Pantun Titisan Air

Keluar pagi balik petang, ada kalanya sampai ke malam. Kerja, kerja, kerja. Waktu keluar rumah, matahari belum celik mata, embun juga belum kering. Masih ternampak embun di hujung daun. Tujuannya hanya mahu ke tempat kerja, mencari rezeki yang halal. Alangkah seronoknya orang yang hanya bekerja di rumah sahaja.

Air menitis di hujung rumput,
Basah kaki belalang kunyit;
Kasihan si gadis kena ragut,
Geram hati bercampur sakit.

Embun jernih dihujung daun,
Menitis lembut jatuh ke bumi;
Payah pedih hasil bertahun,
Hilang diragut dibawa lari.

Embun hilang matahari tinggi,
Unggas meriah setia bersama;
Nasib malang nak dapat rugi,
Kini berserah pada Yang Esa.

titisan

Air jernih mengalir di pipi,
Wajah muram senyum tiada;
Hilang kasih dibawa pergi,
Hati di dalam rasa kecewa.

Air mata membasah bantal,
Tapak tangan di tengah perut;
Tiadalah guna merasa kesal,
Godaan syaitan telah diturut.

Malam sunyi pagi menjelang,
Air di mata mengalir sayu;
Kesal di hati ditimpa malang,
Berserah pada Dia Yang Satu.

Bekerja jauh dari rumah memang banyak cabaran dan godaan, memang tak sama dengan kerja di rumah sahaja. Kalau tak kuat iman memang hanyut ditelan arus. Akhirnya malu hendak balik kampung kerana sudah terlanjur. Berita sudah tersebar. Emak dan ayah di kampung pula yang letih mengelap titisan air jernih di mata.

TehrDemikian kisah 'Pantun Titisan Air' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


33 Comments

  1. de engineur says:

    Pantun aside, gambar titisan air berlatarbelakang hijau tu cantik
    de engineur baru je tulis kisah Biodiesel 10% blend (B10) programme goes nationwide 2014My Profile

  2. Pantun yang memberi kesan emosi…akibatnya saya sendiri kering idea untuk membalas pantun tersebut dengan pantun..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Penukaran Segmen Terjah Blog ke Segmen Baru !!My Profile

    1. UmmiKami says:

      Hamba datang memberi salam :D

      Api pelita menyuluh muka,
      Dupa terbiar berasap setanggi;
      Airmata pembasuh luka,
      Mengapa sukar tepati janji.
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jiwang Orang Lama..My Profile

  3. akubiomed says:

    Jarak tempat kerja saya lebih kurang 55km. Hari-hari berulang alik dengan motorsikal.

    1. hairulafiz says:

      lebih kurang saya lah 45km pergi sahaja
      hairulafiz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

    2. padin says:

      hehee jarak tempat keja dgn kediaman 4 km :D

  4. hatiputera says:

    Wah begitu beremosi pantun ini cikgu tehr,,
    hatiputera baru je tulis kisah CPUV Pertama Nuffnang 2013My Profile

    1. Suri says:

      ada mengeluh luahkan pd blog supaya kita berfikir bukan mudah nak menyara hdup bila berkeluarga,,jadi ada wang janganlah mmbazir

  5. memang peringatan. terima kasih…

  6. Nakusan Bali says:

    begitu emosi nih pantun. tapi bagus juga kata-katanya.

    1. suri says:

      biar membaca sehingga mmbawa kesan di hti.klu baca taks emat betul2 alahai payahnya..
      suri baru je tulis kisah Ikatan Yang MenjimatkanMy Profile

  7. yas says:

    Hurmmm…kerja…kerja….kerja…..tak habis2 dgn kerja sampai la akhir hayat
    yas baru je tulis kisah Asteroid Sebesar Kolam Bakal Datang Selepas Meteor RussiaMy Profile

  8. Bro Zulkbo says:

    salam..
    suka juga saya kalau duduk rumah pun boleh
    menjana wang yang mencukupi untuk sara hidup
    tapi memandangkan kos hidup tinggi sekarang, kena
    keluar juga mencarinya
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Video Pembantu Rumah Di Kuantan Dera Bayi Berusia 4 BulanMy Profile

  9. suri says:

    jauh mencari rezi dpat pahala sudahlah tentu
    suri baru je tulis kisah Rajuk Membawa HatiMy Profile

  10. padin says:

    mereka yang hanyut tu entahlah,
    tak kesian pada mak bapak kot……

  11. Kaki Kencing says:

    2 mnit je jrk tmpt kje saya dgn umah..
    hihi
    Kaki Kencing baru je tulis kisah MK1M – Makanan Kucing 1MalaysiaMy Profile

  12. Memang dugaan tu bro. Bukan pada si gadis jer.
    Yang teruna pun boleh buat mengalir air mata duka.
    Thanks for reminder.. Anak2 muda yg jauh diperantauan, harap
    selami pantun tu semua baik-baik…
    mesej tersirat, untuk selamat.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah A Very Good Night @ Bowling LeagueMy Profile

  13. MK Kimi says:

    penuh dengan mainan emosi..leh masuk pertandingan pantun kebangsaan ni
    :)
    MK Kimi baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  14. azura says:

    jangan bersedih duhai cikgu
    tak perlu engkau merasa ragu
    jauh mana tempat kerjamu
    niat ikhlas akan kau temu
    azura baru je tulis kisah Putu Bambu Putu PiringMy Profile

  15. kerja penat, belajar pun penat. hmmm.. ayat yang “ada kala sampai malam” tu macam biasa dengar je kan. hehe
    khairul asrol baru je tulis kisah Tutorial Bergambar Cara Pasang CommentLuv Untuk BloggerMy Profile

  16. titan says:

    kalau cuti, aku sok dok rumah. layan anime. hehe
    titan baru je tulis kisah Malaysia Homestay untuk anda.My Profile

  17. papa mifz says:

    den kerja sehari 12jam…10pagi hingga 10malam….
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  18. Hafizul says:

    Emm itulah yang perlu kan?kerja bagi mencari rezeki yang halal..perenggan terakhir tu dalam maknanya..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Cerita Di Sebalik Program PLKNMy Profile

  19. maza says:

    Wang utk hidup, atau hidup utk wang? aderkkk

    maza ulang2 alik dari tempat kerja 45km.. hujung minggu tempat kerjanya lagi jauh, 400km… uhuk!
    maza baru je tulis kisah Dirotan CikguMy Profile

    1. hafizmd says:

      Pengorbanan cukup hebat tu bang maza!

      Moga ada barakahnya…ameen
      hafizmd baru je tulis kisah 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!My Profile

  20. cik tom says:

    kerja jauh mmg byk dugaan..kena pndi jg diri dan jaga amanah+kepercayaan yg ibu bapa dah berikan..
    cik tom baru je tulis kisah Seronoknya BercutiMy Profile

  21. hafizmd says:

    Kerja oh kerja…apa jua kerjanya…buatlah sungguh2

    Yg last tu, kena amik ingat betul2, jgn kita biar makayah kita nangis sedih sbb kerna kita
    hafizmd baru je tulis kisah 3 Sebab Kenapa Jangan Download Themes Percuma!My Profile

  22. fiezaradzi says:

    maksudnya apa jua pilihan kita ambil, pastikan ianya benar2 bermanfaat buat kita.. kerja di luar atau di rumah, masing2 de baik buruknya.. ambil yg baik, yg buruk jadikan iktibar..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

  23. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Duit hilang di tepi ampaian,
    Terbiar sudah hasrat bertunang;
    Dicuit malang hanya ujian,
    Di tikar sejadah buat penenang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Jiwang Orang Lama..My Profile

  24. Ladfe Amir says:

    tempat kerja tidak jauh sangat tetapi waktu berkerja shift yg jadi dugaan selama ini.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Rakyat Malaysia Suka MencuriMy Profile

  25. Suri says:

    hurm klu naik kereta rasa cpt.. klu naik bas dri taman perumahan mau gak 2 bas kena naik huhu..penat letih sllu smpi rumah lewat

  26. Suri says:

    sy suka melihat embuh atas daun tu..apa lagi klu balik kg mmg umh mak sy byk tanam pokok2 bunga ataupun sayur2an mmg byk embun bertenggek ats daun..

  27. effort lab says:

    Kalau kat kL, rasanya pagi2 dah takde embun dah. Asap kereta banyak la haha
    effort lab baru je tulis kisah Rendam Baju Baru Pakai [11 gambar]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun