Orang Melayu Putih

Secara peribadi aku bukan anti orang putih dan aku juga bukan anti orang Melayu. Apa yang aku sedikit kurang selesa ialah bila terpaksa berurusan dengan orang Melayu yang melebih-lebih pula putihnya. Kesian dengan pakcik makcik kat kampung, terlopong je mulut tengok orang Melayu putih ni.

kalau orang putih melayu
sanggup dicuba makan budu
bercakap pelat mereka tak malu

masuk kampung pakai kain sarung
sanggup pula pakai baju kurung
kepala juga mahu bertudung

kalaulah orang melayu putih
bahasanya selalu berlebih-lebih
orang mendengar telinganya pedih

tiba-tiba ke bandar mata berpinar
pakai baju nampak pusat keluar
pesan mak ayah dah engkar

Orang Melayu putih itu memang orang aku tetapi pasti bukan aku. Moga-moga bukan juga kamu. Ada sesiapa pernah berselisih dengan orang Melayu putih?

TehrDemikian kisah 'Orang Melayu Putih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


48 Comments

  1. LadyBird says:

    lady selalu je terserempak dengan orang melayu putih dan orang putih melayu..

    melayu begitu memang mudah layu.. mudah lupa pada agama dan budaya sendiri.. budaya orang lain diagung2kan..

    moga kite tidak Melayu begitu..
    LadyBird baru je tulis kisah Kitar SemulaMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      kita tak gitu, kita melayu biasa2 je :D

      1. b3njy says:

        Benjy tabik sama cikgu :)
        b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

  2. akubiomed says:

    Terlebih makan keju kot? :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Program Perjalanan Selamat 2012My Profile

    1. tehr says:

      haha
      tak pun banyak makan epal hijau

      1. b3njy says:

        Tak kurang juga makan butter :)
        b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    2. dnoBiz says:

      tah tah mabuk belacan hahaha
      dnoBiz baru je tulis kisah Melayu Homoseksual – Melayu ramai homoseksual?My Profile

    3. Norizwan says:

      selalu jumpa orang melayu putih ni pandai memasak mcm2….

  3. kakyong says:

    org melayu puteh ni kdg2 tak pernah pegang salji pun.. takat minum ABC jer.. tp slangnya mengalahkan orang yg bertahun bermain salji di negara orang… hehehhe…
    kakyong baru je tulis kisah Alycia Mega Giveaway 2011…My Profile

    1. tehr says:

      agaknya terlebih makan abc tak, kakyong?

  4. Jai says:

    Bak kata orang kampung “Eksyen je lebih tu..”..ha3..

    EH, tetiba pula nak tya.. Bro ngajar Bahasa Melayu ke?
    Jai baru je tulis kisah Susu Enfamil Menyebabkan Kematian Bayi Di ASMy Profile

    1. tehr says:

      eksen, jangan tak eksen :D

      dulu2 pernah gak ngajar bahasa melayu
      sekarang ni aku ngajar matematik je

      1. b3njy says:

        Benjy suka Math sebab banyak fomular macam fizik juga :)
        b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

  5. kakyon says:

    budaya melayu putih ni yg terus melayuuu…
    kakyon baru je tulis kisah tetiba tersentuh..My Profile

    1. tehr says:

      jangan pulak ada yang rasa mereka tersilap dilahirkan sebagai orang melayu
      fuh, pelik je dengar

  6. dari kecik anak2 tengok tv citer org putih…
    dari kecil juga budaya tu meresap ke jiwa generasi kita tanpa disedari..
    dah besar.. mulalah mempraktikkannya…
    Petua Emak Hot baru je tulis kisah Kuiz akan tamat awal pada 31 Disember 2011My Profile

    1. tehr says:

      ya la
      harap2 kita ambil yang baik2 je
      yang tak baik tu kita tolak tepi

  7. Mus says:

    harap jangan dilupa mana asal usul kita.
    bangga dengan org putih yg rajin belajar cakap melayu.
    Mus baru je tulis kisah Manisnya Buah Mangga SempornaMy Profile

    1. tehr says:

      ku juga tak kisah dan hormat dengan orang melayu yang rajin belajar bahasa asing

  8. chii says:

    tu yg payah kalo org x sedar diri..
    kalau sebutan betul …xpe..ni sebutan berterabur..poyo je lebih.eheh

    1. b3njy says:

      Sokong Chiii :)
      b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    2. tehr says:

      yups
      kita boleh dan dituntut belajar
      cuma yang tak elok tu, tak payah la belajar, kan?

  9. surihati_ku says:

    dah tahu ckp bi spek terus jer heee..mg tak patut..tapi nk ckp ar
    surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

    1. tehr says:

      cakap dalam kelompok kita tak kisah tu, suri
      sama2 belajar :D

  10. surihati_ku says:

    org kita sslu ingt klu cakap bahasa bi kononnya dia pandai segala hal..nyampah..

    org lain tahu gak tapi dok loghat bangat hiii
    surihati_ku baru je tulis kisah Untung Ada Pelanggan “Muda” DatangMy Profile

    1. tehr says:

      biar sesuai dengan situasi dan orang keliling :D

  11. b3njy says:

    Rasanya benda ni kalau kat KL dah macam biasa je …
    b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    1. tehr says:

      yups, betul tu
      yang aku dok heran ni, bercakap dengan pakcik makcik kat kampung
      huh

  12. b3njy says:

    Mungkin mereka nak kuasai bahasa english kot…
    b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    1. tehr says:

      itu elok sebenarnya
      sangat elok

  13. b3njy says:

    tetapi kalau berbahasa orang putih ok lagi tetapi bila berpakaian macam orang putih itu yang tidak berapa elok …
    b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    1. tehr says:

      hal pakaian tu memang sangat tak sesuai
      aku memang tak sokong

  14. b3njy says:

    Kalau benjy masih tak lancar lagi cakap omputih ada je tersangkut-sangkut :)
    b3njy baru je tulis kisah TANDA-TANDANYA KITAMy Profile

    1. tehr says:

      aku lagi teruk rasanya :D
      tap kita masih boleh belajar

  15. dnoBiz says:

    tu pangilan pendek tehr…
    kalau panggilan panjang “orang melayu tak sedar diri”
    dnoBiz baru je tulis kisah Antibiotik – Penggunaan Antibiotik di Kalangan Kanak-kanak dan kesannyaMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      harap2 mereka akan sedar
      ambil yang elok je

  16. uish orang melayu putih ni ramai, pandai cakap omputih sikit terus lupa diri dah
    sabree hussin baru je tulis kisah Perbezaan Antara Riba Dan Jual Beli (Perniagaan)My Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, bro
      nak cakap omputih pun, tengok keadaan la kan?

  17. iwan delaroc says:

    ramai golongan camni kat Kl tu… g ler tgk..ahakss

    1. tehr says:

      yups, kat bandar memang ketara
      yang aku kisahkan ni kat kampung
      kesian dengan pakcik makcik

  18. zulkbo says:

    Salam..
    biasa dah jumpa orang cenggitu
    kalau jumpa yang confirm melayu
    saya cakap melayu je..dia cakap
    omputeh saya balas melayu..last
    dia give up..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Dah Nak Kahwin Lisa Surihani Dengan Yusry KRUMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      hehe harap2 dia boleh sedar di lain ketika
      kalau ada walau sorang bangsa asing, tak kisah la kan?

  19. titan says:

    aku jumpa hari-hari. Penat aku asyik kena tunduk kepala aje..
    titan baru je tulis kisah Sah! Hutang PTPTN aku dah habis..My Profile

  20. nurmisnan says:

    orang melayu putih celup nih melambak2 jumpa. Bila dah
    start bercakap masyaAllah mengalahkan saleh2 kat luar sana.
    Macam lidah pendek.. har3…
    nurmisnan baru je tulis kisah Abah missing u Siti SyarahMy Profile

  21. yas says:

    Selalu jugak jumpa melayu mat salleh ni bro…nak2 pergi berurusan kat kaunter korporat dan swasta…
    yas baru je tulis kisah Konsert Loudspeaker di Stadium Merdeka ~ Mata AkuMy Profile

  22. sambutan hangat orang ternama
    bersalaman dengan para belia
    bersantun beradap ajaran agama
    agar melayu dipandang mulia

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    tip Spray paint motorsikal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  23. maza says:

    maza selalu gak jumpa org jenis tu… pada hal kat kampung dulu2 makan budu dan belacan.. uhuk!
    maza baru je tulis kisah 901 Keputusan Mahkamah Anwar Ibrahim bebas…My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun