Pahang Juara Piala Malaysia 2013

piala malaysiaKelantan [0] vs [1] Pahang

Pahang Juara Piala Malaysia 2013. Ini adalah kali ketiga Pahang berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kuantan. Kali pertama pada tahun 1983 dan kali kedua pula tahun 1992. Tahniah.

Pertahanan Kelantan nampak sukar dengan ketiadaan Obinna Nwaneri yang tidak dapat diturunkan kerana menerima dua kad kuning. Malam tadi benteng anak buah Dollah Salleh nampak lebih menjadi berbanding benteng anak buah Bojan Hodak.

Khairul Fahmi [1] vs [0] Khairul Azhan

Bagi aku kedua-dua penjaga gol, Kelantan dan Pahang bermain dengan baik. Mereka berjaya menutup gawang masing-masing dan menggagalkan beberapa peluang pasukan lawan menjaringkan gol. Khairul Azhan pula lebih beruntung berbanding Khairul Fahmi yang tewas dengan 1 tandukan.

Kesudahannya Kelantan gagal pertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu, tewas dengan gol tunggal perlawanan oleh Matias Ruben Conti pada separuh masa kedua.

Azamuddin Mohd Akil dipilih sebagai pemain terbaik final Piala Malaysia 2013.

TehrDemikian kisah 'Pahang Juara Piala Malaysia 2013' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. Perlawanan yang menarik. Tahniah buat pasukan Pahang.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Tuah Oren Apresiasi Seni Legasi BongaiMy Profile

  2. bagi ada dua faktor kekalahan TRW…faktor taktikal yg tak menjadi…lepas tu pertahanan yg lemah…faktor nasib pun ada sebab TRW ada peluang terbaik..tetapi tak dapat skor…sebenarnya TRW nak bermain lebih kepada bertahan semalam..tapi tak dapat mengawal kepantasan permainan tok gajah
    blogger lelaki baru je tulis kisah Kenangan SPM AkuMy Profile

  3. cikgu naman says:

    Kito gomo lagi tahun depan!!!
    cikgu naman baru je tulis kisah Perjalanan Sang KijangMy Profile

    1. hafizmd says:

      gomo tetap gomo!
      hafizmd baru je tulis kisah Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…My Profile

  4. azura says:

    bukan rezeki kelantan tahun ni…moga success

  5. hafiz says:

    Tahniah buat team pahang…
    hafiz baru je tulis kisah Tips keselamatan untuk wanitaMy Profile

  6. pahan says:

    berdebar2 aku tengok malam tadi.hehe
    pahan baru je tulis kisah Apa yang kamu perlukan untuk design theme blog sendiri?My Profile

    1. hafizmd says:

      nak2 last minit tu…fuuuh
      hafizmd baru je tulis kisah Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…My Profile

  7. mie says:

    permaianan malam semalam memang menarik…
    nampak dari awal kelebihan buat Pahang..
    ehehehee
    mie baru je tulis kisah Memborong Cenderahati Di Agung BaliMy Profile

  8. padin says:

    siaran langsung bola sama dengan F1,
    xsenang duduk nak tengok,

  9. onlajer® says:

    hehe tiba – tibe tersokong pahang pulok
    onlajer® baru je tulis kisah Panduan Sebut Harga Pendawaian Elektrik Untuk Unit KediamanMy Profile

  10. titan says:

    pahang lebih hebat malam tadi. hehe..
    titan baru je tulis kisah 12 Sebab Mengapa Pahang lebih layak jadi Juara Piala Malaysia 2013.My Profile

  11. Tahniah! pasukan Pahang…tiada rezeki buat pasukan Kelantan tahun ini…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Soalnya Cinta?My Profile

  12. maza says:

    Angkara malam tadi…

    Mahu lebih adil kepada kesemua pihak dan menggelak rusuhan di dalam rumah; beli jersi tanpa berpihak kepada pasukan mana-mana.

    Ahaks, petangnya pula menggali ubi kayu untuk direbus dan dicicah dengan sambal belacan. Tekak pula bakal dibasahi dengan air suam satu teko sambil menantikan episod akhir Piala Malaysia (Kelantan vs Pahang) malam nanti….

    Sekali kijang kena hempap gajah lah.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Dinginya Malam ItuMy Profile

    1. hafizmd says:

      gajah naik minyak daa malam tadi…hoho
      hafizmd baru je tulis kisah Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…My Profile

  13. Nazri says:

    pastinya permainan lebih menarik kalau padang tak basah
    Nazri baru je tulis kisah Elaun Hospital Deman Panas RM750My Profile

  14. suri says:

    akan ada rezeki lagi deh..jangan marah marah ya
    suri baru je tulis kisah Cara-Cara Membasuh Tuala Wanita Tahap Paling EntengMy Profile

  15. hafizmd says:

    Tahniah Pahang dan Kelantan. Mmg aksi yg best!
    hafizmd baru je tulis kisah Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…My Profile

    1. suri says:

      dua hebat saya nak tengok makan seperti tidak tentu arah..abang asyik bising sahaja tau :P
      suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 12 & 14_ 2013My Profile

  16. akubiomed says:

    Tanniah buat pasukan Pahang. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah I AM NIKON Showcase 2013 di Mid Valley MegamallMy Profile

  17. Lyn™ says:

    Antara Siti Nurhaliza dan Nelopah
    Saya tetap sokong Johor Darul Takzim

    ( err…suami saya aja yang sokong ke dua-dua pasukan di atas kerana dia berasal dari Kelantan dan dah lama berhijrah ke Kuantan )
    Lyn™ baru je tulis kisah SUNATMy Profile

  18. Ismail N says:

    Pahang main dengan lebih baik semalam. Layak untuk bergelar juara. :D
    Ismail N baru je tulis kisah Malaysia Cup Final – Best Team Win!My Profile

  19. Tahniah kepada pahang. Memang layak rasanya pahang menang kalau berdasarkan game malam semalam.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435HMy Profile

  20. Dja@SisHaza says:

    Tahniah kepada Pahang… tak pe kena gasak pun, asal sudah bertungkus-lumus. Kalah menang kan adat pertandingan tu

  21. Hafizul says:

    Emm tahniah buat pasukan Pahang..kelantan tak apa..next boleh cuba lagi…ye?hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Aku Yang BerdosaMy Profile

  22. cik tom says:

    tahniah team pahang!
    cik tom baru je tulis kisah My Passion In BloggingMy Profile

  23. kakiblog says:

    tahniah untuk Pahang!..sokong AUC
    kakiblog baru je tulis kisah Tulis Idea Dan Dapat DuitMy Profile

  24. UmmiKami says:

    Salam ziarah di awal pagi… :)

    Andang terbalik belantan hangus,
    Api melekat badan terkena;
    Pahang terbaik Kelantan bagus,
    Energi kuat bertindan stamina…

Leave a Reply to hafizmd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun