kita ke acara menjamu selera.

Besi tembaga biar di tanah,
Emas suasa di bawa pergi;
Berakhir kata di hujung noktah,
Di lain ketika bersua kembali.

Kalau ada jarum yang patah,
Patah jangan tercucuk jari;
Kalaulah ada silap dan salah,
Usah disimpan di dalam hati.

Pernah menjadi pengacara majlis? Atau pernah dipaksa [?] menjadi pengacara bidan terjun? :D

Pantun Acara Majlis

TehrDemikian kisah 'Pantun Acara Majlis' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


19 Comments

  1. Cik Siti says:

    teringat pulak masa jadi MC dulu… memang tak boleh lekang dengan pantun
    Cik Siti baru je tulis kisah Kelayakan VS PengalamanMy Profile

  2. Cik Siti says:

    pantun pembuka pemanis bicara,
    Nampak santun penuh berisi,
    Selamat datang pembuka acara,
    Kepada hadirin yang amat dikasihi….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kelayakan VS PengalamanMy Profile

  3. Anuar says:

    Koleksi Pantun yang menarik ni tuan!! Nanti saya nak pinjam pantun ni.. Nak gunakan dalam mana-mana majlis yang saya anjurkan… TQ
    Anuar baru je tulis kisah Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan MykadMy Profile

    1. Padin says:

      hahaha betul2.. time nak guna nanti boleh rujuk..

  4. sud@is says:

    Ni majlis merisik/sambut menantu ke cikgu….
    sud@is baru je tulis kisah Tuaian ulam ulamanMy Profile

  5. akubiomed says:

    Majlis formal memang perlu dengan protokol.
    akubiomed baru je tulis kisah Live streaming Samsung Galaxy S6 edge dan Galaxy S6My Profile

  6. Dah lama tak lead program berbentuk protokol macam ini. Kalau diberi peluang untuk live program berpantun, rasanya kena tengok kertas juga ^_^
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Pemeriksaan Berkala Semasa Mengandung (Pranatal)My Profile

  7. Azhar says:

    bagus jugak pantun ni utk pembukan dan penutup majlis. Tambah2 pantun jenis lawak2 sket. Lagi berseri majlis tu dengan senyuman.
    Azhar baru je tulis kisah Lirik Lagu Marry Me – Mark AdamMy Profile

  8. suri says:

    setiap majlis mesti ada pantung baru ad aseri dan seni pertahankan adat zaman melayu gitu heee

  9. Dr Fattah says:

    nampak meriah bila ada pembeli dan penjual pantun.
    Dr Fattah baru je tulis kisah Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma OrganMy Profile

  10. adap dan adat orang kita menyambut tetamu
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Top 10 Best Blog 2015My Profile

  11. zik says:

    ada pantun.. barulah nampak identiti kita sebagai rakyat malaysia gitu…
    zik baru je tulis kisah Cara terbaik urus bajet, (Keluarga)My Profile

  12. dja@sishaza says:

    Pernah beberapa kali jadi pengacara paksa rela… haaa dah boleh agak siapa jadi pengacara majlis di atas tu :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah Tak Sanggup TungguMy Profile

  13. hafiz says:

    kena pandai berpantun kalau nak jadi mc majlis sebegini..
    hafiz baru je tulis kisah Projek DIY pallet yang ke 2My Profile

  14. Lynn™ says:

    Jentayu si garuda hebat
    Patah sayapnya bertongkat paruh
    Patah paruhnya bertongkat siku
    Bagai ke laut nelayan memukat
    Majlis bergendang dan bertabuh
    Itulah istimewanya adat dan warisan Melayu
    Lynn™ baru je tulis kisah 5 TEORI POPULAR MLM DI MALAYSIAMy Profile

  15. saya memang kagum dengan orang yang pandai buat pantun. saya memang x reti sejak kecil.
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Promo Mac 2015 Yang Sangat BestMy Profile

  16. Belum pernah seumur hidup menjadi pengacara majlis, ketar nak pegang mike tu :)
    Noriza Rahman baru je tulis kisah Jangkitan Kayap Menyakitkan!My Profile

  17. emalinmohd says:

    TR nak pinjam koleksi pantun tu..baru sedap sikit dengar MC bercakap..
    emalinmohd baru je tulis kisah Cara Penjagaan Kulit Muka Yang BetulMy Profile

  18. natra says:

    TR… mohon izin Tuan… utk saya gunakan pantun ni dalam Teks Ucapan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun