Pakistan Oh Pakistan

Siapa pernah ke Pakistan. Sebuah negara yang terletak di Asia Barat yang bersempadan dengan India, Iran, Afghanistan dan China. Siapa tak suka Pakistan sila angkat tangan! Selama ini nama Pakistan tidaklah biasa sangat disebut, tetapi petang tadi rasa kecewa pula kerana Pakistan. Hehehe.

pakistan asalnya negara indiabenazir bhutto pakistan
sejarah mereka berpecah dua
satu pakistan dikekalkan nama
tapi di timur bangladesh pula

islamabad namanya ibu negara
penganut islam ramai di sana
muslim sunni majoriti mereka
tempat kedua selepas indonesia

pakistan bukan negara maju
tapi nuklear ada di situ
cakap pula berbahasa urdu
matawang rupee diguna selalu

kerana mereka di petang tadi
kita kalah skuasy dan hoki
dua emas dah terbang pergi
peminat kita menggigit jari

jaga pakistan jangan kau lari
kita kan bertemu di lain kali
sedialah hadapi amukan kami
malaysia tak rela menangis lagi

Kedua-dua kekecewaan kita skuasy dan hoki adalah kepada pasukan dari Pakistan. Hiss… Geram juga seketika. Tapi apa nak buat kan? Mereka lebih baik dan handal berbanding kita. Semoga suatu hari nanti kita akan berjaya menundukkan mereka. Ada harapankah kita untuk melepasi catatan sembilan pingat emas di Sukan Asia?

TehrDemikian kisah 'Pakistan Oh Pakistan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


44 Comments

  1. dnoBiz says:

    dan macam biasa aku cukup suka cara kau

    hehehe…:D
    dnoBiz baru je tulis kisah Lembab- Lembam dan LemauMy Profile

    1. tehr says:

      aku lagi suka :D
      tq

      1. dnoBiz says:

        pada aku kekalahan pada pakistan masih boleh dimaafkan :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Percutian Mengejut – Percutian Yang Tidak DirancangMy Profile

  2. kulanz says:

    hoki 2-0… adoiii.. kecewa juga.. tapi dah mmg itulah kemampuan pemain negara masa tu.. skuasy td tak sempat tengok..
    kulanz baru je tulis kisah DSLR- Canon vs NikonMy Profile

    1. tehr says:

      pakistan memang kuat
      tapi tak mustahil juga suatu hari kita kalahkan mereka

  3. suzierahman says:

    wah ingt nk cite sal awek pakistan..haha
    suzierahman baru je tulis kisah Special 4 Nuffnang &amp NuffnanggersMy Profile

  4. zik says:

    takpelah … yang penting mara ke final… sebelum nie memang tak pernah…
    zik baru je tulis kisah Hoki sekadar perak- skuash berpasukan rangkul emas yang ke9!My Profile

    1. tehr says:

      ya, zik
      itu pun dah hebat sangat dah tu
      tahniah kepada mereka

  5. belalang says:

    adat permainan…
    pasukan mana yg kurang melakukan silap akan berjaya…
    xpe boleh cuba lagi…
    hee
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      yups, pasti jumpa lagi nanti

  6. Wan Perlis says:

    syg kita x dapat emas hoki
    pakistan ni bukan byk syiah? perbetulkan aku klo aku salah
    Wan Perlis baru je tulis kisah Tatasusila dalam FacebookMy Profile

    1. tehr says:

      ya, sayang sekali
      harap pasukan kita gigih berlatih untuk jumpa mereka lagi

      menurut laman ‘pakistan tourism’ 77% daripada mereka adalah sunni, hanya 20% syiah

  7. mijie says:

    sayang seribu kali sayang, kita terlepas peluang kepada pakistan
    mijie baru je tulis kisah Proton inspira idaman kalbuMy Profile

    1. tehr says:

      barang yang lepas
      hai jangan dikenang

      cuba lagi nanti
      apa pun aku dah suka sangat mereka layak ke akhir

  8. sud@is says:

    pakistan
    kenapa hampa kuat sangat berlari

    syok tengok game semalam
    sayang malaysia terlepas lg
    sud@is baru je tulis kisah Lawak dan Khasiat Sengkuang CinaMy Profile

    1. tehr says:

      yups, mereka memang kuat

    2. suri says:

      itu dah mmg sukan mrka le…lain suka dema tak ambil port sngt heee

  9. gayahspears says:

    terbukti dorang kuat… nk ckp pe.. terima jelah hakikat..huhu
    gayahspears baru je tulis kisah KAKI ROMEN DAPAT TOPUPMy Profile

    1. tehr says:

      aku terima keputusannya dengan jaringannya 2-0 tunai

  10. suri says:

    hoki hee…sebut bab ni trus ingat wekend sslu tgok ctr hindustan heee

    1. tehr says:

      suka cerita sholay :)

  11. Seri Bahasa says:

    sekurang-kurangnya kita patut berbangga pasukan hoki kita menduduki tempat kedua. biasanya tercorot kat bawah opppsss….

    1. tehr says:

      ya, betul tu
      selalunya dok ikut belakang orang je :D

  12. Afiq Bukhari says:

    arghh xsanggup tengok malaysia dikalahkan lagi..please do something. MALAYSIA BOLEH~! :D
    Afiq Bukhari baru je tulis kisah Penghawa Dingin Kereta Menyebarkan PenyakitMy Profile

    1. tehr says:

      insyaallah, lain kali boleh kalahkan pakistan

  13. Hadi Rofiee says:

    Lain masa & waktu, kita bertemu lagi. Kali itu, kita pasti lebih bersedia. :-). Sokong Malaysia.
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Tabung derma di hari jumaatMy Profile

    1. tehr says:

      harap2nya pemain kita lebih bersedia
      peminat mahu menang ni
      emas2

  14. etomyam says:

    pakistan ni memang potong stim betul hahaha
    etomyam baru je tulis kisah Selepas 23 Bulan 3 hariMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      memang kacau daun betul

  15. padin says:

    aku suka ayat nih,
    “pasukan mana yang kurang melakukan kesilapan,
    mereka berpeluang untuk menang”..
    padin baru je tulis kisah Aroma Secawan KopiMy Profile

    1. tehr says:

      betul bro
      silap sikit je gol
      memang perlu hindarkan kesilapan

  16. Ismail N says:

    Memang lah kecewa sangat. Tapi biasalah adat bermain – ada menang dan ada kalah. Nasib kita untuk kalah pulak.
    Squash kalau tak silap pemain2 lelaki kita sakit-sakit. Semi-final pun sikit lagi kalah…. Tapi mereka main juga dalam keadaan sakit. So tahniah atas kesungguhan mereka.
    Hoki, kita main dengan baik tetapi agak tumpul di bahagian serangan. Maybe panik sebab tak biasa main final. Cuba lagi next time.. :D

    1. tehr says:

      apa pun tahniah kepada atlet negara
      mereka memang hebat

  17. wadud says:

    errr…
    bagus la post ko bro..
    hehehe…
    banyak ilmu aku leh dapat..
    trimas..

    1. tehr says:

      blog wadud lagi banyak ilmu dan panduan
      aku selalu juga cedok :D

  18. mie says:

    baru tahu ttg pakistan dan bangladesh ni..
    hehehee
    mie baru je tulis kisah - othman wedding day -My Profile

    1. tehr says:

      kisah sebelum merdeka tu, mie

  19. kakyong says:

    pakistan kan sinonim dgn hoki… huhuuh
    kakyong baru je tulis kisah GA Teka &amp Menang Ibu3AMy Profile

  20. sangilapi says:

    kalau aku tak masuk blog ni,memang aku tak tau kisah kekalahan hoki pasukan malaysia ni :)
    sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun pilih2 je tengok
      mana sempat nak tengok semua :(

  21. Cik Siti says:

    teringat dengan benazir wanita pertama mentadbir pakistan
    Cik Siti baru je tulis kisah Kontest dari SUARA BAWAH TANAHMy Profile

  22. Ali ridha says:

    badan deme tu besar2.
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  23. Ali ridha says:

    lain kali
    bila ada
    masa kita
    bertemu kembali.cewah!!!!
    Ali ridha baru je tulis kisah Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun