Panduan Memilih Kerjaya

berniaga boleh menjadi kaya
kalaulah bijak kira-mengira
atau akan jadi papa kedana
bila sikap terlampau haloba

makan gaji dengan kerajaan
rezeki hadir di hujung bulan
dengan swasta sama keadaan
taklah kaya secukup makan

boleh juga bekerja sendiri
sangat baik kalau berdikari
rajin berilmu ketawa menanti
malas bodoh sedih berganti

penipu membuat orang keliru
manusia cerdik menjadi dungu
peribadi nampak mulia begitu
terbuka peluang mereka sapu

peragut perompak dan pencuri
rezeki haram dibawanya lari
perlukan juga ilmu yang tinggi
kalaulah gagal dipakaikan gari

penganggur pula tiada kerja
makan minum orang yang jaga
poket kosong berhabuk saja
tapi tak kalah dalam bergaya

Banyak cara mendapatkan rezeki di dunia ini. Ada yang menggunakan cara yang dibenarkan dan ada pula memilih cara yang ditegah oleh agama dan undang-undang. ‘Duit Mudah’ – [About 1,270,000 results (0.13 seconds)] hasil carian google.

TehrDemikian kisah 'Panduan Memilih Kerjaya' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun