Panas Hati Kerana Orang Kahwin?

orang lain yang kahwin kenapa kita susah hati
mana datang rasa panas lahar gunung berapi
cuba bawa bertenang dengarkan lagu zubir ali
hayati lagu ‘doa’ nyanyian kumpulan harmoni

mereka dah berkawin sudah dapat anak lelaki
wartawan kurang masin kenapa tak puas hati
apa hendak dicungkil apa yang nak dikorek lagi
ada sebab penting ada alasan mereka sembunyi

mereka daftar kahwin keluarkan duit dari saku
mereka makan minum duit mereka sendiri laku
mereka orang lain apa kaitannya dengan kamu
doakan mereka bahagia sampai ke anak cucu

majlis walimatul urus untuk hebah perkahwinan
semoga terhindar fitnah jauh segala tohmahan
kahwin secara sembunyi bukan juga kesalahan
nikah sudah sah terselamat dari godaan syaitan

TehrDemikian kisah 'Panas Hati Kerana Orang Kahwin?' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. kakiblog says:

    kahwin itu satu ibadah..
    kakiblog baru je tulis kisah Segmen Inspirasi JutawanMy Profile

  2. MissPuanYati says:

    :D kesian tengok wartawan yang dok sensasi2 kan berita ni. Dok sibuk nak buruk-burukkan orang. Mereka dah bernikah. Sudahlah kan. Sibuk lagi dok korek cerita-cerita lama. ish ish. Eh emo pulak hehe
    MissPuanYati baru je tulis kisah Bukan hari-hari.My Profile

  3. titan says:

    wartawan sekarang memang dah cukup kelakar..
    titan baru je tulis kisah Kaklong sayang orang tak?My Profile

  4. profhariz says:

    Tak panas cuma jeles. Boleh macam tu cikgu?
    Hehehe
    profhariz baru je tulis kisah Penyakit Jantung Koronari dan Pilihan RawatanMy Profile

    1. suri says:

      ah…lagu tu orang kita memang ada sedikit sifat cemburu itu normal kan.
      suri baru je tulis kisah Cara Teknik Membawa Kawan Ke Rumah NenekMy Profile

  5. Nazri says:

    silap tulis berita jadi fitnah merana di akhirat sana
    Nazri baru je tulis kisah Godaan Pasembor Padang KotaMy Profile

  6. mie says:

    panas memang panas..
    tapi bertambah jeles..
    hehehehhee
    mie baru je tulis kisah Makanan Khas Lombok Memang SedapMy Profile

  7. Hafizul says:

    Hahahaha..dah kerja diorang apa boleh buat..hahaha
    Hafizul baru je tulis kisah Surat Cinta PiahMy Profile

    1. suri says:

      ada cerita itu rezeki tapi mesti bikin yang halal punya
      suri baru je tulis kisah 2 Teknik Pemalas Membakar Lemak Dan Mengecilkan PerutMy Profile

  8. akubiomed says:

    Selalu berlaku selepas majlis kenduri kahwin. “Rumah siap pahat berbunyi”.
    akubiomed baru je tulis kisah Hadiah menang 3 tahun lalu.My Profile

    1. suri says:

      bila bunyi jawablah terang terang supaya yang tiada yang gelap mampu sembunyi..
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 8 & 9_ 2013My Profile

  9. Shubhi says:

    Perkahwinan artis ni memang sensasi dan ada nilai komersial dalam berita sebab tu ramai yang tuang minyak
    Shubhi baru je tulis kisah Pak Din Bomoh Patah – FAQMy Profile

  10. adikensem says:

    Tak faham kenapalah surat khabar suka campur adukkan dan panaskan keadaan untuk menjadikan berita sensasi.
    adikensem baru je tulis kisah Teknik SEO merah jambu : Jangan beli ebook iniMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Cara lariskan akhbar…tauke juga yg untung. Tapi nikah kahwin ni elok hebohkan …at least tak timbul pula prasangka itu ini

  12. Tak paham kadang-kadang saya dengan orang Melayu ni. Kahwin salah, tak kahwin pun salah. Bila orang muda berzina sampai terberanak campak baby dalam longkang, dia buat ‘derk’ je macam benda tu bukan perkara yang salah.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Perbincangan Teh TarikMy Profile

  13. azura says:

    bagus dirikan masjid dan tak perlu pertikaian anak yang sah berbinkan ayahnya kan cikgu

    1. suri says:

      ada banyak masalah harap akan temui jalan yang betul
      suri baru je tulis kisah Petua Merawat Dan Menghilangkan KelemumurMy Profile

  14. wazy says:

    kadang-kadang je paans hati dengan orang yang dah kahwin ni,hehe
    wazy baru je tulis kisah Job Di RumahMy Profile

  15. onlajer® says:

    Dah sampai seru apa lagi kahwin le tak salah apa hehe
    onlajer® baru je tulis kisah Apa Yang Aku Dapat Semasa Cuti Hari Raya KorbanMy Profile

  16. Irwan Alessa says:

    orang dah selamat berkahwin, bukankah lebih elok.. ini tidak sahaja bangkiitkan cerita panas di sebalik itu, entah betul atau tidak.. Dunia sekarang.. hmmm
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Cuti Lama..My Profile

    1. suri says:

      denar sahaja saya agak terkejut juga hee.biarkanlah
      suri baru je tulis kisah Petua Mengelakkan Kucing Berak Di Halaman RumahMy Profile

  17. papa mifz says:

    tuh la , dorang nih terlalu membesarkan sesuatu perkara…
    papa mifz baru je tulis kisah Bercuti di Sanrio Hello Kitty TownMy Profile

  18. hahaha..xpasal2 kan..orang yg tak ada kaitan langusng yg nak sentap
    blogger lelaki baru je tulis kisah Penjaga Kunci Pintu KaabahMy Profile

  19. Mak Lagenda says:

    Hairan kan..org lain kawen, apa fasal pulak org lain tu yg naik angin..pelik2 perangai manusia nih!
    Mak Lagenda baru je tulis kisah BALIK ASRAMA,PIZZA & MEATBALL IKEAMy Profile

  20. Juan says:

    tu la kadang kesian pula, ada org mereka nak privasi tp kita ni pula nak bongkarkan, kesian pada mereka
    Juan baru je tulis kisah Barefoot Friends Best Selepas Running ManMy Profile

  21. suri says:

    mereka dah bahagian nak kan hidup macam orang biasa juga huhu..
    suri baru je tulis kisah 2 Teknik Pemalas Membakar Lemak Dan Mengecilkan PerutMy Profile

  22. Rina says:

    Orang senang dan bahagia kita menderita melihatnya, jika ini terjadi berarti penyakit iri dan dengki sudah merasuki jiwa
    Semoga ya terhindar dari penyakit2 hati ini sebab ini penyakitnya syaitan dan iblis yang laknatulah
    Rina baru je tulis kisah Create PHP PDO To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

  23. zool says:

    wartawan sensasikan citer..
    biorlah diorang.. yang sudah tu sudah..
    zool baru je tulis kisah Kejar Lembu di LebuhrayaMy Profile

  24. hafiz says:

    Entahlah tapikan benda baik buat apa nak sembunyikan..
    hafiz baru je tulis kisah Seronoknya mandi kolamMy Profile

  25. Lyn™ says:

    Hehe…setuju, setuju. Nak tambah sikit cikgu ;
    ” Kepohkan hal orang..,sendiri pun belum tentu “.
    Lyn™ baru je tulis kisah HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAHMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun