Orang Tua

Kata orang tua, anak dara kalau menyanyi di dapur akan dapat suami yang dah berumur. Mungkin sekali sebaya dengan ayah sendiri. Tapi bagaimana kalau anak teruna menyanyi di dapur? Pastinya memang tak tahu memasak tu. Hehehe…

Buah durian enaknya rasa,
Isinya lembut kulit berduri;
Ingat pesan orang-orang tua,
Ada dibalut hikmat tersembunyi.

Dalam dunia hari-hari, orang tua ialah orang yang telah berumur. Kata budak-budak sekarang orang lama atau warga emas. Menghormati orang yang lebih tua daripada kita adalah satu budaya masyarakat yang sangat perlu kita amalkan. Maklum sahaja mereka lebih dulu makan garam daripada kita. Budak-budak sekarang kata, “Patut la ramai yang mengidap darah tinggi.”

Nenek kemari membawa raga,
Sirih junjung bersusun seni;
Hormat-menghormati budaya kita,
Sama beruntung tiada yang rugi.

Orang tua kita adalah kedua ibu bapa kita. Sama ada mereka masih muda atau sudah tergolong sebagai warga emas, mereka wajib kita hormat dan taat. Kata ustaz, Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu. Anak yang menderhaka kepada kedua orang tua tidak akan mencium bau syurga, bukan bau tapak kaki ibu.

Sepanjang jalan cari selasih,
Selasih terjumpa di Pekan Rabu;
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,
Ampunkan dosa ibu dan bapaku.

orang tuaKita sendiri, Insya-Allah panjang umur juga akan menjadi orang tua. Memang pasti. Dan penyakit tua ini memang tiada ubatnya. Tua tidak akan dapat disorok dengan perubatan moden. Tak akan dapat ditutup dengan suntikan botox atau pembedahan menegangkan kulit. Itu memang janji Allah yang pasti.

TehrDemikian kisah 'Orang Tua' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


13 Comments

  1. Cik Siti says:

    jika tiada ibu bapa, siapalah kita…. silap-silap kita pun tiada di muka bumi ini… hormatilah dan sayangi mereka agar hidup akan lebih diberkati
    Cik Siti baru je tulis kisah kipas….My Profile

  2. UmmiKami says:

    Sayang serindit disengat pari..
    Letih layu terbiar mati..
    Wang ringgit dapat dicari..
    Kasih ibu sukar diganti..

    Tumbuh tegak hingga melambai….
    Bercabang seribu letihlah tupai….
    Sepuluh anak dijaga dibelai…
    Seorang ibu masihkah dipertikai…..

    Petola disimpan bawa berniaga..
    Tinggi gayat bermendung awan..
    Rela berkorban nyawa dan tenaga…
    Selagi hayat dikandung badan..

    Manggis berbuah di kota Sibu..
    Kelam hutan sedang dibakar..
    Setitis tumpah airmata ibu..
    Sedalam lautan di Padang Mahsyar..
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tanjak Destar dan Tengkolok Santun Melayu…My Profile

  3. akubiomed says:

    Selagi orang tua masih ada berbaktilah kepada mereka dan kita turut transformasi semakin menua seirihg dengan peningkatan umur.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – # pencapaian 12.12.2012My Profile

  4. maza says:

    dan kita juga bakal jadi tua.. itu pun kalau sempat.. kan kan kan.. huhuhu
    maza baru je tulis kisah Bonus Akhir Tahun untuk kakitangan awam dan bantuan persekolahan RM100My Profile

  5. onlajer says:

    ya semua penyakit ada ubatnya kecuali mati
    onlajer baru je tulis kisah Berhenti Merokok Azam 2013My Profile

  6. azrina says:

    pada pandangan saya lah… ada perkara perkara yang diperkatakan oleh orang tua nie, kita kena dok percaya gak, walaupun ada kalau nya kita dicurigai… contohnya

    mak suruh makan nasi tapi kita makan nasi berterabur dan jawapan orang tua, kalau tak makan nasi tu nanti dia nangis…. waktu malam kita tidur… so kira pun iya iya lah makan…. tapi sebenarnya mungkin dia suruh kita makan supaya jgn membazir…. oleh itu percaya lah cakap orang tua :)
    azrina baru je tulis kisah Gambar Nora Danish ketika makan coklat – Hot!My Profile

    1. Ladfe Amir says:

      ada bahasa kiasan yg lebih mudah untuk diserap di dalam fikiran berbanding membebel tak tentu fasal bila makan berterabur.

      kesian..nanti nasi menangis lebih menimbulkan rasa kasihan berbanding bebelan yg menimbulkan rasa bosan
      Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

  7. papa mifz says:

    amalan menghormati orang tua nih satu sifat murni…perlu diterapkan seawal usia yang muda…
    papa mifz baru je tulis kisah Budak Umur 4 Tahun Mohon Bekerja…??My Profile

  8. padin says:

    makin tua makin berisi…. :D

  9. Norizwan says:

    orang tua perlu taat dan hormat…ia adalah penting walaupun bukan ibu bapa kita…ia adalah satu tanggugjawab kita juga…
    Norizwan baru je tulis kisah Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -5My Profile

  10. donnyien says:

    teringat pula dengan kedua-dua orang tua saya dikampung, mereka semakin tua, bukan macam 10 tahun yang lepas semasa saya berpisah dengan mereka, merantau meneruskan hidup…
    donnyien baru je tulis kisah Perjalanan yang tidak di sangka-sangkaMy Profile

  11. Hafizul says:

    Emm betul tu bro..satu masa nanti kena lalui juga zaman tua ni..sekarang memang banyakm petunjuk dan panduan yang diberikan oleh golongan warga emas..sebab itu lah digelar warga emas kerana mahlnya pengalaman mereka..huhu
    Hafizul baru je tulis kisah Isteri Minta CeraiMy Profile

  12. Ladfe Amir says:

    ramai yg tidak sedar menghargai waktu muda kerana kelak akan merasai tua. pada masa yg sama tidak menghargai mereka yg lebih tua..kelak bila mereka meninggalkan kita baru rasa kesal berpanjangan
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Bukannya Fizo Omar (Episod 1)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun