Padah Melupai Pesan Nabi

“Berani kau berkata begitu. Anak kurang ajar. Inikah balasan yang aku dapat, setelah aku mendidik kau dengan penuh kasih mesra. Inikah hasil yang ku dapat, setelah ku memberi kau segala kepuasan dan kebebasan hidup.”

“Anak yang tak tau malu. Kau cemarkan nama Rokiah. Nama anak Pak Long mu sendiri, Sazali.”

“Sekarang, lebih baik kau tarik segala kata-kata mu, sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Sebelum aku mengusir kau keluar dari rumah ini, Sazali.”

“Kau tarik balik, Sazali.”

bapanya sazali

bapanya sazali
tersepit di sudut hati
terjerat di dalam diri

kasihnya tiada ditukar ganti
sayangnya tiada dibelah bagi
sikapnya meruntuh budi pekerti
tingkahnya meracun hati sendiri

bapanya sazali
menangis dan menyesali
padah melupai pesan nabi

anakku sazali

Kalau 10 tahun dahulu bapak melakukan demikian, barangkali Sazali boleh jadi baik sekarang. Tapi sekarang sudah terlambat. Sudah terlambat, Pak.”

“Bapak yang bersalah dalam soal ini. Bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja. Segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan. Segala apa hajat Sazali bapak sempurnakan.”

“Sehingga Sazali pandai bercakap bohong sama, bapak. Sehingga Sazali menipu, bapak. Menipu untuk kepentingan diri. Tapi bapak hanya…”

“Anakku Sazali.”

TehrDemikian kisah 'Padah Melupai Pesan Nabi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


10 Comments

  1. azura says:

    kasihan si bapak
    azura baru je tulis kisah Salam Nuzul Quran dan Selamat BercutiMy Profile

  2. UmmiKami says:

    Salam Ramadhan di pagi hari… :)

    Bongkah perdu sudahlah basah,
    Mengirai sagu rumbia digali;
    Alangkah syahdu kisah berpisah,
    Dibuai lagu nostalgia P.Ramlee.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ujian Bulan Ramadhan Buat Ummi…My Profile

  3. UmmiKami says:

    Kesan di pipi ada didemah,
    Dipegang bernanah rasa terbelah,
    Tekan sendi sapuan berubat,
    Merah di tangan menggunting gauz;
    Pesan Nabi kepada ummah,
    Berpegang sunnah perkasa solah,
    Al Quran menjadi panduan terhebat,
    Ke arah perjalanan yang paling lurus.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ujian Bulan Ramadhan Buat Ummi…My Profile

  4. pengajaran yang banyak cerita ni. sama-sama peringatan
    :)
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah ramadhan dua puluh lima : susah-susah kita, tak macam merekaMy Profile

  5. Mohd Shubhi says:

    Harap anak-anak yang ada sekarang tak jawab macam Sazali bila besar nanti…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah 10 terhebat sepanjang Julai’2013 #9My Profile

  6. hafiz says:

    Betul tu manjakan anak biar bertempat
    hafiz baru je tulis kisah Iklan raya 2013My Profile

  7. Dja@SisHaza says:

    …. ” apabila seorang hamba melahirkan tuannya ” begitu le yg bakal terjadi. Tanda2 akhir zaman
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah SAMBUTAN HARI RAYA MENGIKUT SYARIAT ISLAMMy Profile

  8. akubiomed says:

    Terima kasih memberi pengajaran dan peringatan.

  9. AUC says:

    moga waris kita nanti tiada perangai sebegini
    AUC baru je tulis kisah Google Glass Dah Sampai…My Profile

  10. Hafizul says:

    Hehe..terbaik..macam tengok citer anak ku sazali bila baca artikel ni..haha
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #66 – Luahan Hati Pondok KecilMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun