gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

Nyamuk

Tetamu tidak diundang ni memang selalu bertandang ke rumah-rumah tanpa segan silu. Memang jenis muka tak malu! Sebabnya hanya satu, untuk cari makan percuma atau lebih tepat lagi nak hisap darah mangsa. Memang bahaya makhluk yang satu ni. Rumah siapa tak ada nyamuk sila angkat tangan. :D

Bila dah ramai sangat menjadi penternak yang berjaya, sukar pula nak kenal jenis-jenis nyamuk yang ada atau yang selalu bertandang ke rumah. Apa yang pasti ialah mereka ni memang bahaya, itu je? Malaslah nak tanya nama, asal datang je bagi penampar. Senang cerita.

nyamuk tiruknyamuk anopheles nyamuk tiruk
kalau digigitnya memanglah teruk
penyakit malaria kalau menjenguk
seĀ­rangan demam dan seram sejuk

nyamuk aedesnyamuk aedes demam denggi
memang tak boleh dipisah lagi
demam berdarah bahaya sekali
ramailah sudah mangsanya mati

nyamuk culexnyamuk culex juga merbahaya
ada cacing di dalam badannya
penyakit kaki gajah kalau kena
boleh berjangkit sesiapa sahaja

Eh, nyamuk ni bukan menggigit tau, tapi menghisap dengan cara mencucuk kulit. Orang dewasa pula lebih digemari mereka berbanding kanak-kanak kerana bau badan dan peluh. Jadi, waktu malam-malam begini usahlah banyak sangat bergerak, duduk je diam-diam. Hehe.

TehrDemikian kisah 'Nyamuk' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



49 Comments

  1. ish..ish..patut la nyamuk asyik cari FA ja..:) Da tua…wahahahah… nice entry tehr..:)
    Fantastic Ajane baru je tulis kisah Air Asia Ada Promotion laMy Profile

    1. tehr says:

      nyamuk dari geng mana tu, fa?
      geng aedes ke geng culex? :D

  2. mie says:

    fuh!!
    agaknya, darah manis kot..
    sejak akhir2 ni banyak pula datang mengigit..
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Latihan Tentera Road To HeavenMy Profile

    1. tehr says:

      biasanya orang sedang bertunang memang darah manis, mie
      selamat berbahagia
      hehe

      1. mie says:

        alamak!!!
        belum bertunang lagi….
        masih teruna idaman malaya
        mie baru je tulis kisah Keyword Bulan Februari 2011My Profile

        1. tehr says:

          laa
          jadi, nyamuk tu salah terjah la ya?
          hehe

  3. Hafizmd says:

    Nyamuk betina pembawa denggi
    Hitam putih identiti diri
    Ayuh sertai kempen COMBI
    Tiada aedes tiada denggi

    1. tehr says:

      hitam putih identiti diri
      datang pagi atau senja
      tiada aedes tiada denggi
      hidup sihat aman sejahtera

  4. kaizen says:

    usha2 blog orang pun berpeluh2 pe? hehehe habislah! nyamuk datang nak gigit jari aku!!! bru nak tulis pepanjang komen nih…

    nak menggaru jari jap~ lalala~
    kaizen baru je tulis kisah XRay MeLiHaT Ke DaLaM BaJu aNDaMy Profile

    1. tehr says:

      memang kacau daun betul la nyamuk tu :D

  5. ghost writer says:

    rimas kena tidur pakai kelambu kalau banyak nyamuk….
    ghost writer baru je tulis kisah unmade bedsMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, ghost
      memang rasa lemas kalau tak biasa ngan kelambu ni
      tapi kan, tetiba je aku rasa romantik pulak kalau tidur dalam kelambu :D

  6. bluedianthus says:

    Nyamuk ni tak boleh dibagi muka tehr..
    Tahun lalu di kampung saya…ada sorang tu terpaksa ditahan sebulan di hospital sebab disyaki denggi.. Kena ringan2kan tangan bersihkan kawasan rumah. :)
    bluedianthus baru je tulis kisah HIDUP SEORANG BLOGGER- Bahagikan MasaMy Profile

    1. tehr says:

      anak saya pernah ditahan kat hospital kerana denggi
      waktu tu kami menyewa rumah di kawasan yang padat
      memang kesian kalau budak2 sakit

  7. Ismail N says:

    Anak buah kawe baru kuar dari hospital lepas kena gigitan nyamuk ni. 1 week kena tahan di sana.. suspected denggi. Tapi alhamdullilah lah ok dah nie. Mmg bahaya binatang kecil ni.. amat bahaya. Kecil2 cili padi :D

    1. tehr says:

      memang kesian budak2 ni kalau suspected denggi
      tiap hari kena cucuk ambil darah

      1. Ismail N says:

        Yup, kalau org dewasa pun kita kesian, apalagi budak2 kan? Sedih kawe tengok dia…

        1. tehr says:

          yups
          kalau budak2, nangis je la yang mereka tahu

  8. padin says:

    err boleh ke duduk diam je malam2 tehr? ekekeke

    1. tehr says:

      rasanya orang bujang boleh je duduk diam2 :D
      mereka tak banyak tanggungan

      1. padin says:

        antara aku dengan kawan serumah aku,
        dia paling banyak kena gigit sampai bintik2 merah
        aku takde plak.. tu yang heran,
        mungkin kulit gelap, xnmpk bintik2 ekekee

        1. tehr says:

          mungkin juga kawan bro tu alahan dengan nyamuk
          kalau kulit cerah memang mudah nampak dengan jelas

  9. puteri says:

    ada orang kata, jangan pakai baju hitam atau warna gelap.. nyamuk suka..

    saya rasa betullah.. bila pakai gelap je.. adui nyamukkks
    puteri baru je tulis kisah jemput ke rumah saya!My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, puteri
      nyamuk memang suka gelap

  10. zulkbo says:

    salam saudara Tehr..
    kelebihan tinggal di apartment..
    kerana ketinggiannya rumah saya
    memang tiada nyamuk..alhamdulillah
    persekitaran juga penting..kalau di rumah
    bawah..rumah kita bersih,nyamuk datang dari
    rumah jiran pula..adehhh..
    zulkbo baru je tulis kisah i Pad 2 – Aku Pun Tak Mahu KetinggalanMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      wah, untung la keluarga saudara zul
      jimat belanja, gangguan pun tak ada

      1. zulkbo says:

        ermmm..ada orang kata
        nyamuk tak boleh terbang
        tinggi..betul ke..?rumah saya di tingkat 5.
        Tapi di kawasan bawah..sekitar longkang
        memang berterbangan nampaknya…
        zulkbo baru je tulis kisah Istiharkan Cukai Pendapatan Dengan Betul Dan Tepat – LHDNMMy Profile

        1. tehr says:

          memang ada kebenarannya tu
          saya pernah tinggal di tingkat 6 suatu ketika dahulu
          nyamuk memang kurang berjaya terbang ke atas

  11. akubiomed says:

    Nyamuk mengesan manusia dengan suhu badan kalau tidur dalam air-cond mungkin tidak kena gigit nyamuk kot :-)

    1. tehr says:

      memang betul, bro
      nampaknya kena pasang air cond satu rumah la

  12. hafeezan says:

    nak dok diam-diam kat rumah susah sikit, biasanya malam la aktif terlebih. informasi yang berguna. TQ

    1. tehr says:

      hehe
      memang susah nak duduk diam :D

  13. toyol says:

    emm..
    mcm2 pendapat kan..
    nyamuk kecik sangt, liar pulak tu..
    klau besar2, mau nya wat lauk nasik..
    haha..
    adik TK pnh kena denggi thun lepas..
    toyol baru je tulis kisah AYAH- JANGAN SEMBELIH SAYA! part 2My Profile

    1. tehr says:

      haha
      kalau la nyamuk sebesar ibu jari
      mati kita, tk :D

  14. Norgadis says:

    Tinggal kawasan kampung spt tempat saya ni memang senang diserang nyamuk, klu turun hujan saja pasti banyak nyamuk membiak.

    1. tehr says:

      kawasan kampung memang banyak nyamuk, nor
      tambah lagi kalau banyak semak samun

  15. jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar sudahlah….
    Tapi kat Sabah agak kurang nyamuk jika dibandingkan dengan KL… :)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Wedding preparation tipsMy Profile

    1. tehr says:

      memang seronok kalau tinggal di kawasan tang tak banyak nyamuk
      aman je rasa

  16. Cik Siti says:

    kalau waktu maghrib memang masa dia mencari mangsa…
    Cik Siti baru je tulis kisah Tingkatkan Keyakinan DiriMy Profile

    1. tehr says:

      memang masa mereka makan malam tu, cik siti :D

  17. Zik says:

    nyamuk oh nyamuk.. kenapalah ganggu orang tengah tidor… sabau jerla…
    Zik baru je tulis kisah Kartun malaysia- Samseng Hutan Part2 18sg!My Profile

    1. tehr says:

      memang kacau daun je nyamuk ni
      haha

  18. cikgufaezah says:

    mana nyamuk tadi. nak main tepuk-tepuk kejap..
    cikgufaezah baru je tulis kisah Revised and Updated Application DPLI take up in July 2011My Profile

    1. tehr says:

      hehe
      main tepuk amai2 ke, cikgu :D

  19. mekar says:

    Salam Teh,
    Patut la rumah sya xde nyamuk sebb duduk kondo paling atas. nyamuk xterbang tinggi spt kata Zulkbo. hehe
    mekar baru je tulis kisah Tips memiliki bibir sihat dan menawanMy Profile

    1. tehr says:

      pada saya, memang begitulah yang berlaku
      tapi kalau ada air bertakung, mereka juga boleh membiak di tempat tinggi

      1. suri says:

        awas denggi nnti kena saman..tapi bukan kena saman dgn en JPJ yer heeee

  20. suri says:

    jika pulang ke rumah mak mertua mmg ada nymuk sslu jer masa ank tdo pakai kan dia stokin heeee…

  21. suri says:

    klu nk kena nyuk mesti merah2 kan bro bubuh jer viks jer pastu usuh kaki anak lembut..

    insyallah hilang merah2nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge