Orang Kata

orang kata bila harga petrol naik
harga kereta dah jadi kurang menarik
nak dikata pelik taklah juga sangat pelik
ketika isi tangki tak pernah pula rasa serik

orang kata bila petrol naik harga
segera pula jadi kurang nilai gaji kita
bayar harga sama isi tangki dah tak sama
sedih rasa hati tapi pikir banyak pun tak guna

orang kata kalau mahu hidup senang
otak mesti ligat perlu juga ringan tulang
rajin serta usaha sanggup pula ambil peluang
ikhlas dan tawakkal sama seiring ketika berjuang

buntuOrang kata, kita tak perlu susah-susah berfikir pasal kenaikan 20 sen RON95 atau hal 15 sen RON97. Kita memang tak akan dapat kawal kenaikan harga barang dalam negara apa lagi harga petrol seluruh dunia. Apa yang kita boleh buat ialah berhemah, berjimat dan cuba tambahkan pendapatan. Lagi pun ramai yang sedia tahu, ada banyak cara dan banyak kerja sambilan yang boleh dibuat.

Hanya untuk mereka yang rajin!

Batu bata ukuran lain,
Susun rapat silang-silang;
Orang kata kalau rajin,
Pasti dapat hidup senang.

TehrDemikian kisah 'Orang Kata' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. suri says:

    yelah mesti rajin-rajinlah cari sumber baru kalau harap satu jer payah juga
    suri baru je tulis kisah Percaya Hujan Turun Kerana BintangMy Profile

  2. suri says:

    nampak gayanya kucing itu sudah menjadi seekor kucing yang agak pemalas ngeheee
    suri baru je tulis kisah Seindah Kiasan Untuk Setaman HatiMy Profile

  3. wazy says:

    orang kata..walaupun 20sen tu nilainya kecil,tapi kita kena sentiasa bekerja keras
    wazy baru je tulis kisah Sinopsis Filem Tanda PuteraMy Profile

  4. Mohd Shubhi says:

    Kita tak boleh kawal harga barang turun naik, tapi kita boleh usahakan duit kita turun atau naik…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Bagaimana atasi rasa kecewaMy Profile

  5. dja@sishaza says:

    Kalau selama ni, pakai baju buatan luar, boleh cuba beli tempatan punya…kalau sebelum ni rajin makan ayam panggang resepi luar,cuba pula panggang sendiri … at least itu le kekdahnya nk tampung kos 95 & 97 tu… dugaaan !
    dja@sishaza baru je tulis kisah DIET MENGIKUT JENIS DARAHMy Profile

  6. onlajer® says:

    yeah orang kata kalau nak senang kena rajin
    onlajer® baru je tulis kisah Logo Baru YahooMy Profile

  7. akubiomed says:

    Selalu makan Nasi Beryani Gam sebelum solat Jumaat dikenakan caj RM6. Hari ini sudah naik RM7. Penangan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 20sen.

    1. papa mifz says:

      amboi naik sampai rm1.00 , melampau tuh..!!
      papa mifz baru je tulis kisah Apa Tempat Best di Johor Bahru…???My Profile

  8. harga minyak naik…boleh cover dengan BR1M…tahun depan mungkin akan naik lagi…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Cinta, Hanya Sebuah Sandiwara…My Profile

  9. “Dah berkerja tak beban mana,
    Student nie yang always garu kepala…”
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Telefon Percuma Pakej Komunikasi Belia MyEGMy Profile

  10. Irwan Alessa says:

    orang kata, semua kita dengar..
    orang kata, semua kita kena terima,
    orang kata, apa nak kata,
    kita kata, terima saja..
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Hampa..My Profile

  11. Fyzal says:

    Kena buat side income lah cmni bro. Affiliate dah macam-macam letak kat blog, tp belum ada rezeki lagi.
    Fyzal baru je tulis kisah Avoid Conflicts: Those People Are Fighting With ThemselvesMy Profile

  12. hafiz says:

    Betul kata bro, kenalah berusaha bukan komplen je…
    hafiz baru je tulis kisah Penghargaan untuk top komentatorMy Profile

  13. Selain daripada berjimat cermat, tindakan yang bagus adalah dengan cuba meningkatkan sumber pendapatan kita. Tapi tak ramai yang berani buat macam ni.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Lulus Taraf Pekerja BerpencenMy Profile

  14. Ismail N says:

    Tak kisah lah apa org kata bro,
    kawe yg travel lebih 100km sehari ni, mmg rasa kenaikkan minyak tu.
    adehhh… :D
    Ismail N baru je tulis kisah Top 7 Places worth Visiting in MalaysiaMy Profile

  15. titan says:

    tu lah..orang kata. hehe
    titan baru je tulis kisah Bro, apsal tak letak iklan Nuffnang?My Profile

  16. Joe says:

    Nasib baik aku dpt claim duit minyak
    Joe baru je tulis kisah Kupon Domain GoDaddy Sept 2013My Profile

  17. UmmiKami says:

    Tambak daik rendah dan genting,
    Dibelah angin merekah dua;
    Minyak naik usah melenting,
    Kenalah rajin menongkah usaha.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Cermin Ilahi 1….My Profile

  18. UmmiKami says:

    Kerisik pekat sambal berangan,
    Kerat bergunting sayur pegaga;
    Asyik berehat berbantal lengan,
    Ibarat kucing tidur tak jaga…

    Gurau ja naa… :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Cermin Ilahi 1….My Profile

    1. UmmiKami says:

      Kucing sapala agaknya…. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Cermin Ilahi 1….My Profile

  19. UmmiKami says:

    Parang bermata hulunya dua,
    Parang di pinggang gadeknya ada;
    Orang kata selalu ketawa,
    Orang memandang awetnya muda.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Cermin Ilahi 1….My Profile

  20. Pantun yang last tu yang best sangat tu hehehehehe.

    Save22 + Hishop

    Jejak IskandarX 3.0 iskandarx.com
    MUHAMMAD NOOR FIRDAUS ISKANDAR BIN HAJI BASHAH baru je tulis kisah Dan Sebenarnya Atau Yang Sememangnya?My Profile

  21. bukan harga minyak naik, tapi subsidi di kurangkan – Najib Razak
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Top 10 Entri Ogos 2013My Profile

  22. kakiblog says:

    subsidi minyak yang dikurangkan satu tindakan yang bijak kerana golongan elit dan kaya raya turut menerima subsidi tersebut…sedangkan mereka sudah hidup selesa 7 keturunan..

    golongan kurang mampu pula pakai motosikal dan kereta berkuasa rendah yang memang guna kurang minyak..perlukan mekanisma baru untuk mengimbanginya nanti.
    kakiblog baru je tulis kisah Tak Mungkin Blogger Boleh Kena Tipu di Internet!My Profile

  23. Hafizul says:

    Orang kata ataupun kita yang kata?haha
    Hafizul baru je tulis kisah Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – BaliMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun