Palsu

dari mana datang bertamu
naik rakit hendak ke muara
hati kecewa bertambah ragu
bodoh cerdik semua terkena

menuju muara sambil berlagu
pecah suara mengusik maya
orangnya kaya duitnya tipu
hilangnya ada di mana-mana

seloka berlagu di malam hari
lembut bayu membelai nyiur
trafik palsu menyakitkan hati
ramai ditipu bukan terlanjur

gelap malam di manakah bulan
hatinya rindu ke lautan lepas
termenung ayam di tepi reban
telurnya palsu haram menetas

bintang sedikit di langit biru
bunyi cengkerik di pasu bunga
cintanya berbelit janji palsu
hatinya sakit badan merana

TehrDemikian kisah 'Palsu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. kaizen says:

    uish… komen ini bukan komen palsu tau! ngeh3
    kaizen baru je tulis kisah oNe DReaM KoMuNiTi TaWauMy Profile

    1. tehr says:

      ok
      yang ni ori :D

  2. adele says:

    apa nak buat,
    dunia nak kiamat.
    adele baru je tulis kisah Jawatan Kosong- BEAUTY CONSULTANT DIKEHENDAKIMy Profile

    1. tehr says:

      moga2 kita masih sempat berbuat amal kebajikan

  3. benjy says:

    Aduhhh ! … banyaknya TIPU dan PALSU … setakat orang kaya kerana menipu dan cinta palsu … dah lama ku dengar di corong2 radio dan banyak ku lihat di TV…. Tetapi telur palsu dan trafik palsu ni rasaya baru lagi bagi diriku … Efeknya juga sangat mendalam … mana tidaknya sekarang moral ayam telur rendah kemungkinan hanya boleh bertelur sebiji je sehari … manakala blogger seperti ku hilang keyakinan kerana di hujani trafik palsu… Kedua-duanya ayam telur dan blogger yang terkena impah ini perlu berjumpa doktor pakar untuk memulihkan kembali semangat yang hilang …
    benjy baru je tulis kisah PERTARUNGAN DENGAN GERGASI BATUMy Profile

    1. tehr says:

      jangan sampai hilang semangat, bro
      anggap semua ni cabaran

      1. benjy says:

        terima kasih atas sokongan … anda salah seorang yang menyebabkan semangat ku menaik.
        benjy baru je tulis kisah MERCUN DAN MERIAM BULOHMy Profile

        1. tehr says:

          sama2, bro
          aku juga sama

  4. mie says:

    sungguh banyak benda yang dipalsukan…
    adakah yang original tidak bagus..
    anti trafik palsu..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Petronas Malaysia Grand Prix F1 2011My Profile

    1. Cik Siti says:

      sokong 100%
      Cik Siti baru je tulis kisah SEMOGA CERIA DI HARI MINGGUMy Profile

    2. tehr says:

      paling sedih kalau barang palsu dengan harga original

      1. sungguh menipu..
        lainlah kalau barang murah kualiti original..

        1. mie says:

          itu la kalo duit dijadikan pegangan pertama..
          eheheee
          mie baru je tulis kisah Malaysia Grand Prix Concert RAIN LiveMy Profile

  5. Cik Siti says:

    yang tak bestnya kalau dapat duit palsu…. menangis tak berlagu… wa…wa…wa…
    Cik Siti baru je tulis kisah SEMOGA CERIA DI HARI MINGGUMy Profile

    1. tehr says:

      wa… wa… wa…
      nak tumpang nangis juga ni, cik siti

    2. nasslimdiet2 says:

      pernah dapat duit palsu ke? saya biasa tengok petronas dapat duit palsu. dorang akan letak kat dinding kaunter
      nasslimdiet2 baru je tulis kisah Pelancaran produk Sleep Time di MalaysiaMy Profile

      1. Cik Siti says:

        pernah juga dapat duit palsu… biasanya duit ni dia lebih licin… berhati-hati dengan duit ni…. kalau nampak line perak tu tak ada berkilau jangan ambik. biasanya yang paling banyak duit 50. selain tu duit sepuluh dan seratus pun ada juge…
        Cik Siti baru je tulis kisah 5 BLOG YANG PALING DILAWATIMy Profile

  6. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    enjin wira enjin apa lepas jpj

    Malam hari minum bali
    Siang malam minum samsu
    Hati-hati ketika membeli
    barang sekarang banyak tipu

    pergi kedai beli tahu
    pergi hulu naik perahu
    Kalau suka jadi penipu
    ingat orang tak tahu
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      tiap pagi minum susu
      tiap malam minum samsu
      masalahnya kita tak tahu
      sebab kita kekurangan ilmu

      1. mie says:

        sakan berpantun..
        ehehehee
        mie baru je tulis kisah Malaysia Grand Prix Concert RAIN LiveMy Profile

  7. decrewz says:

    Hamba menghilang bukannya lama
    Datang kembali membawa berita
    Cerita daku benar belaka
    Kalau palsu abaikan saja
    decrewz baru je tulis kisah Cara Tukar Permalink Tanpa Hilang TraffikMy Profile

    1. tehr says:

      datang kembali bawa berita
      cerita sedih bukanya lucu
      dengar baik baik jangan lena
      moga nanti dapat membantu

  8. toyol says:

    TK ada rambut palsu..
    barangan jenama palsu pun ada..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah IMPIANMy Profile

    1. tehr says:

      rambut palsu? :D

  9. Ismail N says:

    Errr.. bukan berita tadi cakap telur tu ori kan.. bukan palsu..
    Yg palsu tu kat Siam tu banyak la .. awww…
    Ismail N baru je tulis kisah Burning The Midnight OilMy Profile

    1. tehr says:

      ada juga dengar petang tadi
      tapi saya masih juga suka dengar apa kata CAP nanti

      1. akubiomed says:

        Elok juga CAP beri peringatan sebelum terlewat
        akubiomed baru je tulis kisah Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1My Profile

    2. dnoBiz says:

      aku pundengar macam tu juga, tapi sekurang kurang nya kita dapat peringatan awal :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Lima rencah Lima rasa – Cheff Sherson Lian memang di luar kebiasaanMy Profile

  10. Norgadis says:

    Duit palsu rambut palsu
    telur tiruan beras tiruan
    kalau semua tiruan palsu
    yang mana jadi pilihan?

    1. tehr says:

      kalau semua tiruan palsu
      memang kelabu biji mata
      pilih saja yang mana satu
      sama sahaja tiada beza

      haha

  11. pak pak ketipong payung,
    relaks la tuan, jangan melengung!
    insan marhaen baru je tulis kisah Songkok TinggiMy Profile

    1. tehr says:

      relaks seadanya
      mengeluh juga seadanya, bro :D

  12. Aduuuh… tak larat nak jawab pantun tehr ni…..

    minum teh bersopan santun
    sambil melihat bunga dipasu
    Blog tehr kena berpantun
    sampai pantunku jadi palsu

    hahahahahaha…. :D :D :D
    Sorry la bro. Takde idea nak jawab pantun.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Related post for blogspot-below postMy Profile

    1. tehr says:

      pantun itu satu puisi
      asal buat asal menjadi
      hanya untuk berhibur hati
      redah sahaja ke kanan kiri

      tak kisah semuanya, sis
      suka2 je kan? :D

  13. Rindu masih dalam bayangan,
    gelodak di jiwa tak lalu makan,
    ada untung dan kepentingan,
    maka yang palsu jadi pilihan
    tengkorak emas baru je tulis kisah WWE Superstar Slingshot- jelmaan Angry BirdsMy Profile

    1. tehr says:

      gelodak di jiwa tak lalu makan
      perutnya sakit tekak meloya
      maka yang palsu jadi pilihan
      senyum diberi dalam terpaksa

  14. ghost writer says:

    pergi muara naik kereta sapu
    turun kereta badan dah lesu
    kalau hidup dah biasa tipu
    sampai hati pun menjadi palsu
    ghost writer baru je tulis kisah quisMy Profile

    1. tehr says:

      turun kereta badan dah lesu
      lenguh mulut kunyah maruku
      sampai hati pun menjadi palsu
      keras berdaki seperti batu

  15. padin says:

    wah memang sempoi la pantun ni,
    gunakan kata palsu, boleh jadi banyak perihal..

    memang banyak perkara kalau boleh nak di palsukan sekarang ni
    aku pon tak paham, kenapa…

    1. tehr says:

      memang payah nak faham kata2 palsu ni, bro :D

  16. mappiau says:

    owh!! chenta pelesu memang menyakitkan…

    tapi daku datang nih bukan pelesu tauuuu hohoho
    mappiau baru je tulis kisah ALKISAHNYA PAPAIRFANMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      tau2… yang ni ori ni :D

  17. zik says:

    banyak benda palsu nie…. apepun kunjungan kali ini ori punyerrr…
    zik baru je tulis kisah Mustahil hidup tanpa hutangMy Profile

  18. Wan Perlis says:

    bab pantun ak mmg respek hang

    1. tehr says:

      kadar cukup makan je, wan
      kadang2 guna teknik hentam keromo je :D

  19. dyea says:

    palsu…dimusim mengundi kat serawak ni yg paling banyak palsu semestinya janji palsu…
    dyea baru je tulis kisah Triffle peach puddingMy Profile

    1. tehr says:

      harap tak palsu kali ni :D

  20. dnoBiz says:

    kenapa menipu dan kenapa ditipu…
    Yang paslu kekadang berguna dari yang asli
    dnoBiz baru je tulis kisah Lima rencah Lima rasa – Cheff Sherson Lian memang di luar kebiasaanMy Profile

    1. tehr says:

      gigi palsu juga sangat berguna, dno
      lebih2 lagi macam aku ni
      hehe

      1. dnoBiz says:

        hahah betul tu Tehr.., aku tengok ok lagi gigi tu, sempat lagi tunggu raya korban ahaha :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Pengakuan Raja Petra – Tak Pernah Tuduh PM Dan Isteri Terbabit Kes AltantuyaMy Profile

  21. kakyon says:

    budak-budak minum susu
    lepas minum duduk di situ
    kenyataan benar di kata palsu
    demi menutup agenda tertentu
    kakyon baru je tulis kisah awas!! telor tiruan!!!My Profile

    1. tehr says:

      lepas minum duduk di situ
      duduk bersandar atas kerusi
      demi menutup agenda tertentu
      sembunyi semua hasrat hati

  22. best !

    telurnya palsu haram menetas..hehe

    1. tehr says:

      buat letih je ayam tu mengeram :D

  23. zulkbo says:

    salam..
    ermmm…bila nafsu mengatasi akal
    ramailah yang buat kerja “short cut”
    tu yang terjadinya kejadian penipuan
    pelbagai ragam..
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Tiruan Rupanya Tulen – Pengesahan DNAMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      semua nak cepat, zul

  24. suri says:

    janganlah tipu, sebab apa yang di buat pasti tak berkata..

    rzki yang dapat akan mudah berlalu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun