Pantai Geting Tumpat

Bila pulang bercuti di musim raya, ramai yang mengambil peluang membawa keluarga bersiar-siar. Siapa yang sukakan laut dan pantai, pasti sekali akan singgah di Pantai Geting atau Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

alunan irama ombak berdesir
datang menari di pinggir pasir
tua dan muda tetamu hadir
wajahnya riang senyum terukir

di sebelah timur pantai tujuh
benteng pasir bukannya jauh
perahu nelayan diam berlabuh
menunggu siang menanti subuh

pondok usang berbaris rapi
gerai jualan di laluan tepi
pohon ru tenang menanti
teraju wau yang putus tali

pantai berpasir daerah tumpat
kampung geting sangat dekat
jemput singgah kiranya sempat
boleh menyewa chalet di darat

simpang pantai getingPesta Wau Antarabangsa Kelantan dengan kerjasama Majlis Daerah Tumpat, sering diadakan di Pantai Geting ini. Kawasan pasirnya yang luas sangat sesuai untuk menaikkan layang-layang dan wau.

TehrDemikian kisah 'Pantai Geting Tumpat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


15 Comments

  1. Hmmm pantun baru erkk? kreatif lah bro TeH. Tapi lepas nie is rasa bro kena lah juga install plugin jomniaga tu keyword banyak tu bro trigger.
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Tingkatkan Trafik Blog Korang Dengan Busuk PingMy Profile

  2. BukhariMalek says:

    kreatif la bro ni!!!!!!!! sayang skit.. hahahha
    BukhariMalek baru je tulis kisah Masalah Tidur!My Profile

  3. hafiz says:

    Tak pernah sampai daerah tumpat ni lagi…
    hafiz baru je tulis kisah Pablo Aimar pemain import termahal MalaysiaMy Profile

  4. Bahrain says:

    suka mandi dekat laut, tapi sekrang tak boleh mandi laut, nanti air masok telinga..nasihat doktor sbb telinga aku sensitif
    Bahrain baru je tulis kisah Image Editor Terbaik Secara PercumaMy Profile

  5. Mohd Shubhi says:

    Lama dah tak berjalan ke negeri Kelantan, teringin nak pergi tahun ini insyallah
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Coretan Usahawan Hidup RingkasMy Profile

  6. papa mifz says:

    terasa lama pula kaki nih tak jejakan kaki di pantai…huhu
    papa mifz baru je tulis kisah Petang Raya di IjokMy Profile

  7. onlajer says:

    selamt hari raya tehr dan keluarga
    Tumpat rasa macam belum sampai lagi
    onlajer baru je tulis kisah Alexa RayaMy Profile

  8. BUNDA says:

    Selamat Hari Raya… bunda pun tak pernah sampai ke Tumpat lagi..
    BUNDA baru je tulis kisah Ulang Tahun Pertama Teratak Bunda…My Profile

  9. zool says:

    menarik tu pesta wau.. pasti ramai yang join tu
    zool baru je tulis kisah Apa yang menarik Hari Raya Aidilfitri 1434HMy Profile

  10. titan says:

    dah lama tak main wau dengan layang-layang nih..
    titan baru je tulis kisah Kita mesti goda orang perempuan.My Profile

  11. dja@sishaza says:

    Pernah ke Tumpat tapi 17 tahun dulu…huhuhu.
    dja@sishaza baru je tulis kisah TIPS MENINGGALKAN KUCING DI RUMAHMy Profile

  12. Rina says:

    Musimnya juga lagi bagus ni tak mendung dan hujan, boleh juga idenya tuk menaikkan layang2 di pantai
    Rina baru je tulis kisah Best List of Free Download Responsive Themes for Blog, Business, Magazine WordPressMy Profile

  13. AUC says:

    selalu jg pergi sini kalau balik KB :)
    AUC baru je tulis kisah Cuti Panjang, Blog Pun BersawangMy Profile

  14. bro orang kelantan ke? tu tempat date nga awek lame tu hahaha
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Kenapa Harus Berhenti Menulis?My Profile

  15. Hafizul says:

    Kat pesta ni macam2 design wau boleh kita lihat..dah lama tak sertai peesta wau selepas arwah atuk meninggal..dulu selalu gak follow dia..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun