Orang Kampung Semua Sudah Tahu

Hajat hati, aku mahu menulis mengenai kedatangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, Kelantan pada hari besok. Guru-guru juga sudah menerima jemputan untuk hadir sama. Rasanya orang kampung semua sudah tahu berita ini. Jadinya molek kalau aku tulis cerita lain sahaja.

zaidi buluh perindu sudah tiada
kembali menemui yang maha esa
ucapan takziah kepada keluarga
moga reda dengan ketentuannya

Cerita bola perlawanan Piala FA 2013 pusingan kedua, Kelantan vs PKNS yang ditangguhkan juga rasanya orang kampung semua sudah tahu. Perlawanan ditangguhkan kerana hujan lebat yang mengakibatkan garisan di padang tidak kelihatan. Tarikh baru pula masih belum ditetapkan, jadi tak payah tulis cerita bola.

kisah siapa orang yang paling kaya
harta banyak punya wang berjuta
robert kuok masih tempat pertama
ananda krishnan pula tempat kedua

Kes saman Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) yang ditangguhkan ke hari Isnin depan juga orang kampung semua sudah tahu. Rasanya tak payah tulis cerita ini, lagi pun aku bukan tahu sangat cerita panas orang politik.

kisah sabah negeri di bawah bayu
datang askar dari kesultanan sulu
lamanya sudah juga lebih seminggu
bagaimana selesai kita sama tunggu

Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencatat nama dalam Malaysia Book of Records kerana berjaya memenangi tempat kedua Kejohanan Dunia MotoGP, Sepang tahun lalu. Orang kampung semua sudah tahu cerita pelumba tunggal Moto 3 Malaysia yang berjaya menaiki pentas podium dalam perlumbaan kelas Grand Prix ini. Berita ini juga tak payah tulis.

atau bagus aku tak tulis apa-apa
biarkan entri kosong tanpa cerita
bukannya ramai yang singgah baca
mungkin lebih ramai orang tak suka

Orang kampung juga semua sudah tahu Pasar Bergerak 1Malaysia (PB1M) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. PB1M akan memberi kemudahan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Barang keperluan yang dijual pula sama seperti seperti yang ditawarkan oleh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

TehrDemikian kisah 'Orang Kampung Semua Sudah Tahu' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. Petua Puteri says:

    Mcm2….. 1 Malaysia.. pasar bergerak satu malaysia pun ada.. mmg bagus tu membantu rakyat jelat..

    Saya tunggu Bisnes Online 1 Malaysia (pusat promosi produk online).. ataupun blogger satu malaysia… heeee..
    Petua Puteri baru je tulis kisah Ubat Resdung Cara TradisionalMy Profile

    1. suri says:

      jika ada blogge rsatu malaysia saya nak joint gak
      suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

      1. UmmiKami says:

        kak Ummi pun.. :)
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Adatlah Orang….My Profile

        1. suri says:

          bloger 1 msia hee bukan kedai2 jer ada 1 msia hee ..silap2 nnti ada letka nama ank “satu malaysia”

    2. hafizmd says:

      Moga ada inisiatif terkini utk terus membantu rakyat tingkatkan pendapatan

      Kalau yg pusat tu, mungkin boleh dibuat semacam jomniaga.com dan klikjer. Dua pusat jualan produk online terbaik setakat ini.
      hafizmd baru je tulis kisah Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.comMy Profile

  2. Saya pun tunggu produk bisnes online atau bisnes internet 1 Malaysia!
    Kalau ada, wow! mesti best punya. Sy nak joinla….

    Semoga zaidi buluh perindu ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Alfatihah…
    Shasha Mohamed baru je tulis kisah 10 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Lemak di PerutMy Profile

  3. Eizil says:

    Ada juga yang saya tak tahu… :D walaupun saya orang kampung juga ni… hehehe
    Eizil baru je tulis kisah Peranan mentor dalam kehidupanMy Profile

    1. suri says:

      salah satu lirik lagu selalu kedegaran
      suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

  4. papa mifz says:

    abg ipar den salah seorang peguam mewakili blogger tuh…:)
    papa mifz baru je tulis kisah Contest Kaca Mata PapaMifz.comMy Profile

  5. azura says:

    Sulu oh Sulu yer cikgu

    tak kaya tak apa
    asal jangan Raja disanggah
    tak bijak tak apa
    asal jangan melanggar tulah
    azura baru je tulis kisah Asma Datang LagiMy Profile

    1. suri says:

      tulah bahaya klu org2 dulu silap langkah blh bahaya pd diri dn kluga
      suri baru je tulis kisah Jangan Ada Yang MembenciMy Profile

  6. suri says:

    eh sekali bab politik ada dlm ni ar heee

  7. onlajer says:

    dah ada pasar bergerak satu malaysia ya
    onlajer baru je tulis kisah AUTOCAD 2010 – Tutorial Tukar BackgroundMy Profile

  8. akubiomed says:

    Cerita berkaitan PRU13 akan diambil perhatian orang kampung terutama sembang kedai kopi. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Senarai 14 bilionair individu terkaya di Malaysia 2013My Profile

    1. hafizmd says:

      fuh..kalau kat kedai kopi, dia punya hngat kalahkan parlimen bro…hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.comMy Profile

      1. UmmiKami says:

        Salam Hafiz, kedai kopi gelak kuat-kuat ada dekat dengan rumah kak Ummi…..gelak macamna tu…hehe
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Adatlah Orang….My Profile

        1. UmmiKami says:

          Kedai kopi tu namanya Kedai Kopi Gelak Kuat-Kuat…betul :)
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Adatlah Orang….My Profile

  9. Adakalanya cerita yg ramai org dah tahu masih boleh di tulis gak bro sebab bukan semua yg ikut news dan tahu. Kedua, bila kita menulis kita boleh lihat dari pelbagai perspektif.
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah What Do You Think of the Beautiful Creatures?My Profile

  10. tambah satu lagi cite pasal PRU13.. hehe.. yang ni konfem orang kampung semua dah tahu.
    Faris Al-Muhandisu baru je tulis kisah Pengalaman Membeli-belah Secara OnlineMy Profile

  11. hafizmd says:

    Ada yg ambe tahu, ada yg ambe tak tahu…hehe

    dan ade jugak yg kdang2 malas nak amik tahu sbb dah byk sangat pusing-memusing =)
    hafizmd baru je tulis kisah Viral Analisis Alexa Edisi Blog Hafizmohd.comMy Profile

  12. UmmiKami says:

    Assalam.. :)

    Ada yang tahu berpura-pura tak tahu, yang tak tahu kononnya tahu,
    yang tahu dan tak tahu baiklah memberitahu, nanti semua orang tahu…dah tahu ada orang yang tahu dan tak tahu…dah tahu dah.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Adatlah Orang….My Profile

  13. hafiz says:

    pasal pasar bergerak aku tak tau, tak dapat tgk berita dan baca surat khabar
    hafiz baru je tulis kisah Tazkirah JumaatMy Profile

  14. de engineur says:

    terbaru di sabah negeri dibawah bayu: khabarnya ada tembak menembak di kg di mana penceroboh berkampung.

    Tapi saya menaruh kepercayaan bhw pihak berkuasa dapat menyelesaikannya walaupun terpaksa bergadai nyawa.
    de engineur baru je tulis kisah Sizing up a wind turbine: How big are they?My Profile

  15. apa yang paling kelakar saya terbaca ialah BN sudah berkempen awal sebelum pilihanraya. hahah
    khairul asrol baru je tulis kisah Tips Cara Belajar Mudah, Cepat Paham dan BerkesanMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Perkara biasa menjelang pilihanraya….
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Adatlah Orang….My Profile

  16. titan says:

    yappp..semua orang sudah tahu..
    titan baru je tulis kisah This is private moment – MSMW 2013My Profile

  17. Zida says:

    Bukan orang kampung je yang tahu, kami di perantauan pun tahu sekali, maklumlah laju sangat berita tersebar, cepat dan pantas, bahkan panas lagi berota-berita ni.

    fuh Malaysiaku~
    Zida baru je tulis kisah Please Be Nice, MarchMy Profile

  18. Hafizul says:

    Haha..pasar bergerak?kenapa saya boleh tak tau menda ni..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator Februari 2013 Pondok KecilMy Profile

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    kes di Lahad Datu amat menyedihkan..
    apakan daya suratan takdir..apa pun
    masih ada berita gembira bila anak muda
    kita berjaya di litar lumba :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Kronologi Tragedi Perang Lahad Datu 1-3-13 (Video)My Profile

  20. Ladfe Amir says:

    orang kampung semua sudah tahu politik sememangnya membosankan. lagi orang kampung semua sudah tahu, bosan menunggu tarikh pilihan raya.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah A dan B (Jatuh Cinta)My Profile

  21. fiezaradzi says:

    secara tak langsung, berita tak nak tulis tu, disampaikan juga.. hehe.. berita yg baik2 tak pe dikhabarkan..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Produk Kosmetik CampurpalsuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun