Pandang Atas Pandang Bawah

kita selalu pandang ke atas
nampak daun, nampak bunga, nampak buah
cuba sesekali pandang ke bawah
ada dedaun kering
ada bebunga kuncup
ada bebuah busuk
yang telah lama gugur

kita sering pandang ke atas
nampak neon, nampak bulan, nampak bintang
cuba sekali ini pandang ke bawah
ada jalan berlubang
ada lorong berbecak
ada denai berlumpur
yang telah lama hanyir

kita memang pandang ke atas
nampak kereta, nampak vila, nampak menara
cuba kali terakhir ini pandang ke bawah
ada bayi menangis
ada ibu meraung
ada nenek termenung
yang telah lama dipinggirkan

Semalam kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 (5 sen), LPG (10 sen) dan gula (25 sen) di pasaran. Keseluruhannya bertambah 40 sen dari perbelanjaan biasa.

Terdetik pula di fikiran, apalah sangat nilai 40 sen bagi kanak-kanak yang tinggal di Damansara berbanding dengan apa yang dapat dibeli dengan 40 sen oleh kanak-kanak di RKT Kesedar Chalil.

Untuk meneruskan perjalanan, kita perlu sentiasa pandang ke bawah. Manalah tahu ada lubang, duri atau pun tahi ayam di laluan.

TehrDemikian kisah 'Pandang Atas Pandang Bawah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun