Pantun 2 Kerat Pujuk Girlfriend Merajuk

Entah budak mana pula yang mencari Pantun 2 Kerat Pujuk Girl Friend Merajuk. Ada-ada saja yang korang cari…

Tu la korang, lupa dunia lupa akhirat. Suka sangat buat hal. Suka pula buat salah. Sekarang girlfriend dah merajuk, korang pula tak belajar ayat memujuk.

Pinggan kaca piring terbang,
Padan muka korang. :D

Apa pun aku harap korang bertenang. Bawa bersabar banyak-banyak. Korang jangan risau, aku dah karang pantun dua kerat untuk korang pujuk girlfriend korang yang merajuk. Yang tengah tarik muka masam tu.

Nanti jangan lupa belanja aku makan laksam!

Pantun 2 Kerat Pujuk Girl Friend Merajuk.

Haji Manaf sakit ketiak,
Saya minta maaf banyak-banyak.

Peti sejuk peti kayu,
Siapa merajuk dia rindu.

Cik Dayang sakit belakang,
Saya hanya sayang awak sorang.

Hantu Mak Limah naik lori,
Saya memang salah… sori.

Masak kari ubi kayu,
I m  sori… I love U.

Awak, senyum la jangan masam,
Jom saya belanja maggi ketam.

Pantun 2 Kerat Pujuk Girlfriend Merajuk

gambar dari blog alemymeggiketam

Habis la korang. Mahal tu makan maggi ketam.

Khabarnya harga maggi ketam mencecah RM23 semangkuk [harga berubah ikut harga ketam]. Buatnya girlfriend korang nak makan 3 kali, tiga hari berturut-turut pulak.

Jalan kaki la korang, pergi kerja balik kerja.

Pinggan kaca piring terbang,
Padan muka korang. :D

Apa pun korang buat, macam mana pun korang pujuk, nasihat aku satu sahaja. Korang jangan buat ‘kerja tak molek’ dan jangan buat kerja salah.

Tak berkat.

Tak bahagia hubungan korang nanti.


Sementara tunggu kerja tetap buat Kerja Part-Time di rumah.


TehrDemikian kisah 'Pantun 2 Kerat Pujuk Girlfriend Merajuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Amran says:

    hai la macam-macam gilafren ngan buayafren punya ragam sekarang. Siap nak berpantun bagai. Karang la sendiri.. Ni la padahnya masa belajar cuma reti bercinta.. Cikgu ajar buat pantun dia berdating, sekarang baru terhegeh2 cari pantun utk pujuk gilefren.. Klaka pun ada. Nasib baik la gilafren tu tak suruhnya dia bersyair..
    Amran baru je tulis kisah Tak Pasti Kenapa Tiba-Tiba Kita Wujud Di Atas MukabumiMy Profile

  2. suri says:

    haaa kalau merajuk diam ka sahaja dulu kasi si dia tenang
    suri baru je tulis kisah Homemade Aiskrim Bubur Kacang Merah Dari Air Tangan IbuMy Profile

  3. suri says:

    kalau suami isteri merajuk jangan bagi rajuk lama-lama tak baik tau ;)
    suri baru je tulis kisah Resepi Bubur Kacang Merah Empuk, Sedap Dan BerlemakMy Profile

  4. suri says:

    suruh je buat dondang sayang geeee..usha buat kugiran ke apa jemu dengar hiii
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 43/2014_Marigold UHMy Profile

  5. Anuar says:

    Pantun yang menarik… Boleh buat pujuk isteri dekat rumah… ;)
    Anuar baru je tulis kisah Contest SEO : Jom Aktifkan MykadMy Profile

  6. sedapnya maggi ketam tu.. mana nak cari kat kl ni…
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Detox Untuk Kesan Lebih Baik Pengambilan VitaminMy Profile

  7. Manan Qayyim says:

    boleh pulak ade pantun nk pujuk GF….
    kretif2….
    Manan Qayyim baru je tulis kisah Kronologi Perbezaan Harga Ron 97 dan Ron 95My Profile

  8. akubiomed says:

    Belanja makwe makan boleh mengemukkan. Nanti tak comey. :)
    akubiomed baru je tulis kisah Undangan kenduri kahwin pada musim cuti sekolahMy Profile

  9. Alongxp says:

    untuk budak2 tu…

    takut biawak terlompat-lompat
    bawak-bawak bertaubat

    macam tak kena lak… hahahaha
    Alongxp baru je tulis kisah Homestay Tawau Sabah MurahMy Profile

  10. Cik Siti says:

    Nanti kalau dah kahwin tak maknanya nak memujuk…
    Cik Siti baru je tulis kisah Betapa Bangganya Aku….My Profile

  11. Cik Siti says:

    Ala sayang ala busuk,
    Adik merajuk abang pujuk.

    hehehe…
    Cik Siti baru je tulis kisah Betapa Bangganya Aku….My Profile

  12. pujuk bang jangan tak pujuk,
    makin dibiar makin merajuk,
    blogger lelaki baru je tulis kisah Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  13. emalinmohd says:

    Jangan bagi girlfriend merajuk
    Nanti susah nak pujuk
    :)
    emalinmohd baru je tulis kisah Cara Hilangkan Jerawat Batu Di Muka Dalam Masa Satu BulanMy Profile

  14. dja@sishaza says:

    Buka sesi baru nanti, nampaknya kena tambah sukatan..ajar karang pantun memujuk pula ahakss
    dja@sishaza baru je tulis kisah Blogger Di Bandar Lebih BertuahMy Profile

  15. Hero Borneo says:

    pen merah pen biru
    you marah, i love you..

    selepas ini tak akan merajuk lagi..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Panduan Mudah Ketika Alami BatukMy Profile

  16. ummi says:

    Hehe..masa bercinta bolehla nk pujuk2.. Kalau dah kawen belum tentu..hikhikk…
    Pantun mencuit hati..
    ummi baru je tulis kisah 5 Tips Mudah Nak CantikMy Profile

  17. mohdhiruan says:

    Pergi ke kedai membeli hadiah awek,
    Kedai tutup !!!

    :-p
    mohdhiruan baru je tulis kisah data plan apa yang anda guna?My Profile

  18. Safiya says:

    popular ya meggi ketam ni .. tapi saya lagi suka ketam masak telur asin.. best sangat
    Safiya baru je tulis kisah A Doctor’s Story: Cinta dan Rindu Seorang SuamiMy Profile

  19. Sekali baca macam kelakar jugak pantun ini, apa-pun terbaik
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Kursus Pra Perkahwinan IslamMy Profile

  20. suri says:

    alhamdulillah masih ad asudi yang memujuk heee
    suri baru je tulis kisah Cerai Lemak Tebal Dalam Diet Dan Plan BetulMy Profile

  21. suri says:

    kata orang rajuk lama tak guna tak bawa apa erti lagi cepat tua dan berlarutan ada ler
    suri baru je tulis kisah Cara Buat Plan Jubah Moden Atau Baju Kurung Sekolah BudakMy Profile

  22. sobri mansor says:

    hahaha. macam-macam hal….
    sobri mansor baru je tulis kisah Jangan cuba main Clash Of ClanMy Profile

  23. Nurul says:

    Tengok maggi ketam tu memang sedap :)
    Nurul baru je tulis kisah Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet TaipingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun